Bab 36

359 12 0
                                    

Night Talk | 36

Marina Island,

Suasana di pulau itu jauh sekali berbeza dengan di pusat kota. Atmosfera yang menyegarkan dan cuaca yang sentiasa cerah, sesuai untuk percutian! Jelas sekali juga, Marina Island mempunyai ciri-ciri di mana kebanyakan orang kaya akan bercuti ke situ. Tidak hairanlah.

Ryan menutup bonet keretanya setelah selesai menyimpan segala barang mereka. Ryan kemudian menapak ke arah pintu kereta dan meloloskan dirinya ke tempat duduk pemandu.

"Jom." Ujarnya pada Bella di tepi sambil tersenyum kecil.

Kereta dipandu terus ke kediaman peribadi Ryan yang terletak di atas bukit dan berhampiran dengan pantai. Kediaman peribadi yang sederhana dan juga mewah. Hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk sampai ke tempat kediaman tersebut jika dikira dari lokasi private airport.

Bella melangkah keluar dulu dari kereta sebelum Ryan. Berapa banyak agaknya kediaman peribadi yang Ryan ada di seluruh Gennevies untuk kegunaannya semasa bercuti? Bella tertanya-tanya.

"Masuklah dulu." Suruh Ryan sambil menghulurkan kunci rumah kepada Bella. Kemudian, Ryan beralih semula ke bonet kereta.

Bella membuka pintu rumah dengan kunci yang diberi tadi. Setelah itu, kakinya melangkah masuk ke dalam. Bella terpegun sendiri melihat interior kediaman sederhana Ryan yang serba moden dan mewah itu. Ditambah pula dengan pemandangan pantai dan laut di luar. Heaven.

Matanya leka meliar ke sekeliling ruang. Susun layout villa sederhana itu lebih kurang seperti sebuah apartment biasa, cuma bezanya villa itu mempunyai satu tingkat atas. Ruang dapurnya yang open floor plan berkongsi ruang dengan ruang tamu. Kedua-dua ruang membolehkan penghuni di dalamnya menikmati pemandangan laut di luar dengan jelas.

Kaki terus dilangsungkan ke bahagian patio di luar rumah. Terdapat satu set sofa putih, tempat yang sesuai untuk BBQ dan juga fireplace berserta hot tub di patio tersebut. Lengkap dengan banyak kemudahan yang sesuai untuk percutian di pulau.

Keadaan yang sunyi dan tenang. No wonder Ryan ajak aku bercuti ke sini. Katanya juga nak spend time dengan aku, alone, since dia tak sibuk dengan kerja. Entah sejak bila agaknya dia mula terfikir dan merancang untuk percutian ni? Getus Bella dalam hati.

Usai meletakkan bagasinya dan bagasi Bella ke dalam bilik, Ryan terus menghampiri Bella di situ. Dia lihat Bella sedang berdiri di luar menikmati pemandangan laut di patio. Tubuh Bella lalu dipeluknya dari belakang, membuatkan puteri itu sedikit tersentak.

Bibir Bella lantas melakar satu senyuman. "I hope you'll enjoy this vacation." Tutur Ryan di telinga Bella. Ryan lalu membawa bibirnya ke pipi Bella. Satu ciuman di pipi dihadiahkan untuk Bella.

Tangan Ryan terlerai sedikit daripada pelukan untuk memberi ruang kepada Bella memusingkan badannya dan menghadap raja itu. Ryan meletakkan kedua-dua tangannya di pinggang Bella. Bella mengusap lembut pipi Ryan dan matanya setia merenung ke dalam anak mata Ryan.

"Thank you, Ryan. Kita belum buat apa-apa lagi dan saya dah mulai suka percutian ni." Ujar Bella lalu disambut tawa kecilnya. Matanya lalu turun ke bibir Ryan dan tangannya memaut leher Ryan agar wajah raja itu mendekati wajahnya. Bibir dikucup lembut. Ryan membalas ciuman itu. Sempat Ryan tersenyum kecil begitu juga Bella semasa mereka berciuman.

Bahagianya rasa!

Bibir dilepaskan perlahan-lahan. Mata Bella tidak lepas daripada terus memandang Ryan di depannya – insan yang dahulunya dia benci kini menjadi insan yang paling dia sayangi dan cintai. Ryan merendahkan tubuhnya untuk memeluk Bella.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now