Bab 7

435 16 0
                                    

Hello Gennevies! | 7

Big Conference ialah kursus khas dalam kalangan golongan kerabat diraja. Ia juga merupakan acara yang terpenting bagi golongan pemerintah dunia. Big Conference ini akan diadakan sekali dan dianjurkan oleh host yang berbeza setiap tahun.

Tidak mengira bahawa ada yang baru menyertai ataupun sudah lama menyertai, host untuk tahun berkenaan akan bertanggungjawab ke atas setiap wakil dan menjadi pembimbing kepada mereka. Sememangnya perkara ini serius dan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menggendali.

Big Conference juga sangat penting dan bermanfaat terutamanya untuk anak-anak raja menimba banyak pengalaman. Dalam masa yang sama, mereka boleh belajar banyak perkara melalui Big Conference di samping sudah mempunyai ilmu asas dalam memimpin ketika di istana lagi.

Sebenarnya, dengan Big Conference ini walaupun diadakan hanya untuk sepuluh hari, sesiapa sahaja yang 'lemah' atau kurang yakin boleh berubah sepantasnya. Namun, ia juga tetap bergantung pada pembawakan diri sendiri dan juga host untuk tahun berkenaan.

Bella berhasrat untuk menggantikan tempat Ratu Amanda sebagai wakil Aklodovia hanya untuk bebas daripada disordernya sendiri. Manakala, Ratu Amanda menghantarnya ke sana untuk melatih puterinya itu agar permintaan mendiang suaminya, Raja Lawrence dapat ditunaikan segera; iaitu ingin Bella menaiki takhta tersebut.

Semua barang yang diperlukannya semasa di Gennevies nanti sudah pun disimpan dan dibawa ke lapangan terbang persendirian. Bella pula masih berada di luar istana, menunggu kenderaan diraja mengambilnya.

"Kalau ada apa-apa masalah kat sana, kamu boleh call bonda." Ujar Ratu Amanda sambil menapak ke arahnya.

Bella hanya tersenyum kelat. Keadaan begitu sejuk di luar. Bella menggosok-gosok tapak tangannya kerana terlalu sejuk. Ratu Amanda menangkap perbuatan puterinya itu dan menegurnya.

"Kenapa ni? Kamu gementar, ya?"

"Taklah. Bella cuma sejuk, tu aje." Nafi Bella sambil tertawa kecil.

Ratu Amanda lalu mengambil selendang putih gading daripada beg tangan Bella dan melilitkan selendang itu di sekeliling leher Bella. Kini, barulah terasa lebih panas dan selesa berbanding tadi.

"Kamu tak pernah keluar dari istana ni tanpa bonda. Sekarang agak berat juga untuk bonda lepaskan kamu seorang-seorang macam ni ke tempat orang. Bonda tahu, buat pertama kali semuanya akan rasa janggal namun lama-lama lepas tu, bonda percaya kamu akan dapat mengharunginya. Semuanya akan baik-baik saja. Sepuluh hari aje pun, bukannya lama." Ujar Ratu Amanda, tersenyum.

Bella hanya mampu tertawa kecil. Dia hanya risaukan tentang nasib yang bakal menimpanya apabila berada di tanah air Raja Ryan sendiri. Dia risau.
Saat itu juga, sebuah kenderaan diraja datang untuk mengambil Bella. Pintu kereta di bahagian tempat duduk penumpang di belakang telah pun siap dibuka oleh pengawal istana. Rasa seperti ia mengalu-alukan pemergian Bella dari negara ini. Dalam seumur hidupnya, Bella tidak pernah keluar dari negaranya itu.

Ratu Amanda memandang Bella sebelum puterinya itu berangkat.

"Bonda percayakan kamu. Good luck, ya."

Mereka berdua beranak pun saling berpelukan. Bella tidak ingin melepaskan Ratu Amanda saat itu. Dia benar-benar belum bersedia untuk semua ini. Raja Ryan bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada ketakutannya.

"Bella pergi dulu, ya?"

Ratu Amanda tersenyum kecil. Bella pun segera masuk ke dalam perut kereta. Bella cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang kemungkinannya 'disakiti' oleh Raja Ryan lagi. Apa yang Bella betul-betul kisahkan sekarang ini ialah dia perlu berubah dan kembali semula ke Aklodovia dengan azam yang baharu.

***

Kerajaan Gennevies,

Cuaca di negara itu sangat berbeza berbanding di Aklodovia. Sejuk masih terasa cuma tidak sesejuk seperti di negaranya sendiri. Bella menanggalkan selendangnya namun kotnya masih dikenakan pada badan.

Kelihatan seperti ramai yang menunggunya di lapangan terbang persendirian itu. Bella turun dari jet peribadi dan sesampai sahaja di bawah, dia disambut mesra oleh...

"Selamat datang ke Gennevies Kingdom, Puteri Bella! Nama patik ialah Nicholas John, perdana menteri negara ni." Lelaki yang kelihatan seperti usianya 40-an itu menyapa Bella dengan mesra. Bella kehairanan. Semangatnya dia ni! Getus hati Bella.

"Tuanku tak perlu risau tentang semua barang tuanku sebab kami dah uruskan. Patik..."

"Awak tak perlu bahasakan diri awak sebagai patik di depan saya. Hanya gunakan 'saya' saja dah cukup." Bella memotong.

"Baiklah. Saya nampak tuanku agak terkejut dengan sambutan kami ni. Saya diarahkan oleh Raja Ryan untuk mengalu-alukan kedatangan tuanku di private airport ni."

Lagilah Bella bertambah hairan! Apahal pula dengan raja tu terfikir nak suruh perdana menteri dia sambut aku macam ni? Tak perlu susah-susah kut!

"Err, saya tahu bukan saya saja yang hadir untuk Big Conference ni tapi ramai lagi. Saya diberitahu yang saya dijadualkan untuk datang ke Gennevies awal dua hari sebelum D-day. Adakah awak akan sambut yang lain macam ni juga?" Soal Bella, ingin tahu. Apabila kakinya menjejak negara ini, segalanya mencurigakan buat Bella.

"Tak. Raja Ryan kata, semua ini special untuk tuanku seorang. Jomlah, kita akan berangkat ke istana sekarang." Ajak Sir Nicholas sambil membukakan pintu kereta untuk Bella.

Bella tergamam. Istimewa untuk aku seorang?

"Sir Nicholas? Kenapa saya perlu ke istana? Setahu saya korang akan sediakan kediaman khas untuk peserta-peserta Big Conference tu."

"Saya tak tahu, tuanku. Saya hanya ikut arahan Raja Ryan aje."

Bella ketawa kerana dia tidak percaya. Apa lagi lah yang akan Raja Ryan cuba kenakan dia kali ini? Bella dah agak apa yang akan terjadi padanya sepanjang sepuluh hari di negara itu, segalanya akan memeningkan kepala! Bella mengeluh berat.

Melihat Sir Nicholas yang sudah lama menunggunya di situ, Bella pun terpaksa akur dan masuk ke dalam perut kereta.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now