Under The Moonlight | 58
Press room kini dipenuhi dengan para wartawan dari pelbagai media untuk melaporkan tentang kejadian semalam kepada dunia. Entah berapa lama Ryan, Harry, dan Melissa sudah berada di sana. Ryan menjadi semakin bosan. Walaupun mengambil masa yang agak lama, raja itu masih dengan tenang menjawab satu per satu soalan mereka.
"Jadi apakah tindakan tuanku ke atas Sir Nicholas selepas ini?"
"Saya tak ada tindakan lain melainkan serahkan semuanya pada unit keselamatan. Saya percayakan mereka. Dan sama seperti pesalah yang lain, beliau juga akan dijatuhkan hukuman seiring dengan semua kesalahannya."
Wartawan lelaki yang menyoalnya itu tadi hanya mengangguk sambil memegang telefon bimbitnya untuk tujuan merekod. Ryan mengamati setiap individu yang hadir di dalam bilik tersebut. Masing-masing sibuk melakukan tugas mereka; mencatat, merakam, mengambil gambar dan merekod apa yang patut.
"Ada lagi soalan?" Soal Ryan yang sudah tidak sabar hendak beredar dari situ setelah hampir sejam menjawab soalan mereka.
Seorang wartawan wanita lantas mengangkat tangannya dan terus mengajukan soalannya, "Maaf kalau ini agak menyentuh privasi tuanku..." Dia teragak-agak ingin mengajukan soalan itu.
Ryan tersenyum kecil, "Tak apa. Teruskan."
Oh. Wartawan wanita itu pun kembali membaca notanya dan menyoal, "Macam mana dengan perkembangan hubungan tuanku dan Puteri Bella? Memandangkan Puteri Bella bakal ditabalkan tak lama lagi. Ada apa-apa yang tuanku perlu komen ke atas itu?"
Mendengar soalan itu membuatkan Ryan terdiam seketika. Dia faham sejauh mana soalan itu akan membawanya pergi namun Ryan tetap kekal tenang seperti biasa. Wartawan yang mengajukan soalan itu tadi pula sedang cemas menanti jawapannya.
"Hubungan kami sentiasa baik-baik saja. Saya tak ada komen banyak mengenai pertabalan baginda yang akan diadakan tak lama lagi. Hanya berharap semoga baginda panjang umur dan sihat sejahtera selama baginda berkhidmat kepada rakyatnya. Itu saja." Jawabnya dengan cermat. Ryan tidak mahu kalau jawapannya nanti akan memudaratkan mana-mana pihak jika dia tidak mengambil kira terlebih dahulu.
"Ada lagi soalan?"
Beberapa wartawan menggeleng kepala mereka, menandakan bahawa tidak ada lagi soalan yang perlu mereka tanyakan pada Ryan. Seorang wartawan pula segera memaklumkan pada Melissa bahawa sesi press conference boleh ditamatkan sekarang. Melissa pun segera memberitahu Ryan, "Tak ada lagi tuanku."
"Baiklah kalau macam tu. Maklum pada mereka sesi press conference kita dah tamat."
"Baiklah."
Melissa yang menurut perintah memaklumkan lagi pada semua wartawan yang ada di sana bahawa press conference mereka telah tamat dan juga untuk memberi ruang kepada Ryan agar raja itu dapat keluar dari press room dengan mudah memandangkan bilik itu agak sesak dengan kehadiran orang ramai.
Sedang Ryan dan yang lain berjalan di sepanjang hallway, dia tiba-tiba teringat akan sesuatu. Ryan menghentikan langkahnya, "Nanti saya ke pejabat." Katanya pada Harry.
"Tuanku nak pergi mana?"
"Padang."
"Padang?"
"Nak ikut tak?"
"Tak apa lah. Saya masih ada urusan lain."
Ryan tidak membalas malah menepuk bahu Harry dan beredar dari situ. Harry pula hanya menghantar pemergiannya melalui pandangan saja.
Sebelum itu, Ryan ingin singgah dahulu di halaman belakang istana sebelum ke padang. Di sana dia menemui Noah dan Blair yang sedang melakukan aktiviti memanah. Senyuman terbit di bibir Ryan saat matanya bertembung dengan mata Blair. Ryan pergi menghampiri puteri itu dan memeluknya sebentar.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romantiek[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...