Broken Dinner | 4
Hari sudah bertukar ke petang dan semua tetamu majlis tari-menari sudah pun pulang. Bella masih berada di dalam kamarnya. Dia tidak ingin kembali ke majlis itu lagi setelah tidak sengaja melarikan diri.
Ketukan dari pintu kamar telah mengganggu lamunan Bella. Siapa lagi pula ini? Bella dengan malasnya bangun dari katil dan melangkah lemah ke arah pintu. Pintu kamar dikuaknya perlahan.
"Tuanku?"
"Sarah? Apa lagi ni?"
Bella melihat kedua-dua tangan Sarah diletakkan di belakangnya. Mungkinkah dia ingin pulangkan pil tidur aku? Bella lalu meluru ke arah Sarah ingin menggapai tangan dayang itu. Sarah terkejut.
"Hey! Tuanku!"
Sarah pantas mengangkat kedua-dua tangannya. Tiada apa yang ada di dalam tangan dayang itu sejak dari tadi. Bella mengeluh.
"Kenapa tuanku berkelakuan pelik macam ni?"
"Saya ingatkan awak datang ke sini untuk pulangkan pil tidur saya."
"No. Saya akan simpan. Saya takkan biarkan tuanku simpan pil tidur tu lagi."
"Kenapa pula? Sarah, awak tahu kan saya ada masalah tidur so saya perlukan pil tu juga. Please." Rayu Bella. Namun, Sarah masih berkeras tidak ingin memulangkan pil tidur tersebut.
"Tak boleh tuanku. Saya tak nak tuanku salahgunakan pil tu nanti. Jangan ingat saya tak tahu apa tuanku cuba lakukan pagi tadi. Kalau tuanku berkeras juga nak saya pulangkan, saya akan laporkan segalanya pada Ratu Amanda. Mahu?"
Bella terdiam.
"So, awak datang ke sini untuk apa?"
"Ratu Amanda suruh saya datang ke sini untuk panggil tuanku. Dia ingin bertemu dengan tuanku sekarang juga." Ujar Sarah dengan senyuman.
***
"Sarah, kenapa kita menuju ke ruang makan ni? Bukankah sekarang belum tibanya untuk waktu makan malam?" Soal Bella.
"Waktu makan malam diawalkan hari ini. Tuanku ada tetamu istimewa."
Tetamu istimewa?
Kelihatan Ratu Amanda sudah pun menunggunya di ruang makan itu bersama...
Raja Ryan? Kenapa raja itu masih ada kat sini?
Bella tergamam. Bukankah semua tetamu sudah pulang? Dia dengan rasa tidak percayanya memandang ke arah Raja Ryan dan Harry di situ. Apabila teringatkan tentang konflik pagi tadi, Bella rasa menyampah pula. Perasaan bencinya terhadap Raja Ryan semakin memuncak.
"Bella? Bella?" Soal Ratu Amanda di tepi untuk menghentikan lamunan puterinya itu. Ratu Amanda kehairanan melihat keadaan Bella yang tidak menentu sejak pagi tadi.
Bella tersedar dari lamunannya. Dia tersenyum kelat ke arah Ratu Amanda. Dia menjadi tidak selesa berada di depan Raja Ryan.
"Hari ni, bonda jemput tetamu kita untuk makan malam sekali di sini." Ujar Ratu Amanda. Bella hanya memandang kosong wajahnya.
"Err, baiklah. Apa-apa pun, dipersilakan duduk tuanku." Ajak Ratu Amanda, mesra.
***
Hanya bunyi garpu dan pisau makan berlaga dengan pinggan kaca memenuhi ruang makan formal itu. Masing-masing tidak berbunyi sejak dari tadi. Bella pula asyik mengeluh di tempatnya. Dia berasa sangat tidak selesa di depan Raja Ryan, setelah apa yang raja itu katakan padanya pagi tadi.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...