Agenda | 46
Sepanjang pagi itu, Bella terpaksa mundar-mandir di seluruh istana mencari keberadaan kucing parsi milik Ryan; Porsha. Soalnya pada pagi itu, Porsha belum diberi makan dan ia juga perlu dibersihkan. Bella sudah maklum awal kepada Reina bahawa dia sendiri akan menguruskan Porsha. Masalahnya sekarang ini, kelibat kucing kesayangan Ryan itu masih tidak kelihatan.
"Mana pergi Porsha ni?" Gumam Bella sendirian. Sudah dia terpaksa meniarap seketika di atas lantai untuk mencari Porsha, mana tahu jika kucing itu berada di bawah meja-meja mahupun perabot-perabot lain. Diselaknya setiap langsir di sepanjang hallway istana, kut-kut Porsha bersembunyi di situ. Selalunya kucing memang suka merehatkan diri mereka di tepi tingkap.
Pintu bilik rehat dikuaknya. Bella menjenguk sedikit kepalanya ke dalam. Tidak juga Porsha kelihatan berlegar-legar di tempat itu. Bella menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kebingungan. Dibuatnya bunyi kucing mengiau untuk menarik perhatian Porsha, tidak juga kucing itu menyahutnya.
Ada lah beberapa pekerja istana yang berjalan melimpasnya sambil mengucap 'selamat pagi'. Bella pula hanya membalas dengan senyuman manis sahaja. Para pekerja istana pula hanya mampu tersenyum janggal. Setelah melimpasnya, mereka akan mula berbisik sesama sendiri. Mereka fikir Bella tidak akan ambil kisah sedangkan puteri itu dapat mendengar dengan jelas bisikan mereka. Apabila puteri itu menoleh ke belakang, dia melihat mereka ketawa mengejek.
"Itu ke yang bakal jadi pedamping Raja Ryan? What is she doing? So weird. Haha." Entah mengapa pendengarannya kali itu begitu tajam. Dia dapat menangkap perbualan dua orang pekerja itu. Diorang tak tahu ke yang aku tengah struggle cari kucing milik Raja Ryan kesayangan diorang tu? Bella hanya memutarkan bola matanya. As if I care.
Mana perginya Porsha ni? Kebetulan pula Bella terserempak dengan Sir Nicholas di hallway istana. Apa yang encik perdana menteri ni buat kat sini pagi-pagi hari lagi? Ada urgent meeting ke? Teka Bella dalam hati. Sir Nicholas pula tersenyum kecil melihat kehadiran Bella di situ. Dihampirinya puteri itu yang hanya tercegat berdiri beberapa meter di hadapannya.
"Good morning, princess." Sapa Sir Nicholas, mesra.
"Morning." Jawab Bella ringkas sambil diselit tawa janggalnya.
"Nampak sibuk saja pagi ni, tengah cari apa?" Soal Sir Nicholas yang kehairanan melihat Bella yang asyik terpaksa melutut, menunduk, meniarap dan membuka pelbagai pintu bilik yang ada di sepanjang hallway itu untuk mencari Porsha.
"Cari Porsha."
"Porsha?"
"Porsha, kucing peliharaan Ryan." Jawab Bella tanpa riak. Entah mengapa, sejak kebelakangan ini dia tidak berusaha untuk berkelakukan sopan sepenuhnya di depan bapa saudara teman lelakinya itu. Dia semakin merasakan aura yang tidak baik datang daripada Sir Nicholas. Entahlah.
"Oh ya, Porsha! Lupa pula Ryan ada bela kucing." Sir Nicholas mengangguk-angguk kecil kepalanya sambil tertawa.
"Kucingnya belum makan dan belum sempat dibersihkan. Itu yang saya tengah kelam-kabut cari dia. Dari semalam lagi, saya tak nampak kelibat Porsha." Jelas Bella bersama senyumannya yang paling janggal. Apalah yang bapa saudara Ryan tengah fikirkan bila dia dah nampak aku berkelakukan macam orang gila kat istana ni?
"Oh. Adakah saya mengganggu tuanku? Kalau begitu, saya pergi ke sana dululah. Tuanku teruskanlah dengan misi mencari Porsha. Semoga berjaya." Sir Nicholas meminta diri lalu segera berlalu pergi dari situ. Bella membalas hanya dengan senyuman janggalnya. Dilihatnya Sir Nicholas pergi ke ruangan lain.
Tanpa membuang masa Bella juga melangkah keluar dari hallway tersebut. Dia ingin mencari Porsha di sekitar kawasan ruang legar istana. Sedang dia sibuk mencari kucing tersebut, kedengaran bunyi loceng yang seakan tidak berhenti memenuhi ruangan hallway menuju ke ruang legar. Sepertinya itu bunyi loceng yang ada pada rantai milik Porsha!
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...