Welcome Back | 37
Petang tadi di Gennevies,
Sebuah Lexus LC 500 putih meluncur laju masuk ke dalam perkarangan istana. Kebetulan juga, Harry berada di sekitar kawasan luar istana ketika itu. Dilihatnya kereta mewah itu terus terparkir betul-betul di depan istana.
Siapa pula tu? Getus Harry dalam hati. Jika sebelum ini, Harry tidak pernah nampak Lexus LC 500 itu berkunjung ke istana. Nak kata itu milik Ryan, tidak juga. Takkan lah. Baru sahaja pagi tadi, Ryan dan Bella berangkat ke Marina Island.
Kaki Harry lalu melangkah ke arah kereta itu. Pemilik Lexus LC 500 putih itu membuka pintu keretanya. Siapakah? Harry masih tertanya-tanya. Memandangkan Ryan memutuskan untuk bercuti hari ini, rasanya raja itu mungkin telah menundakan semua perjumpaan peribadi, mesyuarat dan urusan yang lain. Jadi, tidak mungkin orang itu merupakan tetamu Ryan.
Pemilik Lexus LC 500 itu melangkah keluar dari perut keretanya. Nampaknya pemilik itu merupakan seorang lelaki muda. Lelaki muda itu terus menanggalkan kaca mata hitamnya sebaik sahaja dia keluar dari kereta tersebut.
Harry terkejut. Lelaki muda itu hanya beriak tenang menghampirinya di situ. Bibir lelaki muda yang dikenali itu tersenyum senget. Penampilan dan aura yang ditampilkan olehnya, masih sama seperti dahulu.
"Hai Harry! Sudah sekian lamanya." Lelaki muda itu siap menghulur tangannya di depan Harry. Harry hanya terpinga-pinga menyambut tangan itu. Mereka pun bersalaman.
Mata lelaki muda itu kemudiannya meliar ke sekeliling kawasan. "Keadaan istana masih sama seperti dulu. Betapa rindunya aku dengan tempat ni." Ujarnya. Harry di depan dipandangnya semula. Bibir masih melakar senyuman.
"Oh ya! Maaflah aku balik hari ni tak bagitahu korang dulu. Tapi takpelah, anggap saja semua ini kejutan. Haha."
Sempoi. Orangnya memang sempoi. Masih macam dirinya yang dulu. Tidak pernah berubah.
"Saya tak jangka sekali tuanku akan kembali hari ni. Akhirnya." Perkataan 'kembali' sengaja Harry tekankan.
Lelaki muda yang berusia 24 tahun itu hanya menggaru belakang kepalanya sambil tersengih. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya semula.
"I guess...welcome back Your Highness?"
Dia hanya tersenyum.
"Thanks Harry. Yes, I'm back now."
Gennevies, aku sudah pulang.
***
Keadaan begitu janggal di ruang makan istana. Para dayang dan pekerja istana yang lain masih dalam keadaan yang terkejut dengan kehadiran lelaki muda itu yang tiba-tiba muncul hari ini.
Setelah sekian lamanya.
"Tuanku, isilah perut tu dulu." Suruh Harry.
Segala hidangan sederhana telah dihidangkan di atas meja. Hanya tinggal untuk dijamah sahaja. Memandangkan dia tidak makan dari pagi tadi, memang bagusnya dia terus dilayan seperti dahulu sebaik sahaja dia kembali ke tempat yang sepatutnya dia panggil rumah itu.
"Lama dah aku tak dilayan seperti ni."
Tiba-tiba dia teringatkan Ryan. Dia menoleh ke tepi dan wajah Harry sekali lagi dipandang. Harry hanya berdiri tenang di situ, menemaninya di ruang makan.
"Mana perginya Ryan?"
Sudah 5 tahun, dia tidak bersua muka dengan raja itu. Sepanjang 5 tahun itu juga mereka langsung tidak bertanya khabar. Entah bagaimana agaknya keadaan Ryan sekarang? Akan tetapi, satu perkara yang dia pasti, Ryan masih belum boleh memaafkannya. Dia sedar akan hakikat itu.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...