Bab 26

410 14 0
                                    

The Hidden Gem | 26

Sebuah Audi silver meluncur laju masuk ke dalam kawasan perkarangan sebuah mansion yang mewah dan moden di atas bukit. Topeng anehnya ditanggalkan daripada kepala. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Sebaik sahaja kakinya menjejak bumi, dua orang bodyguard yang lengkap bersut hitam bersama kaca mata hitam terus mengiringinya masuk ke dalam mansion tersebut. Mereka terus ke sebuah pejabat; di mana majikannya sedang menunggu.

Pintu dikuak. "Nevius..." Tutur seorang lelaki yang agak tua dan gayanya yang kelihatan tidak ubah seperti seorang bos; bos mafia, lebih tepat lagi.

"Saya." Jawab Nevius. Dia menunduk kepalanya di hadapan lelaki tua itu. Lelaki tua itu hanya tersenyum sinis.

"Kau dah kecewakan aku malam ni, Nevius. Aku upah kau untuk bunuh Puteri Bella bukannya pergi escape macam ni!"

Nevius hanya berdiam diri. Lelaki tua itu mengeluh berat. Dia lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi pejabat. Kedua-dua kakinya dibawa ke atas permukaan meja. Cerut dibawa ke mulut dan dihisap. Wajah Nevius yang masih berdiri di hadapannya itu dipandang serius.

"Kau tahu kan aku sebenarnya lebih berkuasa daripada Raja Ryan? Kau tahu kan aku boleh buat apa yang aku ingin lakukan kalau aku nak? Banyak orang tak tahu siapa aku sebenarnya termasuklah Raja Ryan sendiri. Aku ada sebab tersendiri dan aku juga punya visi yang kuat. Aku tahu Raja Ryan tidak pernah sukakan takdirnya yang memerlukan dia menaiki takhta tu setelah apa yang terjadi dan aku juga yakin emosinya senang terganggu. Maka dengan itu, aku boleh kuasai mindanya dan meyakinkan bahawa dia tidak layak langsung untuk posisi tu. Memang itu matlamat aku dari dulu lagi."

"Jadi apa kaitannya dengan pembunuhan Puteri Bella?" Soal Nevius, ingin tahu.

"Kau tak faham ke? Aku cuma jadikan Puteri Bella sebagai 'alat'. That's all."

"Tapi apa-apa pun, kita akan berhenti dengan cubaan membunuh Puteri Bella ni. Aku dah bayar upah kau, kan? Aku nak tengok perkembangan semua ni dulu. Bila sudah tiba masanya nanti, segalanya akan berada dalam tangan aku." Ujar lelaki tua itu penuh yakin.

"Saya hanya menurut."

Lelaki tua itu membetulkan duduknya. Dia tersenyum sinis. Tiada siapa yang kenal diri aku yang sebenar. Dia mengangkat tangan kanannya dan dua orang bodyguard yang sejak dari tadi berdiri di kiri dan kanan pintu pejabat, mengangguk sebagai tanda faham. Kedua-dua lengan Nevius direntap kasar dari belakang. Huh?! Dia bingung.

Tiada gunanya nak simpan kau lagi, getus lelaki tua itu dalam hati. Nevius dengan terpaksanya dibawa keluar dari pejabat. Dia dibawa ke satu tempat yang gelap dan nampaknya seperti di halaman belakang mansion tersebut. Di situ, dia 'dihabiskan'.

***

Day-5,

Bella masih tidur dengan lena di atas katilnya. Pagi itu, Ryan terpaksa bangun awal kerana dia perlu bertemu dengan pihak polis sebentar nanti sebelum menghadiri Big Conference.

Ryan bangun dari sofa dan melangkah ke arah katil. Punggungnya terus dilabuhkan ke atas birai katil. Dia leka melihat Bella yang sedang tidur dengan lena itu. Tidur pun masih cantik! Semoga aku dapat bangun di sisi kau setiap hari suatu hari nanti, getus Ryan dalam hati. Bibirnya automatik melakar senyuman.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now