Bab 35

365 12 0
                                    

First Love | 35

Bella rasa seperti ada sesuatu yang lembut menyentuh pipinya. Liat untuknya membuka mata. Bella juga dapat rasakan pancaran sinaran matahari pagi yang menembus masuk ke dalam terkena wajahnya dan tahulah Bella bahawa hari sudah siang.

Vacation day!

Sesuatu yang lembut itu kian menyentuh pipi Bella membuatkan tidur Bella sedikit terganggu. Bella turut merasakan hembusan nafas seseorang begitu dekat dengan wajahnya. Perlahan-lahan Bella membuka kelopak matanya.

Rupa-rupanya Ryan yang dari tadi entah sejak bila sudah berada di atasnya dan mencium pipinya berkali-kali. Oh tadi tu bibirnya! Bella tersenyum sendiri.

Ryan berhenti seketika apabila melihat Bella seakan-akan sudah tersedar dari tidurnya. Ryan lantas mengulum satu senyuman. Pipi Bella diciumnya sekali lagi.

"Morning, Bella." Tutur Ryan lembut sambil menyelak helaian rambut Bella agar dia dapat melihat wajah puteri itu.

Bella enggan bangun. Dia masih mahu tidur. Ryan mengeluh kecil.

"It's time for you to wake up, sweetie." Pujuk Ryan.

Tidak ingin melawan kata-kata itu, Bella pun membuka matanya. Posisi baringnya yang mengiring tadi ditukar agar dapat menghadap Ryan.

Ah! Buka aje mata terus tengok senyuman tu.

"Pukul berapa sekarang?" Soal Bella.

Bella menatap elok insan sempurna di depan matanya itu. Kelihatan seperti Ryan sudah pun lama bersiap. Raja itu telah mengenakan pakaian kasualnya.

Ryan mengerling sekilas jam tangannya. "Pukul 9." Jawab Ryan ringkas sambil beralih posisi dan duduk di sebelah Bella yang masih berbaring di atas katil itu.

"Hey, cepatlah bangun. Tak nak lah nanti pilot tunggu kita lama kat airport." Ujar Ryan.

"Okay tuanku Raja Ryan, saya bangun lah ni." Kata Bella lantas bangun dari baringnya. Bella memandang lama Ryan di tepinya.

"What? Kenapa awak pandang saya macam tu? Awak tak suka saya kejutkan awak dengan cara tadi tu ke?" Soal Ryan.

"No, that's not the case. Awak tak curi-curi tidur sebelah saya kan malam tadi?"

"And...kalau ya pun?"

Bella terdiam. "N-nothing." Bella menjawab sambil melarikan pandangannya ke tepi. Pipinya mula merona kemerahan.

Ryan tersenyum.

"Jangan risau. Saya tak tidur dengan awak pun malam tadi tapi saya tak janji untuk malam nanti." Ryan tersenyum nakal. Bella tersentak.

"Ya lah, kita kan pergi bercuti berdua aje, so..." Ryan cuba mengusik Bella.

"Dah lah. Saya nak pergi bersiap ni." Bella terus bangun dari katil itu. Ryan tertawa kecil. Bella rasa sedikit menyampah dan malu. Wajahnya menjadi panas dan jantungnya berdetak laju apabila memikirkan kata-kata Ryan itu dan perkara lain...

Oh my God!

Kaki terus melangkah ke bilik air tanpa berpaling ke belakang lagi. Ryan hanya tersenyum sendiri. Tahu lah dia bahawa Bella tengah malu.

***

Masing-masing melangkah keluar dari perut kereta. Encik Xavier, merupakan juruterbang khas kerabat diraja melangkah ke arah Ryan dan Bella di situ. Pilot hat'nya ditanggal dari kepala dan diletak ke dada. Dengan itu juga, Encik Xavier lalu tunduk sedikit di hadapan mereka.

"Sudah lama tuanku tak jejak kaki ke private airport ni." Ujar Encik Xavier sambil tangan menyarung semula pilot hat ke kepala.

"Tu lah, Xavier. Ini pun saya dah berpeluang nak pergi bercuti." Jawab Ryan, mesra. Encik Xavier mengangguk kecil.

Ryan beralih ke arah Harry. Ini kali pertamanya Harry tidak akan mengikuti Ryan dan berada di sisi raja itu sepanjang masa. Jika sebelum ini, di mana adanya Ryan, di situ adanya Harry. Lagipun, Harry memang ditugaskan untuk menjaga Ryan sejak dari dahulu lagi. Nama pun sudah pembantu peribadi.

"Jangan lupa bagi makan Porsha." Pesan Ryan, tersenyum.

Tawa Harry terlepas dari mulutnya. Itu pula yang dia hiraukan sangat! Sejujurnya Harry kurang senang kerana tidak dapat bersama dengan Ryan untuk trip kali ini. Harry hanya tersenyum kelat berdiri di situ. Ryan tahu lalu dia menghampiri lelaki muda itu. Bahu Harry ditepuknya perlahan.

"Awak ni...saya bukannya pergi lama pun. Jangan risau, segalanya akan okay. Kali ni, biarkan saya nikmati kebebasan ni dengan Bella. Tapi tu bukan bermaksud ada awak dulu, saya tak bebas. Awak fahamkan maksud saya?"

"Faham." Jawab Harry, tersenyum kecil.

"Dah lah, saya nak pergi dulu."

Harry mengangguk kecil. "Jaga diri baik-baik tuanku dan juga Puteri Bella." Ujar Harry.

"You too." Bella tersenyum.

Ryan menggapai tangan Bella di tepi dan mereka sama-sama melangkah ke arah jet peribadi itu. Mereka disambut mesra oleh seorang pramugari yang anggun dan muda di pintu masuk.

"Selamat datang tuanku berdua. Silakan." Sapa pramugari itu mesra lalu membawa Ryan dan Bella ke tempat duduk mereka.

Ryan dan Bella masing-masing mengambil tempat duduk mereka yang berhadapan antara satu sama lain.

"Akhirnya dapat juga saya berehat dan bercuti kali ni. Tapi lebih mengujakan bila adanya awak di sisi."

Gosh! Sejak kebelakangan ini Bella tidak berhenti daripada terus blushing. What is wrong with me?

"Tapi kita nak pergi mana?"

"Marina Island."

"Marina Island?"

"Yup. Salah satu tempat percutian yang paling best di Gennevies. Saya selalu bercuti ke sana."

"Dengan siapa?"

"Maksud awak?" Ryan menyoalnya semula, dengan penuh kehairanan. Saat itu, pramugari tadi datang ke arah mereka berdua bersama dulang yang berisi dua gelas champagne di tangan.

Pramugari itu meletakkan dua gelas champagne tersebut dengan cermat ke atas meja kecil di hadapan. "Thank you." Ucap Ryan dan pramugari itu pun berlalu dari situ. Ryan mengambil gelas champagne dari atas meja dan disisipnya perlahan minuman itu.

"Saya cuma curious. Awak buat semua ni dengan saya macam awak dah terbiasa sebelum ni."

Ryan tertawa kecil. Wajah Bella di hadapan diamatinya.

"I've never done this before. Saya tak pernah bercuti ke sana dengan mana-mana gadis kalau awak nak tahu. You are the first one. So awak perlu percayakan saya dengan lebih lagi. Saya tak nak awak meragui saya, Bella. Saya bukan lelaki macam tu."

Bella terdiam.

"Grab your champagne glass."

Bella hanya menurut dan mengambil gelas champagne'nya.

"Let's cheers." Ajak Ryan.

Senyuman terlakar di bibir Bella.

"Saya nak cipta banyak memori dengan awak lepas ni. So, let's enjoy everything together." Sambungnya lagi.

Gelas champagne diangkat dan disatukan bersama.

Clink!

Bella rasa bahagia sekali dengan Ryan. Ryan terlalu baik dengannya. Bella ingatkan soalannya tadi mungkin serba sedikit menyinggung perasaan raja itu. Jadi dia teragak-agak ingin menyoalnya begitu. Namun, Ryan hanya menjawab dengan tenang dan jelas.

I am his first love. Bella tersenyum sendiri. Pandangan dibuang ke luar tingkap. Indahnya pemandangan dari atas langit. Lebih kurang satu jam begitu, sampailah mereka di Marina Island nanti.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now