Shattered Heart | 16
Giliran Bella telah tiba. Ini masanya untuk Bella memperkenalkan diri di hadapan orang ramai setelah sesi berkomunikasi sebentar tadi. Bella dengan ragu-ragu menampilkan dirinya ke hadapan. Raja Ryan hanya berdiam diri memandangnya di tepi.
Ingin sahaja Bella lari dari situ. Namun, Bella perlu teruskan semuanya dan mempraktikkan apa yang dia telah pelajari malam semalam.
"Take your time, we'll wait. This is an open introduction." Ujar seorang daripada peserta di situ. Bella tersenyum kecil. Dia rasa lebih lega sedikit apabila ada yang dapat bertimbang rasa akannya.
"Hai, nama saya ialah Gabriella Roséth Wesley-Theur dari Kerajaan Aklodovia. Saya sangat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada wakil-wakil negara yang lain dalam Big Conference kali ni. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar untuk kita semua dan saya juga berharap agar kalian semua dapat bertolak ansur dengan saya sepanjang sepuluh hari di sini."
Bella tunduk di hadapan mereka untuk mengakhiri kata-katanya. Segalanya lancar dan jelas. Dadanya terasa lapang apabila dia sudah berjaya mengatasi semua itu. Buat pertama kalinya, Bella dapat memperkenalkan dirinya dengan baik di hadapan khalayak ramai.
"Puteri Bella? Apa hubungan awak dengan Raja Ryan?" Ujar Charlotte secara tiba-tiba. Bella terkejut dengan soalannya. Dia hampir terlupa bahawa ini merupakan open introduction. Semua peserta bebas menyoal dan menyatakan pendapat peribadi mereka ke atas masing-masing.
Hal ini dapat membantu menguatkan mental mereka dan membantu mereka untuk tidak bereaksi lemah terhadap kecaman orang. Ini kerana mereka juga akan dipandang tinggi oleh rakyat dan bukan semua akan sukakan mereka jadi mereka perlu kuat menghadap setiap kritikan serta tohmahan orang. Menjadi pemimpin negara ini bukan mudah.
Pada mulanya Bella menafikan soalan itu dengan mudah. Peserta yang lain pula seperti biasa seakan-akan memandang rendah terhadapnya membuatkan Bella takut. Seperti tadi, mereka tidak berhenti berbisik tentangnya.
"Pakaian awak tu..." Charlotte meleretkan kata-katanya. Bella melihat dirinya sendiri. Ada apa dengan pakaian aku?
"Bukankah itu pakaian milik Ratu Laura? I'm just wondering."
Bella membuntang luas matanya. Apa? Raja Ryan dipandangnya tidak percaya. Raja itu masih berdiam diri dan memandangnya simpati.
"Awak tahu kan perkara seperti ni akan menarik perhatian media? Do you even know how media works, princess? Media boleh burukkan nama awak dalam sekelip mata walaupun awak tak bersalah sepenuhnya. Tapi saya rasa awak sengajakan benda ni. Awak pakai pakaian Ratu Laura sedangkan tempoh untuk Gennevies berkabung belum tamat lagi." Charlotte tersenyum sinis.
Apa?! Bella langsung tidak tahu tentang perkara tersebut. Jadi kenapa Raja Ryan menyuruhnya memakai pakaian itu sedangkan dia sepatutnya tahu bahawa tempoh untuk dia berkabung ke atas bondanya sendiri belum tamat? Bella tahu perkara seperti itu salah.
Adakah niatnya cuba untuk malukan aku di depan orang ramai hari ini? Sampai begitukah dia bencikan aku?
"Berharaplah benda ni tak akan sampai ke media. Tapi biasanya untuk event besar macam ni, akan sentiasa ada orang dalam. Awak tahu kan?" Charlotte tersenyum puas setelah berjaya memalukan Bella di depan orang ramai.
"Cukuplah tu Puteri Charlotte!" Tegur Blair di tepi dengan tegas.
"What? You can't blame me. Sekarang kan sesi open introduction so semua orang bebas katakan apa yang mereka ingin katakan pada orang tu. Kalau dia tak tahan hadapi semua ni, then that's her problem. I'm just stating what is wrong with her. Kalau saya diamkan pun takde gunanya, semua orang di sini tahu and they are not ignorant like her." Ujar Charlotte tanpa rasa bersalah.
Bella meliarkan matanya ke sekeliling audience chamber. Semua orang memandangnya keji. Apa salah aku? Kolam matanya terasa panas. Raja Ryan hanya berdiri di situ, tanpa bertindak untuk memberi sebarang penjelasan. Semua ini terjadi kerananya.
Bella melarikan dirinya ke taman istana. Dia tidak tahan lagi berada di audience chamber itu. Bukan begini yang aku sangkakan!
"Bella!" Panggil Blair cuba untuk menghentikan Bella. Namun, Bella tidak ingin berpaling ke belakang lagi.
Keadaan mula tegang di audience chamber pada hari pertama Big Conference tersebut. Semua peserta tidak mampu berkata-kata selepas kejadian yang memalukan itu.
***
Sudah cukup Bella dimalukan seumur hidupnya. Bella tidak faham kenapa dunia begitu tidak adil dengannya. Bella tahu mereka semua berasa tidak senang dengan kehadirannya di situ.
Ini yang Bella takutkan apabila berada di depan orang ramai. Dia takut bahawa dia tidak cukup kuat berdepan dengan kata-kata orang lain terhadapnya. Bella belum bersedia untuk semua ini. Disordernya sangat 'membunuh' dirinya serta mentalnya.
Dia terasa asing, sekali lagi. Mereka melayannya bagaikan dia bukanlah manusia normal. Bella menekup mukanya dan menangis semahunya di gazebo itu.
Blair hanya mampu melihatnya dari jauh. Dia kasihankan Bella. Ingin sahaja dia escape Big Conference dan pergi memujuk Bella. Raja Ryan datang lalu berdiri di tepinya.
"Saya tak tahu pula Charlotte boleh berlagak bitchy sampai macam tu sekali. You should know better, Ryan. Saya rasa awak yang suruh dia pakai baju tu kan? Awak tahu kan isu ni sensitif? Kenapa Ryan?"
"Mereka terlalu mementingkan adat. Esok tamatlah tempoh berkabung tu." Balas Raja Ryan, bersahaja. Namun, suaranya kedengaran lemah.
"Sebab tu lah ia dipanggil adat. Kalau organisasi pemegang adat tahu tentang ni, macam mana? Apa awak akan buat, Ryan? Bukan semua kuasa terletak di atas awak. You better fix this all."
"Saya tahu apa yang saya lakukan, Blair. Saya lakukan semua benda bersebab." Ujar Raja Ryan, tenang.
Blair melepaskan keluhan beratnya. Ah, first day aje sudah memeningkan kepala! Dia terus beredar dari situ.
Raja Ryan menundukkan kepalanya. Dia rasa bersalah pula kerana tidak sengaja meletakkan Bella sebagai mangsa keadaan. Namun, dia masih perlu hapuskan stereotaip yang telah berkurun lamanya diamati oleh warga Gennevies itu. Raja Ryan pasti bahawa mereka tidak perlu lagi berpegang sepenuhnya pada adat.
Dia menggenggam erat tangannya sendiri. Entah mengapa, dia tidak tahan melihat Bella bersedih seperti itu. It's not her fault. Kenapalah aku ni selfish dan ego sangat?
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...