The Chosen One | 53
Sarah selesai membantu Bella bersiap di bilik persalinan. Seperti biasa, tidak memerlukan masa yang lama untuk merias puteri itu kerana dia yang aslinya memang sudah rapi dan cantik.
"Terima kasih Sarah." Ucap Bella lalu bangun dari duduknya.
"Cantiknya tuanku." Puji Sarah sambil mengamati Bella yang begitu cantik pagi itu setelah diriasnya dengan tekun.
"Mana ada. Biasa aje." Bella malu sendiri setelah dipuji Sarah. Bella kembali menilik dirinya yang kemas mengenakan tweed dress warna ungu pastel. Simple tetapi elegan. Sesuai dengan imejnya.
"Tuanku juga nampak lebih ceria pagi ni."
Bella diam seketika sambil merenung Sarah yang sibuk mengemas alatannya yang sedikit berselerak di atas meja solek. Bella tertanya-tanya, jelas sangat ke yang dia kelihatan tidak bersemangat sebelum ini? Soalnya baru pagi ini, Sarah mengatakan bahawa dia kelihatan lebih ceria.
"Saya memang nampak okay kan?"
"Tuanku memang selalu nampak okay. Hanya saja tuanku lebih berbeza sekarang tapi tak bermaksud kalau tuanku sudah berubah sepenuhnya. Berubah dari segi tu, memang berubah, tapi apa pun itu, tuanku masih diri tuanku yang selama ini dan tak akan berubah."
Sarah mengukir senyumannya sambil mengatakan semua itu. Sarah begitu senang melihat keadaan Bella sekarang namun seperti yang dikatakannya tadi, walaupun orang di sekeliling mahupun Bella sendiri merasakan dirinya berubah, ia tetap tidak mengubah fakta kalau Bella masih orang yang sama.
"Kalau tuanku rasa tuanku berubah sepenuhnya...tak perlu. Bagaimana pun itu, tuanku tetap orang yang sama di mata saya dan pada orang-orang di sekeliling yang mengenali tuanku dengan benar. Maksud saya di sini, walaupun tuanku dah ambil langkah yang besar untuk mengatasi kelemahan sendiri even tak boleh nak cakap kelemahan juga sebab setiap manusia berbeza dan tak sempurna, tapi tuanku masih tampil sebagai Gabriella Roséth yang kami kenal sejak dari dulu lagi. Sikap tuanku yang tenang, prihatin dan tak mudah putus asa menandakan bahawa tuanku sebenarnya tak berubah sepenuhnya. Hanya saja tuanku sebelum ni telah memperbaiki diri dan menjadi yang lebih terbaik."
Panjang lebar Sarah menjelaskan apa yang ingin dikatakannya pada Bella. Bella tidak tahu hendak membalas apa akan pernyataan itu tetapi Bella tetap bersyukur kerana Sarah sudah mengatakan semua yang ingin dia dengarkan selama ini dari orang-orang yang dekat dengannya dan memahaminya. Seharusnya orang di sekeliling menerima Bella seadanya, namun tidak rugi juga kerana niat Bella yang memang ingin memperbaiki diri tanpa membuang tepi sifat dirinya yang sebenar. Apa pun semua itu, Bella tetap berterima kasih.
"Jangan risau, Sarah. Saya masih Bella yang sama."
"Ya. Yang penting sekarang ni, tuanku fokus dengan diri tuanku dulu. Saya pasti tuanku tak akan mudah dijatuhkan kerana pendirian tuanku yang kuat. Saya nampak tuanku begitu berazam walaupun tuanku mungkin tak menunjukkannya sangat."
"Thanks Sarah. Selagi saya mampu, saya akan terus memperbaiki diri."
Sarah membalasnya dengan satu senyuman ikhlas. Tidak ingin berlama dan membuang masa di sana, Sarah meminta izin untuk pergi dan tidak lama kemudian, Bella pun menyusul keluar dari bilik persalinan dan menuju terus ke bilik mesyuarat di tingkat bawah.
Bukannya Bella tidak pernah memasuki bilik mesyuarat, hanya saja sebelum ini Bella tidak pernah datang ke sana dengan tujuan memikul tanggungjawab yang berat. Kini, segalanya telah berubah dan Bella hampir mendarat ke tujuan asalnya.
Keadaan di luar bilik mesyuarat sekarang agak sunyi. Bella tidak tahu jika mesyuarat sudah bermula atau pun belum tetapi nampaknya dia agak awal datang ke sana. Jam tangan dikerling seketika, masih pukul 9. Bukannya Bella tidak diberitahu tentang jadual mesyuarat pada pagi itu, hanya sahaja mereka kerap kali memulakan mesyuarat tanpa mengikut aturan jadual. Oleh itu, Bella masih tidak pasti.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...