[RE-WRITTEN]
*Maaf di atas cara penulisan yang tak konsisten mulai dari bab ini.
I Hate You Too | 3
Ratu Amanda sudah pun berada di depan pintu kamarnya. Ratu Amanda cuba memulas tombol pintu tersebut namun ia terkunci dari dalam. Tangan kanannya lalu diletakkan pada pintu itu manakala tangan kiri mengetuk.
"Bella! Bella!" Panggil Ratu Amanda dengan penuh kerisauan.
Melihat Bella tergesa-gesa lari dari audience chamber tadi membuatkan Ratu Amanda tertanya-tanya. Sedangkan puterinya itu tadi baru sahaja anggun menari bersama Raja Ryan.
Bella hanya menyandar pada pintu tanpa sebarang respon. Tangisannya tadi masih bersisa. Bella boleh saja tahankan hatinya jika dia mahu namun kata-kata Raja Ryan itu sudah melampau.
"Bella, sayang? Bonda kat luar ni. Keluarlah." Pujuk Ratu Amanda.
Sekali lagi, puterinya itu tidak memberi sebarang respon dari dalam. Ratu Amanda hanya mengeluh.
"Kenapa ni? Boleh kamu jelaskan apa masalah kamu pada bonda? Bonda takkan marah."
Sepi. Masih tiada jawapan daripada Bella. Ratu Amanda lalu mengundurkan diri. Entah apa yang membuatkan puterinya itu sedih dan muram semasa di audience chamber tadi, dia sendiri pun tidak tahu.
"Baiklah kalau macam tu. Bonda pergi dulu ya? Kalau kamu nak cari bonda nanti, bonda akan berada di audience chamber ataupun ballroom."
Bella hanya mendengar di sebalik pintu. Dia tidak ingin menyahut Ratu Amanda. Bella tersandar pada pintu tersebut lalu terduduk setelah Ratu Amanda berlalu dari situ. Hatinya masih sakit.
***
Seorang dayang yang bernama Sarah melangkah menghampiri kamar Bella. Keadaan koridor di luar kamar itu sangat sunyi. Tidak hairanlah kerana saat itu, semua orang masih berada di audience chamber. Majlis tari-menari di mana Bella sepatutnya menjadi 'watak utama' pada hari itu masih belum berakhir.
Sarah merupakan dayang yang agak rapat dengan Bella. Ini kerana Sarah juga sentiasa ditugaskan untuk menguruskan Bella. Sarah datang ke kamar puteri itu hanya untuk menghantar salinan pakaian yang baharu.
Sebaik sahaja Sarah berdepan dengan pintu kamar, tangannya lalu memulas tombol pintu. Namun, ia terkunci. Eh? Ada orang ke? Sarah mengetuk pintu tersebut.
"Tuanku? Tuanku ada kat dalam ke?"
Bella tidak menyahut langsung dari dalam. Sarah mulai risau. Kenapa pula pintu ini terkunci jika tiada orang di dalam? Setahu aku, tiada siapa yang boleh masuk ke dalam kamar ini sesuka hati melainkan Ratu Amanda dan Puteri Bella sendiri.
Sarah mencuba sekali lagi namun hasilnya tetap sama seperti tadi. Bella tidak menyahutnya dari dalam. Sarah mula gelisah. Tangannya pula lalu laju menyeluk poket baju untuk mencari kunci kamar itu. Namun, kunci pula tiada dengannya saat ini.
"Alamak! Apa aku nak buat ni?" Sarah menjadi lebih gelisah. Dia risaukan tentang Bella. Kenapa pula puteri itu tidak menyahutnya langsung? Kalau tertidur pun, Bella masih boleh menyahutnya. Namun, kali ini berbeza. Keadaan di sekitar kawasan koridor dan kamar itu sangat sunyi.
Sarah lalu mengetuk-ngetuk pintu tersebut dengan harapan bahawa Bella akan menyahutnya. Sarah risau jika puteri itu terpengsan atau apa-apa ke yang berlaku di dalam tanpa pengetahuan orang ramai.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...