ILYSB | 39
Sailing? Checked.
Water jet ski? Checked.
Surfing? Checked.
Scuba diving? Checked.
Beach volleyball? Checked. Alang-alang sudah berada di pulau itu, Ryan tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuknya membawa Bella menyertai pertandingan beach volleyball yang terbuka kepada semua pengunjung.
Gigih juga dia mencari lawan dan teammatenya tadi. Bella yang diajak bermain pula hanya dapat beraksi untuk satu pusingan sahaja memandangkan dia masih baharu dalam sukan tersebut. Apa-apa pun, kumpulan mereka tetap kalah dalam pusingan separuh akhir.
Bagaimana pula dengan menyaksikan pemandangan sunset tepi pantai?
Checked!
Nama pun sudah bercuti ke pulau. Jadi, menikmati pemandangan matahari terbenam di tepi pantai merupakan salah satu perkara yang wajib dilakukan. Akhirnya, termakbul juga impian Bella.
Kini, Ryan dan Bella berehat dan bersiap-siap dahulu di rumah sebelum menyambung aktivti mereka. Sebentar lagi, Ryan berhasrat ingin membawa Bella berkunjung ke sebuah pesta ria yang diadakan berdekatan dengan pelabuhan.
Bella mengambil knitted turtleneck lengan panjang merah padamnya dari dalam bagasi lalu disarungkan terus ke tubuh. Ya, jangan tanya kenapa sehingga ke hari ni aku masih belum keluarkan pakaian-pakaian aku dari dalam bagasi. Trench coat berwarna cream turut dikeluarkan. Walaupun berada di Marina Island yang menyajikan suasana musim panas, suhu pada waktu malam boleh tahan sejuknya.
Kemudian, rambut ikal mayangnya yang panjang dan perang itu diikatnya kepada toncang ekor kuda. Biar kemas. Usai sahaja bersiap, tangannya lalu menggapai telefon bimbit dari atas meja solek.
...dan jangan risau, makeup aku dah buat. Sapu losyen, sembur wangi segala apa yang seorang perempuan sepatutnya lakukan semasa bersiap, sudah aku lakukan. So yeah.
Aplikasi Twitter dibuka. Ibu jarinya lalu menari-nari atas skrin telefon. Scroll punya scroll sehinggalah dia ternampak akan satu akaun media yang telah memuatnaik sebuah artikel yang terdapat gambarnya bersama Ryan semasa mereka tengah berseronok di pulau siang hari tadi.
Bella mula mengeluh kecil. Malam-malam hari sudah bikin aku sakit kepala! Dibacanya headline artikel itu yang entah apa-apa.
King Ryan and Princess Gabriella spotted in Marina Island today - world's biggest scandal?
Scandal apa bendanya?!?!
Mata dipejam seketika, cuba untuk menghadam semula headline tersebut. Haish. Bukan satu dunia dah tahu ke yang aku dan Ryan memang dah bercinta sejak last day Big Conference hari tu? Kami siap berpegangan tangan lagi untuk buktikan pada mereka semua. Macam mana boleh jadi scandal pula hari ni?
Saat itu juga, Ryan yang telah siap mandi mengorak langkahnya ke arah Bella yang masih berdiri di depan meja solek. Tangannya sempat mencapai satu beanie hat hitam dari dalam wardrobenya yang berdekatan. Tangannya juga lantas membuka lembut ikatan rambut Bella membuatkan puteri itu pantas menoleh kepalanya ke belakang.
Ryan pula dengan tanpa rasa bersalah hanya melakar satu senyuman kecil sambil menyarungkan beanie hat hitam miliknya ke kepala Bella. Bella memandangnya, hairan.
"Nanti sejuk kepala awak." Ujarnya, tenang.
Bella meramas kepalanya. Oh...okay? Tangan satu lagi pula masih memegang kemas telefon bimbitnya. Ryan memaut bahu Bella dari belakang agar puteri itu dekat dengannya. Skrin telefon bimbit Bella ditatapnya lama.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...