I Told You So | 10
"Tuanku? Kita dah sampai." Tegur Harry, menghentikan lamunan Bella yang sejak dari tadi tidak berhenti membuang pandangannya ke luar tingkap kereta.
Bella mencapai beg tangannya di tepi dan keluar dari perut kereta. Pergelangan tangannya yang tercedera tadi masih sakit. Bella kesal dengan tindakannya yang cuba berlagak hebat dapat survive dengan sendirinya padahal dia jarang terdedah dengan dunia luar.
"Eh, saya ingatkan awak nak tinggal kat luar tadi? Menyesal, ya? Sebab tu awak balik ke sini lagi?" Usik Raja Ryan.
Dah kenapa pula dia ni ada kat sini? Bella memandangnya sinis. Dia segera pergi mengikuti Harry tanpa menghiraukan Raja Ryan di tepi.
"Ini bilik tuanku. Tuanku pergi berehatlah dulu. Kalau tuanku masih perlukan apa-apa, saya akan beritahu pada ketua dayang kami untuk in charge jaga tuanku." Ujar Harry sambil membukakan pintu kamar itu untuk Bella.
"Baiklah."
Bella menapak masuk ke dalam kamar tersebut. Harry meninggalkannya bersendirian di situ dan segera pergi memanggil ketua dayang mereka. Sekali lagi, Bella terpegun dengan setiap rekaan di setiap ruang yang ada di istana itu. Kamar itu pula kelihatan seperti memang sudah disediakan khas untuknya.
Bella membawa bagasi merahnya ke walk-in closet yang terdapat di kamar tersebut. Saat itu juga, pintu kamarnya diketuk dari luar.
"Masuk."
"Tuanku." Ujar seorang gadis yang agak muda itu sambil tunduk di hadapan Bella. Bella terkejut. Mungkin dia lah ketua dayang yang dimaksudkan oleh Harry tadi.
"Nama saya ialah Reina, ketua dayang di sini. Tuanku boleh panggil saya Reina saja."
"Okay...Reina. Boleh awak tolong bawakan saya air kosong? Saya agak haus." Pinta Bella.
"Baiklah. Ada apa-apa lagi yang tuanku perlukan?"
"Tak ada, tu aje."
"Baiklah. Saya minta diri dulu." Reina pun segera berlalu dari situ.
Bella melihat pergelangan tangan kirinya yang tercedera tadi. Terdapat dua garis luka yang agak panjang di pergelangan tangannya. Tetapi tidak juga luka itu berdarah dengan banyak.
Telefon bimbit di dalam beg tangannya diambil. Bella ingin memaklumkan pada Ratu Amanda bahawa dia baik-baik sahaja di negara orang itu walhal dia baru sahaja diragut oleh dua orang lelaki tidak dikenali ketika tadi. Nasib baiklah, Harry ada ketika itu.
Hasratnya ingin menghubungi Ratu Amanda terbatal apabila seseorang mengetuk pintu dari luar. Bella bingkas bangun dari duduknya untuk membuka pintu itu.
Dia terkejut apabila Raja Ryan muncul di hadapannya bersama sebotol air kosong. Eh?
"Apa awak buat kat sini?" Soal Bella, dingin.
"Istana ni saya punya kan? So suka hati saya lah nak masuk bilik mana pun."
Bella mendesis. Tanpa meminta sebarang kebenaran daripadanya, Raja Ryan terus melangkah masuk ke dalam kamar itu. Bella tersentak. Apahal dia ni?!
"Nah." Dia menghulurkan botol air itu kepada Bella dan Bella menyambutnya kasar.
"Saya nak pergi berehat ni, boleh tak awak jangan ganggu saya kat sini?" Pinta Bella.
Raja Ryan tidak mendengar apa yang Bella katakan. Dia terlihat akan tangan kiri puteri itu. Bella sedar bahawa Raja Ryan melihat tangannya, dia pun segera menyembunyikan pergelangan tangannya yang terluka itu.
"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni? Boleh tak awak..."
"Apa awak sembunyikan tu?" Soal Raja Ryan, memotong kata-kata Bella.
"Nothing."
Bella membawa tangannya ke belakang. Raja Ryan lalu mendekatinya dan Bella pula melangkah setapak ke belakang. Apa yang dia ingin lakukan ni?
"Bawa keluar tangan tu." Pujuk Raja Ryan.
"Apa awak ni?"
Tahap kesabarannya hilang, Raja Ryan terus menarik tangan Bella ke depan. Dia genggam tangan puteri itu dengan erat. Bella tidak dapat melepaskan tangannya daripada genggaman raja itu.
"Let me go!"
Raja Ryan melihat dua garis luka yang ada pada pergelangan tangan Bella itu. Harry ada memberitahunya tadi bahawa Bella kena ragut semasa di pusat kota. Bella memandangnya takut. Raja Ryan pun melepaskan tangannya dan segera melangkah ke bilik air di situ. Dia ingin merawat luka tersebut.
Bella memegang tangan kirinya yang telah digenggam erat oleh raja itu. Dia lihat Raja Ryan keluar dari bilik air tersebut bersama semangkuk air panas dan juga sehelai tuala kecil.
Raja Ryan melangkah ke arahnya. Dia meletakkan mangkuk berisi air panas dan juga sehelai tuala tersebut di atas meja kopi. Dia menarik kerusi di belakang dan menyuruh Bella duduk di situ. Bella pun bagaikan robot hanya akur pada arahannya.
Raja Ryan mengambil first aid-kit dari dalam laci closet yang terdapat di kamar itu. Dia membawa peti itu ke arah Bella. Bella hanya berdiam diri di situ. Raja Ryan melutut di depan Bella.
Dia merendam tuala itu ke dalam air panas dan memulasnya. Tangan kiri Bella dipegang dan Raja Ryan mencuci luka itu terlebih dahulu. Selepas itu, peti first aid-kit dibuka dan Raja Ryan mengeluarkan sebotol antiseptik untuk mengubati luka tersebut. Dia menuangkan antiseptik itu ke atas kapas putih dan menyapunya ke atas garis luka pada pergelangan tangan kiri Bella.
"Ahh!" Bella mengaduh kesakitan apabila cecair antiseptik itu terkena pada lukanya.
"Pedih ke?" Soal Raja Ryan.
Bella tidak menyahut sebaliknya dia leka memandang Raja Ryan yang sedang sibuk tunduk merawat lukanya itu. Tidak dapat dinafikan, sisi lelaki budiman Raja Ryan terserlah ketika itu. Mana-mana gadis yang berdepan dengan situasi seperti ini sudah pasti akan jatuh cinta pada raja itu. Sudah lah kacak, baik hati pula itu!
Dia ni baik juga dengan aku. Sanggup dia rendahkan egonya hanya semata-mata untuk rawat luka aku. Aku ingat dia akan biarkan aku uruskan sendiri luka ni. Petang tadi bukan main dia kata tak nak bertanggungjawab ke atas aku jika aku dicederakan! Huh!
Tanpa sedar, Bella tersenyum sendiri. Eh, jap! OMG Bella! Kau kena sedarkan diri. Baik macam mana pun lelaki ini di depan kau saat ini, aku pasti dia masih bencikan aku dengan sepenuh jiwa dan raganya. Bella pun mematikan senyumannya.
Kelihatan seperti Raja Ryan selesai dengan tugasannya. Luka Bella telah pun ditampal. Dia bingkas bangun dari situ. Semua yang telah digunakan dia simpan semula ke tempat asal.
"Kalau luka tu tak dirawat dengan segera tadi, ia akan meninggalkan parut dan juga infeksi. Nak harapkan awak sendiri akan rawat tu, memang tak lah!" Bebel Raja Ryan.
"Lain kali jangan bebal sangat bila orang larang. Itu maknanya orang pesan pada kita untuk kebaikan kita sendiri. Tengok, apa gunanya awak nak lari dari sini kalau end up awak akan dicederakan kat luar sana?" Sambungnya lagi.
Ish! Dia membebel pula macam bonda! Kenapa lah orang di sekeliling aku sentiasa layan aku ini macam budak-budak sedangkan aku sudah mencapai usia 20-an? Bella bangun dari duduknya dan menyuruh Raja Ryan keluar dari kamar itu.
Lagi lama dia di sini, makin panjang bebelannya. Itu Bella pasti. Apabila Raja Ryan sudah berada sepenuhnya di luar kamar, Bella lalu menutup dan mengunci pintu kamar tersebut. Raja Ryan tersenyum kecil.
"Esok awak kena bangun awal, jangan lambat. Kita akan breakfast kat luar. Kalau tak, saya akan tinggalkan awak. Biar awak kebulur kat sini." Pesan Raja Ryan dari luar.
Menjengkelkan! Bella tidak menyahutnya dari dalam. Raja Ryan pun berlalu dari situ apabila Bella tidak menyahutnya. Bella langsung tidak faham dengan personaliti raja itu. Sekejap dia akan baik dengannya, sekejap tidak.
Namun, selama Bella telah sampai ke negara ini, dia perasan bahawa Raja Ryan lebih berlembut dengannya berbanding di Aklodovia tempoh hari. Apakah?
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...