Bab 25

414 18 3
                                    

Real Feeling | 25

Mengapa harus kau? Mengapa? Aku tahu kau bencikan aku bukan main lagi. Aku tahu. Akan tetapi, kenapa aku masih tertarik pada kau? Kenapa? Setiap kali mata kita bertembung, akan muncul satu rasa yang aku sendiri tidak pasti. Adakah aku mulai sukakan kau? Adakah aku mulai cintakan kau? Jika begitu, aku tidak mahu cinta ini bertepuk sebelah tangan. Aku tidak mahu untuk terus berduka. Sesungguhnya aku mungkin tidak layak untuk kau. Apa yang bisa aku lakukan lagi?

Kelopak mata lantas dibuka. Bella segera bangun dari baringnya. Terasa pipinya basah kerana air mata. Bella menekup wajahnya. Aku perlukan jawapan. Bella tarik nafasnya dalam dan lepas. Mata diliar ke sekeliling kamar. Keadaan agak gelap dan hanya ada satu lampu meja di sudut kanan katil menerangi seluruh ruang itu. Bella menggapai telefon bimbitnya dari atas end table tepi katil. Skrin telefon ditatap seketika. Sekarang masih pukul 8 malam. Huh? Awal juga Bella tidur tadi.

Akibat mengejut bangun tadi, mata Bella sudah tidak mengantuk lagi. Sudah lah dia memang punya masalah tidur. Bella rasa tekaknya kering. Dia kehausan. Namun di saat Bella ingin bangun dari katilnya, dia terdengar akan bunyi tapak kaki seseorang yang menghampirinya di situ. Bella menelan air liur. Dia cuba mencari kelibat orang itu namun tidak dapat dikesan dalam keadaan yang agak gelap seperti ini.

Bella terpaksa mengecilkan matanya. Dia nampak bayang-bayang seseorang yang agak besar semakin menghampirinya di atas katil itu. Tangan Bella cuba mencapai mana-mana alat tajam yang terdekat di situ. Di saat tangannya ingin mengambil pasu bunga di tepi katil, lelaki tidak dikenali itu lalu merentap leher Bella membuatkan Bella terbaring semula atas katil.

Bella cuba menjerit namun suaranya tersekat-sekat. Dia hampir tidak dapat bernafas. Bella bergelut dengan sendirinya. Dia cuba mengalihkan tangan lelaki misteri itu namun lelaki misteri itu lebih kuat daripadanya. Bella tidak dapat mengenal pasti lelaki misteri itu kerana wajahnya ditutup dengan topeng aneh.

Lelaki misteri itu cuba mencekik leher Bella dengan seluruh kudrat dan tenaganya. Tangan Bella tercari-cari akan pasu bunga tadi. Siapakah orang yang ingin membunuh aku ni? Pasu bunga digenggam lalu dihempuk ke kepala lelaki misteri itu. Serpihan kaca daripada pasu bunga itu berkecai ke seluruh tempat. Lelaki misteri itu pula terbaring dalam keadaan separa sedar. Dia mendengus kesakitan. Kepalanya berdarah.

Bella bingkas bangun dari katil itu. Dia mencapai sebilah pisau yang mungkin kepunyaan lelaki misteri itu dari atas lantai. Bella mengacu pisau tersebut ke depan seolah-olah ingin mengancam seorang mangsa bunuh. Bella panik dan dalam ketakutan saat itu. Belum pernah lagi dia cuba dibunuh dan nyawanya dalam bahaya seperti ini.

"Who are you?!" Bentak Bella sambil kakinya perlahan-lahan menapak ke belakang. Pintu kamar dihampiri. Dia lihat lelaki misteri itu cuba bangun dari katil tersebut. Bella mengacu lagi pisaunya ke depan. Ah, kenapa tidak pistol tadi?

Lelaki misteri itu berjaya bangun dari katil. Tangan kanannya menahan kepalanya yang telah terluka tadi agar darahnya berhenti mengalir. Kepalanya terasa sakit. Lelaki misteri itu mendengus kasar.

"Saya kagum dengan kekuatan kamu, tuan puteri. Tapi malam ni, kamu harus mati." Ujarnya dalam tawa.

"HELP! HELP!" Jerit Bella dari dalam kamarnya dengan harapan ada yang lalu di koridor itu dan terdengar akan jeritannya.

"Diam boleh tak?!" Bentak lelaki misteri itu. Bella tersentak. Lelaki misteri itu semakin mendekati Bella di situ. Bella pula semakin menapak ke belakang. Satu-satunya cara untuk dia selamat adalah dengan melarikan diri.

"Jangan risau tuan puteri, kita akan selesaikan benda ni tak lama aje." Pujuknya. "Don't go near me!" Larang Bella.

"Menjerit aje dari sini takde gunanya. Tiada siapa yang akan dengar." Lelaki misteri itu tertawa.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now