A Bitter Goodbye | 51
Sudah genap dua hari Bella dan Blair menumpang tinggal di kediaman Nenda Oli. Sehinggakan hari ini, kedua-duanya masih mencari jalan untuk berjumpa dengan Ryan di istana tanpa halangan.
Apakah Bella sudah membuat keputusan akhirnya? Ya. Bella sudah memutuskan untuk menghentikan hubungan mereka dan segera kembali ke Aklodovia.
Keputusan yang berat untuk dilakukan namun demi kebaikan Bella dan masa depan negaranya, Bella tidak mahu berlengah lagi dan seharusnya berhenti mengharapkan Ryan. Akan lebih baik jika Bella bertemu dengan Ryan buat kali terakhir sebelum dia pulang ke tanah airnya.
Soal perasaan mereka Bella ketepikan dahulu. Tidak ada gunanya jika Bella cuba sedaya upaya untuk meraih cinta Ryan sedangkan raja itu berkeras tidak mahu untuk kembali.
Katakan sahaja hal-hal yang buruk pada Bella kerana cepat berputus asa ke atas hubungan mereka. Namun, Bella terpaksa korbankan perasaannya untuk menjamin masa depan Aklodovia yang cerah. Itu yang seharusnya menjadi keutamaan Bella sekarang.
"Harry masih tak dapat di'contact." Maklum Blair sebaik sahaja dia melihat Bella keluar dari bilik air. Bella menghampiri sahabatnya itu yang masih duduk di tepi katil di sana.
"Mungkin dia sibuk kut. Takpun dia punya alasan lain." Jawab Bella tenang.
"Habis tu macam mana kita nak masuk istana kalau tak ada siapa pun yang beri kebenaran?"
Bella tidak langsung menyahut sebaliknya dia duduk dahulu di tepi Blair dan berdiam diri. Namun diamnya, dia sedang memikirkan sesuatu.
"Noah..." Sebutnya perlahan setelah agak lama berdiam diri.
Blair menoleh dan memandangnya hairan. "Noah?" Wajar kalau Blair bereaksi seperti itu kerana puteri itu sama sekali tidak tahu tentang kepulangan Noah ke Gennevies setelah sekian lamanya. Apakah Noah sudah pulang?
"Adiknya Ryan?"
"Ya. Victor Noah."
"Sejak bila dia pulang? Bukannya dia menghilang tanpa khabar selama ni?"
"Ya tapi dia dah pulang."
Jadi orangnya memang dah pulang ke tanah air sendiri setelah sekian lamanya. Blair hanya ber-oh kecil. Entah sejak bila kali terakhir Blair bersua muka dengan putera itu, dia tidak berapa ingat. Soalnya Blair lebih kerap berjumpa dengan Ryan berbanding Noah. Setelah mereka semakin meningkat dewasa, Noah lalu menghilang tanpa khabar.
"So nak minta tolong dekat Noah lah ni?"
"Yes, if we're lucky enough. Kita boleh minta tolong pada dia."
"Awak pasti ke kalau Noah tak juga berpihak pada Sir Nicholas?"
Okay. Untuk yang satu itu, Bella tidak pasti. Bella pun kembali berdiam diri. Blair yang masih duduk di tepi pula hanya menatapnya dengan keliru.
"Cuba kita contact dia. I'm sure Noah akan terus jawab call kita." Cadang Bella.
Semoga sahaja Noah akan segera menjawab panggilan mereka kerana Bella sepenuhnya percaya kalau putera itu tidak akan mudah terpengaruh oleh Sir Nicholas. Dengan kondisi Noah yang masih sihat dan stabil, putera itu mungkin akan menjadi satu-satunya harapan mereka agar dapat berjumpa dengan Ryan di istana tanpa ada gangguan.
Sesuai dengan tekaan Bella yang tepat, panggilan terus bersambung. Tanpa membuang masa, Bella terus menyapa Noah.
"Noah awak kat mana sekarang?"
"Saya ada di luar istana."
"Awak diusir dari sana ke?"
"Tak. Saya pun hairan kenapa mereka tak usir saya juga. Kenapa awak call ni? Oh ya, saya tahu awak kat mana sekarang so jangan risau."
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...