Bab 2

730 25 0
                                    

He Hates | 2

Bella berlari-lari menuju ke arah audience chamber. Dia sedar yang dia sudah terlewat. Gaunnya yang panjang itu membuatkan pergerakannya agak terbatas.

Sesampai sahaja di depan pintu masuk ke audience chamber, kelihatan Ratu Amanda sedang menantinya di situ. Wajah Ratu Amanda nampak tegang. Bella dengan ragu-ragu menghampiri bondanya.

"Mana Bella pergi tadi?" Soal Ratu Amanda.

Bella menundukkan kepalanya dan menarik nafasnya dalam-dalam.

"Bella tadi pergi ke taman dulu."

"Ke taman?"

Bella mengangguk perlahan. Ratu Amanda melepaskan keluhannya.

"Bella masih takut lagi, ya?"

Bella mengangkat kepalanya dan tersenyum memandang Ratu Amanda. Eh? Bonda tak marah rupanya!

"Apa senyum-senyum? Jangan ingat bonda tak marahkan kamu sebab kamu dah terlewat."

Senyuman Bella pun lalu termati.

"Maaf." Ucapnya dengan nada yang rendah.

"Bonda jangkakan kamu akan cuba. Maksud bonda, datang awal dan pergi berdepan dan menyapa semua tetamu kita di sana. Tak sangka pula kamu pergi melarikan diri ke taman. Sampai bila kamu nak berubah, Bella?" Bebel Ratu Amanda.

Bella tidak menyahut sebaliknya dia menyuruh Bardwin dan yang lain untuk bersedia.

"Kalau Ratu Amanda dan Puteri Bella dah ready, saya akan arahkan mereka untuk bukakan pintu." Kata Bardwin.

Ratu Amanda mengangguk dan Bardwin mengarahkan dua orang pengawal di situ untuk membuka pintu tersebut.

Jantung Bella mula berdegup kencang. Dia mula menggeletar. Nafasnya menjadi tidak teratur. Bella meletakkan tangannya ke dada. Tenang Bella tenang, you can do this!

Pintu terbuka dengan luasnya. Terdapat ramai tetamu jemputan dari pelbagai negara datang ke majlis tari-menari itu. Mereka semua sejak dari tadi menunggu ketibaan Ratu Amanda dan Puteri Bella ke audience chamber.

Kini, dua figura yang merupakan pemimpin Aklodovia itu melangkah masuk ke audience chamber. Ratu Amanda terus pergi ke tengah-tengah dewan sambil diikuti Bella dari belakang.

Bella dengan gementarnya cuba untuk melihat sekeliling. Matanya lalu tertancap ke arah raja dari Gennevies itu dan pembantu peribadinya, Harry. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata raja itu di taman tadi.

What a waste.

Sangat tidak membina langsung!

"Terima kasih kerana datang ke majlis hari ini. Saya sangat bersyukur atas kehadiran kalian semua. Semoga kita dapat membina kenangan terindah melalui majlis tari-menari ini dan saya juga sangat berbesar hati untuk maklum kepada semua bahawa tahun ini kita akan meneruskan majlis tari-menari di ruang yang baharu iaitu di ballroom yang bersambung dengan audience chamber ini."

Selepas ucapan ringkas daripada Ratu Amanda, pengawal istana mula membuka pintu besar yang menghubungkan ruang itu dengan ballroom baharu tersebut. Selama ini, biasanya majlis tari-menari diadakan di audience chamber namun kali ini ia diadakan di ballroom baharu itu.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now