Trust Me | 44
Siling dipandang lama. Dirinya terlalu malas untuk bangun dari katil. Jururawat wanita yang merawatnya sebentar tadi datang semula ke bilik sakit bersama dulang dalam tangan yang berisi segelas air kosong dan juga buah-buahan.
"Tuanku, ni saya bawakan apa yang tuanku minta tadi. Bangunlah dulu." Suruh jururawat itu. Dulang tersebut diletaknya di atas meja tepi katil pesakit.
Noah hanya menurut. Segelas air kosong diambil lalu disisipnya perlahan. "Nurse, luka saya dah nampak okay tak sekarang?" Soalnya sambil tangan mengelus perlahan bahagian pipi dan rahangnya.
"Tuanku masih nampak biasa. Jangan risau. Kenapalah tuanku berdua adik-beradik boleh bergaduh sampai macam tu sekali?" Sempat jururawat wanita itu bertanya dan mengeluh kecil depan Noah. Noah pula hanya tersenyum kelat.
"Saya tak patutnya pulang." Ujarnya tiba-tiba. Jururawat wanita itu sedikit tersentak. "Kenapa pula? Sinikan tempat tuanku lahir. Sinikan juga tempat tuanku membesar."
"Ya tapi saya sendiri yang memilih untuk tinggalkan semuanya di sini kan? Pergi larikan diri macam seorang pengecut. Ryan betul. Bila difikirkan balik, saya tak patutnya pulang. Jadi nurse anggap je lah saya datang sini hanya untuk bercuti. Rasanya esok saya dah boleh kut berangkat ke Turnessy semula. Sini bukan tempat saya lagi." Noah tersenyum pahit.
"Harap tuanku bersabar ya. Saya pun bukannya boleh bantu tuanku. Berbincanglah dulu dengan Puteri Bella ke kalau Raja Ryan tak nak sangat bercakap dengan tuanku sebelum buat keputusan. Jangan nanti tuanku menyesal pula untuk kali kedua. Dah lah, tuanku pergi berehatlah dulu. Luka tu akan sembuh jadi tak perlu risau. Kalau masih perlukan apa-apa, boleh maklum semuanya pada Mr.Harry. Rasanya tugas saya di sini sudah selesai. Jadi saya minta diri dulu, ya tuanku? Jaga diri." Jururawat mesra itu pun berlalu pergi meninggalkan bilik sakit. Noah hanya ditinggalkan bersama bekalan nasihat olehnya.
Noah merenung lama ke luar jendela. Keluhan berat dilepaskan. Bayangan wajah mendiang kedua-dua orang tuanya muncul di depan mata. Hatinya mula terasa sakit. Kolam mata mula terasa panas. Noah teringatkan saat-saat segalanya masih dalam keadaan biasa. Betapa mudahnya kehidupannya dulu, tika dia masih punya segalanya.
Dia masih dahagakan kasih sayang seorang ibu dan juga seorang bapa. Bahkan kini juga, dia sudah kehilangan kasih sayang dari seorang abang. Keadaan yang begitu rumit sekarang membuatkan Noah masih berfikir dua tiga kali sama ada keputusannya untuk pulang ke Gennevies adalah betul atau salah. Tetapi nampaknya,
"Aku tak patut pulang." Monolognya sendirian sambil mengunyah buah-buahan yang dibawa oleh jururawat wanita yang merawatnya tadi.
***
Ryan langsung tidak masuk kamar. Bella pun malas hendak menunggunya jadi dia hanya turun sendiri ke ruang makan. Sedang dia berjalan di sepanjang hallway istana untuk ke ruang makan, dia terlihat akan Noah yang duduk termenung di luar.
Bagaimana agaknya keadaan Noah setelah kejadian tengah hari tadi? Bella terniat hendak mengambil berat seketika keadaan putera itu, malahan dia mahu meminta maaf bagi pihak Ryan pada Noah. Sampai hati Ryan bertindak kasar dengan adiknya sendiri.
"Noah?" Sapa Bella.
Noah menoleh dan melihat Bella di tepi yang menunduk sedikit untuk menyapanya di situ. Macam mana dia tahu aku kat sini? Tanpa pelawaan Noah, Bella terus melabuhkan punggung di sebelahnya. Senyuman tu, cantik betul orangnya getus Noah dalam hati.
"Hai. Saya Bella."
"Tahu." Jawabnya ringkas.
"Really? Rasanya kita tak pernah berjumpa pun sebelum ni."
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romansa[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...