Second Chance | 43
Peluh kian turun di pelipisnya. Terasa panas sedikit petang itu. Bella akhirnya membuka mata dan bangun dari rehatnya setelah tidak dapat menahan lagi tahap kepanasan yang dirasai. Aku demam ke?
Matanya meliar ke sekeliling ruang. Nampaknya hanya dia sahaja yang berada dalam kamar itu. Bella tersedar, agak lama juga dia berehat tadi. Pergaduhan yang berlaku di antara Ryan dan Noah tadi mula bermain dalam fikirannya. Bertambah sakit pula kepalanya apabila memikirkan semula kejadian itu.
Mual Bella datang lagi. Kali ini, dia betul-betul tidak dapat tahan. Tangannya pantas menyelak selimut putih yang kian melitupi sebahagian tubuhnya dan segera bangun dari katil itu. Bilik air dituju.
Harry yang setia menunggu di beranda luar, terganggu oleh bunyi derapan kaki seseorang. Dia sudah bangun ke? Getusnya dalam hati. Harry yang peka dengan keadaan sekeliling lalu melangkah masuk ke dalam.
"Tuanku?" Dilihatnya Bella tiada di atas katil. Kemudian telinganya lalu menangkap bunyi seseorang yang sedang berusaha mengeluarkan segala isi perut di bilik air. Harry pun segera menghampiri pintu bilik air.
"Err...tuanku? Tuanku kat dalam ke?"
Akan tetapi, Bella tidak menyahut. Suasana menjadi sunyi seketika. Harry berasa risau dan agak panik pada masa yang sama, menunggu di luar bilik air. Sampai begitu sekali teruknya demam Bella sehingga boleh termuntah-muntah begitu.
Harry mulai menjarakkan dirinya daripada pintu apabila tersedar bahawa tombol pintu seperti seakan-akan dipulas dari dalam. Bella terkejut melihat Harry yang sudah pun berada di depannya.
"Harry? Apa awak buat kat sini?"
"Tadi saya teman tuanku rehat di sini."
Bella memandangnya keliru.
"Err...saya tunggu di beranda tadi."
"Oh."
"Tuanku okay ke?" Soal Harry prihatin.
"Ya. Saya okay aje."
"Tuanku nampak sangat tak sihat. Sampai termuntah-muntah pula tadi."
Bella merenung lama Harry di tepinya. Harry pula kelihatan teragak-agak ingin menanyakan satu soalan yang baru sahaja terbit dalam fikirannya.
"Are you pre-"
Belum habis soalan Harry, Bella sudah pantas memotong, "No. I'm not pregnant." Dia kelihatan tenang. Harry pula lalu terdiam.
"Oh ya, mana perginya Ryan?" Bella terus menukar topik.
"Raja Ryan berada di pejabatnya sekarang. Kenapa? Tuanku ada perlukan apa-apa ke?" Bella tidak menyahut sebaliknya dia hanya terus melangkah menghampiri pintu kamar.
"Tuanku nak saya temankan ke sana ke? Kalau boleh, tuanku berehatlah secukupnya dahulu, saya tahu tuanku tengah tak sihat tu." Harry cuba menghalang. Bella menoleh ke belakang dan tersenyum kecil.
"Tak apa, Harry. Saya dah cukup rehat tadi. Saya cuma nak jumpa Ryan."
"Oh ya, terlupa pula. Sebelum tu..."
Bella terhenti seketika.
"Tuanku belum makan ubat lagi. Nanti saya minta Reina tolong bawakan ubat-"
"No need. Kepala saya dah tak sakit lagi. Saya okay aje, Harry. Awak tak perlu risau pun." Potong Bella sekali lagi walhal tubuh badannya masih panas dan walaupun pening kepalanya sudah mulai surut, dia juga masih tidak yakin kerana sakit kepalanya itu boleh datang menyerang bila-bila masa. Tambahan pula, tadi dia langsung tidak menelan sebarang ubat.
"Baiklah." Jawapan terakhir Harry yang tidak mahu 'berbalah' lagi. Nampaknya Bella seperti tidak mahu mengaku bahawa dirinya masih tidak berapa sihat. Ataupun ada sesuatu yang perlu dia rahsiakan? Harry tidak mahu overthinking tentang itu. Mungkin Bella betul-betul perlu muntah ketika dia demam.
***
Pintu pejabat diketuk beberapa kali namun tetap juga penghuni di dalamnya tidak menyahut. Soalnya tadi Harry beritahu padanya bahawa Ryan masih berada di pejabat, tapi mengapa pula dia masih belum menerima sahutan dari dalam?
Ah sudahlah. Tangan Bella lantas memulas tombol pintu. Eh? Nampaknya pintu pejabat tidak berkunci. Bella pun tanpa menanti kebenaran Ryan, hanya memasuki bilik pejabat itu bersahaja. Dilihatnya Ryan telah pun merehatkan kepalanya ke atas meja. Tidur rupanya.
Bella tersenyum tawar. Ryan yang tertidur di meja kerjanya itu dihampiri. Rasa kasihan pula melihat raja itu. Terlalu banyak yang mereka berdua sudah lalui sejak kebelakangan ini. Bella mengeluh berat. Bahu Ryan disentuh lembut.
"Ryan." Kejut Bella. Tidur Ryan terganggu.
"Ryan, Bella ni...bangunlah."
Mendengar suara Bella membuatkan Ryan perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Barulah dia tersedar bahawa dia tertidur di pejabat sendiri. Kepalanya mendongak ke atas untuk melihat Bella.
"Bella?"
"Ya, Bella lah ni."
"Apa awak buat kat sini?" Ryan lalu membetulkan duduknya dan menyandar malas pada kerusi pejabat. Bella pula beralih tempat dan duduk bertentangan dengan Ryan.
"Salah ke saya datang sini?" Bella kedengaran seperti terluka dengan soalannya. Ryan menyoalnya seolah-olah raja itu tidak senang dengan kehadirannya di situ. Ryan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajah Bella kelihatan pucat.
"Awak sihat?" Soal Ryan, menghiraukan soalan Bella sebentar tadi.
"Tak." Jawab Bella tanpa riak.
"Jadi awak patut berehat. Dah makan ubat? Awak tak patut berada di sini sekarang. Pergilah berehat. Kalau awak risaukan saya, no need Bella. Saya okay aje kat sini." Pujuk Ryan seraya bangun dari duduknya dan menghampiri Bella di situ.
Bella lantas bangun dari duduknya juga dan menjarakkan dirinya daripada Ryan. "Saya dah cukup rehat tadi." Suasana di ruang pejabat itu kembali sunyi dan tegang. Bella nampaknya seperti agak marah.
"Noah? Siapa tu? Adik awak ke? Kenapa saya tak pernah tahu selama ni?" Bella mula membuka mulut.
Ryan mencebik perlahan mendengar nama itu keluar daripada mulut Bella.
"Kenapa awak tanya?"
"Kalau ya pun dia adik awak, perlu ke awak buat sampai macam tu sekali? Pergi tumbuk dia sampai orang tu nak hilang nyawa?"
"That's none of your business."
Tersentak Bella dijawabnya begitu. Bella ketawa tidak percaya.
"Ya, saya tahu. Apa yang terjadi di antara korang berdua memang bukan masalah saya pun. Saya tahu tu. Tapi sampai bila awak nak macam ni? Sampai bila awak nak abaikan perasaan adik kandung awak sendiri? Orang tu dah ikhlas nak minta maaf, kan? Dah kira baik kut untuk dia terfikir nak balik ke tempat asal dia sendiri dan saya percaya semua tu disebabkan oleh awak seorang. Don't you think so?"
"Kenapa kita perlu cakap pasal benda ni?"
"That's because your problem is my problem too, Ryan. Saya patut bincang benda ni dengan awak. Saya tak boleh tengok awak terus bersikap macam ni dengan kehadiran Noah yang awak sendiri tahu dia tak akan pernah lari lagi dari sini sebab dia sudah pulang ke tempat asalnya. Awak patut bersyukur tau awak masih ada Noah yang bersedia untuk sokong awak mulai dari hari ini. Awak tahu apa itu penyesalan? Kalau awak tahu, saya tak nak awak lalui benda yang sama untuk kali kedua."
Ryan hanya berdiam diri namun riak wajahnya masih kelihatan tenang. Entah dia dengar ataupun tidak kata-kata Bella sebentar tadi, puteri itu sendiri pun tidak tahu.
"Don't you think everyone deserves a second chance?" Bella menghampiri Ryan di situ. Raja itu pula langsung berdiam diri, malas untuk menyahut sebarang pertanyaan Bella.
"Look, saya malas nak bergaduh dengan awak Ryan. Kalau awak rasa awak dah cukup matang then you should know what to do."
Bella mengeluh pendek sebelum melangkah keluar dari pejabat itu. Pemergian Bella hanya dihantar dengan pandangan oleh Ryan. Ryan turut mengeluh sama. Wajahnya diraup kasar.
Don't you think everyone deserves a second chance?
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...