Bab 41

258 9 0
                                    

Loathe | 41

Marina Island,

Bella menunggunya mematikan enjin kereta terlebih dahulu di luar. Kiranya percutian mereka pada hari itu di Pulau Marina berjalan dengan lancar. Ya lah, tadi pun tidak ada sebarang gangguan. Ryan keluar dari keretanya dan dilihatnya Bella sedang berpeluk tubuh kerana kesejukan menunggunya di situ.

"Kenapa tak masuk dulu?"

"Kunci ada kat awak."

"Oh ya." Ryan menyeluk poket trench coatnya untuk mencari kunci. Kunci dijumpai dan pintu rumah dibuka. Hanya memerlukan beberapa saat sahaja, pintu rumah terbuka dan mereka berdua sama-sama melangkah masuk ke dalam.

Ryan terus menanggalkan topi hitam dan pelitup muka hitamnya. Diletaknya dua objek itu ke atas sebuah end table bersebelahan dengan pintu utama. Begitu juga Bella mengikut perbuatannya.

"Awak dah bersedia untuk hari pertabalan tu?" Ryan melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di kaunter pulau. Trench coat biru gelapnya ditanggalkan dari badan dan diletak ke atas permukaan kaunter pulau.

Bella pergi mendapatkan air kosong di dapur. Tekaknya terasa haus. Soalan Ryan tadi masih terbiar tidak berjawab. Aku dah bersedia ke? Bella mengeluh pendek. Bella berfikir, sampai bila dia perlu menyoal dirinya sendiri soalan yang sama?

"Bukan apa. Kalau awak dah bersedia, lebih baik awak segera buat keputusan untuk pulang ke Aklodovia dalam masa yang terdekat. Tapi saya tak paksa pun. Kalau awak masih nak bersama saya di Gennevies, awak stay lah dulu."

Bella meneguk air kosong itu sehingga habis. "Tak boleh ke awak ikut saya balik ke Aklodovia dan stay sehingga ke hari pertabalan saya?" Bella mula membuka mulut sambil meletakkan gelas yang sudah kosong ke dalam singki di belakangnya.

"Saya memang nak ikut pun tapi saya tak tahu bila lagi saya boleh lapang macam ni." Ryan lalu bangun dari duduknya dan menghampiri Bella di situ. Dirapatnya tubuh puteri itu. Bella pula meletakkan kedua-dua tangannya pada dada Ryan. Kepala Ryan sedikit menunduk untuk melihat wajahnya.

"Saya dah sedia, Ryan. Saya dah sedia untuk mewarisi takhta tu."

Ryan tersenyum mendengar jawapan Bella itu. Disentuhnya dagu Bella membuatkan kepala puteri itu terdongak sedikit ke atas dan mata mereka bertemu. Ibu jarinya dilarikan ke permukaan bibir bawah Bella dengan lembut. Dia pula mengetap bibir bawahnya.

"You are too damn attractive, Bella. Aklodovia is so lucky to have you as their future queen."

Bella ketawa kecil. "Habis tu, awak?"

"Saya? Saya lagilah bertuah."

Ryan melepaskan tawa kecilnya dan cuba merapatkan bibir mereka bersama. Hidung mereka bergesel sama dan Ryan mengucup lembut bibir Bella. Ryan menarik lagi pinggang Bella untuk lebih merapatinya. Semakin lama, ciuman semakin hangat.

Menyedari yang keadaan menjadi semakin tidak terkawal, Ryan menghentikan perbuatan mereka di tengah jalan.

"Kita patut pergi atas sekarang."

Bella hanya tersenyum. Dia mengikuti langkah Ryan dan mereka sama-sama menaiki anak tangga dan menuju ke bilik tidur. Sebaik sahaja pintu bilik tidur dibuka, Ryan terus mendapatkan Bella dan mencium semula bibir puteri itu. Sedari mereka berdua sudah berada di atas katil. Malam kedua mereka di pulau itu terus berlarut panjang dan berakhir dengan penghujung yang sama.

***

Jam alarm di tepi katil mula berbunyi tepat pada waktu yang telah ditetapkan. Tidur Ryan terganggu. Tangannya dipanjangkan ke end table tepi katil dan jam alarm dimatikan. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Ryan menoleh ke tepi dan melihat Bella yang masih tidur nyenyak.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now