Bab 19

361 11 0
                                    

Feel You | 19

Bunyi tapak kasut tumit tingginya memenuhi ruang pejabat. Tuan Adam terpinga-pinga di mejanya. Ryan pula tersenyum kecil, dia tahu bahawa Tuan Adam memang tidak jangkakan semua ini.

Dia melangkah dengan yakin ke arah Tuan Adam bersama beberapa dokumen penting yang telah dikepil bersama. Entah sejak bila kali terakhir dia berasa terlebih yakin seperti ini. Senyuman dilakarkan pada wajah.

"Puteri Bella?"

Bella tidak menyahut sebaliknya dia menghempaskan dokumen yang telah dikepil itu agak kasar ke atas meja Tuan Adam. Kemudiannya, Bella berdiri di tepi Ryan.

"Apa semua ni?" Soal Tuan Adam, keliru.

"Saya datang ke sini sebab saya ingin bersihkan nama saya."

Tuan Adam tertawa tidak percaya. Dia menggelengkan kepalanya. Bella dan Ryan hanya tenang di situ.

"Sebenarnya, kalau tuan nak tahu, adat tu boleh diubah." Ujar Bella, tenang.

"Apa maksud tuanku? Saya ketua pemegang adat di sini jadi saya lebih tahu bahawa semua adat tu tak boleh diubah!"

Bella melangkah ke depan dan membuka dokumen yang dibawanya tadi. Terdapat dokumen perjanjian bersama organisasi pemegang adat bersama pihak istana yang telah disahkan pada tahun 1959 dan lebih reliable berbanding bukti yang Tuan Adam ada.

"Perjanjian di sini mengatakan bahawa adat terutamanya adat berkabung boleh diubah tempohnya mengikut keadaan dan kehendak keluarga kerabat diraja. Perjanjian ini disahkan pada tahun 1959, adakah tuan tidak mahu mengikutinya juga? Jadi kenapa ia tiba-tiba tak boleh diubah sekarang sedangkan sini jelas mengatakan bahawa adat itu boleh diubah. Adakah tuan juga cuba memanipulasi?" Soal Bella, jelas dan lancar. Bella perlu pertahankan nama baiknya dan juga Aklodovia sebelum terlambat.

Dia lihat Tuan Adam gelisah di mejanya. Tuan Adam tahu mengenai perjanjian itu cuma dia memutuskan untuk tidak menggunakannya lagi. Dia hanya mampu berdiam diri, memikirkan tindakan yang perlu dilakukan olehnya nanti.

"Awak tak boleh melanggar perjanjian tu sesuka hati. Perjanjian tu dibawa sejak dari dulu lagi tapi bila sampai ke tangan awak, awak cuba mengubahnya dan meyakinkan pihak istana bahawa ia lebih berguna berbanding perjanjian yang awak anggap lama dan lapuk ni." Ryan mula bersuara.

"Saya bukan cuba ingkar dengan perintah atuk dan nenek moyang tuanku dulu cuma..."

"Cuma apa?" Potong Ryan.

Tuan Adam berhenti seketika. Dia menyuruh ahli-ahli yang lain masuk ke dalam dan berbincang tentang perkara itu. Namun, nasib tidak menyebelahinya ahli-ahli organisasi yang lain bersetuju dengan perjanjian lama. Mereka setuju bahawa adat itu boleh diubah.

Tuan Adam merenung ke dalam anak mata Ryan. Walau sebenci mana dia dengan raja itu, dia tahu bahawa Ryan bukan lawannya. Tidak mahu posisinya hilang dalam organisasi tersebut, Tuan Adam terpaksa bersetuju. Ryan pula dengan murah hati memberinya peluang kedua.

"Dengan bukti yang dah ada ni dan kalian semua bersetuju, saya harap tuan tampil di depan public untuk saya agar nama saya dapat dibersihkan." Pinta Bella sambil tunduk di hadapan Tuan Adam.

Tuan Adam rasa bersalah pula. "Baiklah tuanku, saya akan bantu tuanku bersihkan nama tuanku dan saya akan laksanakan kembali perjanjian ini untuk rujukan pada masa depan." Balasnya tenang.

"Terima kasih." Ucap Bella.

Tuan Adam dan yang lain keluar dari pejabat tersebut dan menghadap para media di luar memandangkan media tidak berhenti mengikuti mereka sejak dari tadi. Bella tersenyum lega di situ. Rancangannya bersama Ryan telah pun berjaya dilaksanakan.

***

Mereka kembali ke istana setelah urusan membersihkan nama Bella selesai dan juga permintaan Ryan telah dikabulkan. Semuanya tamat dalam masa satu hari sahaja. Terasa seperti sudah tamat perang dunia pula.

Bella memandang Ryan di tepi. Raja itu hanya berdiam diri sepanjang perjalanan mereka pulang ke istana. Bella percayakan Ryan dan hari itu juga telah membuktikan bahawa mereka boleh mengatasi segalanya bersama-sama. Bella tersenyum kecil.

"Thanks." Ucapnya perlahan.

Ryan tidak menyahut sebaliknya dia hanya memandang kosong wajah Bella yang duduk di tepinya itu.

"Saya tahu saya boleh percayakan awak. Awak dah bantu saya hari ni dan saya tak perlu risau lagi." Tutur Bella lagi. Ryan menarik nafasnya dan lepas.

"No problem." Ujarnya. Bella terdiam dengan balasannya. Ryan kedengaran dingin padanya. Nampaknya, dia masih bencikan aku~

Kereta diraja yang membawa mereka berdua telah pun sampai di istana. Harry membantu dengan membukakan mereka berdua pintu. Bella dan Ryan, masing-masing melangkah keluar dari perut kereta.

"Semua peserta Big Conference telah pun balik sebentar tadi." Ujar Melissa sambil melangkah ke arah mereka.

"Err, baiklah." Jawab Ryan, ringkas. Dia kehilangan mood ingin bercakap dengan orang lain ketika itu. Kepalanya terasa pening tiba-tiba. Ryan perlukan rehat yang secukupnya. Dia pun segera melangkah ke dalam istana sambil diikuti Harry dari belakang.

"Tuanku tak nak masuk juga ke?" Soal Melissa dalam nadanya yang mesra.

Bella hanya tersenyum kelat ke arah Melissa. Dia pun melangkah masuk ke dalam istana. Bella sedar bahawa Ryan tidak kelihatan okay sejak mereka berada di dalam kereta tadi. Tanpa sedar, dia risaukan raja itu.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now