Bab 12

418 17 0
                                    

My Type | 12

"Eh, uncle pun ada kat sini?" Soal Raja Ryan sebaik sahaja dia terlihat akan bapa saudaranya, Sir Nicholas duduk santai di atas sofa sambil membaca surat khabar itu.

Sir Nicholas lalu meletakkan surat khabarnya ke atas meja kopi dan bingkas bangun dari situ. Anak buah kesayangannya itu dipeluknya erat. Pelukan dilepaskan.

"Duduklah." Pelawa Sir Nicholas, mesra.

Bella, Harry dan juga Raja Ryan lalu duduk di atas sofa panjang itu. Bella rasa sangat tidak selesa dan janggal apabila dikelilingi oleh keluarga Raja Ryan tersebut. Raja Ryan sedang leka berbual dengan Sir Nicholas. Bella rasa terasing pula. Ingin sahaja dia lari dari situ.

Nasib baiklah, nenda kepada Raja Ryan datang ke arah mereka dan mengajak mereka sarapan bersama-sama setelah makanan telah siap dihidangkan. Bella dan yang lain lalu bingkas bangun dan pergi menuju ke ruang makan formal.

Wanita tua itu mesra melayan Bella membuatkan Bella rasa lebih selesa sedikit. Kalau nak harapkan Raja Ryan tu, bukannya dia kisah pasal aku pun. Aku ni tetamu dia, dia buat-buat tak endah pula!

"Nenda masak semua ni ke?" Soal Raja Ryan.

"Ya lah, kamu kata kamu nak melawat nenda semalam sebab tu lah nenda bersiap sedia dari awal pagi tadi."

Raja Ryan hanya tertawa kecil.

"Thanks, nenda. Semua masakan nenda tak pernah tak sedap!" Puji Raja Ryan.

Semua makanan yang telah terhidang di atas meja itu sangat menyelerakan namun Bella hanya mampu mengambil sedikit sahaja kerana pada pagi itu, seleranya tidak berapa mengizinkan.

"Bella? Tambah lah lagi! Banyak yang nenda dah masak ni."

Bella hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia tidak mahu membuatkan wanita itu berasa kecewa kerana dia tidak dapat menikmati dengan elok masakannya.

"Mulai sekarang, kamu boleh panggil nenda sebagai nenda Oli aje."

"My pleasure, nenda Oli." Ujar Bella seraya tertawa kecil. Raja Ryan pula hanya berdiam diri sambil memerhati perbualan mesra di antara nenda Oli dan juga Bella.

"Macam mana perancangan kamu untuk Big Conference, esok?" Soal Sir Nicholas untuk mengalihkan perhatian Raja Ryan daripada terus memandang Bella. Raja Ryan tersentak sedikit apabila Sir Nicholas tiba-tiba menyoalnya.

"Oh ya! Macam biasa. Ryan akan aturkan acara esok seperti yang telah dirancang dan juga dijadualkan."

"Jadi kamu takde apa-apa perancangan istimewa lah ni?"

"Err yang tu, nanti Ryan akan fikirkan."

"Kalau kamu masih ragu-ragu juga, jangan teragak-agak nak tanya tentang pendapat uncle. Uncle akan sedia membantu." Pesan Sir Nicholas lalu mengelap mulutnya menggunakan napkin putih sebelum dia bangun dari situ.

***

Usai bersarapan, Bella membawa dirinya ke balkoni panjang yang bersambungan dengan ruang makan, dapur dan juga ruang rehat di situ. Dari situ, Bella dapat menikmati pemandangan laut dengan jelas kerana rumah agam itu terletak di atas bukit dan juga berdekatan dengan kawasan pantai.

Cuaca pada pagi itu pula sangat mengizinkan. Panas matahari pada pagi itu jelas terasa olehnya. Bella juga dapat merasakan angin-angin sepoi bahasa menampar lembut wajahnya.

Bella memejamkan matanya seketika. Dia benar-benar menikmati ketenangan itu. Bella juga merupakan seorang yang lebih suka dikelilingi oleh keindahan alam sekitar berbanding kaum manusia. Hanya alam sekitar yang mampu membuatnya tenang dan yang paling penting, alam sekitar juga tidak akan pernah menilainya.

Bella melihat ke kanannya dan kelihatan Raja Ryan yang sudah pun menanggalkan kot kelabunya dan hanya tinggal kemeja putih sahaja sedang sibuk berbual dengan Sir Nicholas di hujung balkoni. Itu kali pertamanya Bella lihat Raja Ryan senyum dan juga ketawa dengan ikhlas. Namun, apabila bersamanya raja itu hanya serius sepanjang masa. Kalau senyum pun, senyum mengusik! Benci betul dia dengan aku.

"Tuanku? Nenda Oli panggil tuanku untuk minum teh bersamanya di ruang rehat sana." Ujar Harry di tepi. Bella sedikit tersentak.

"Okay tapi sebelum tu, Harry..."

"Ya? Ada apa-apa yang tuanku perlukan?"

"Tak. Saya cuma teringat tentang kata-kata awak masa kita kat luar tadi. Tadi awak ada mention tentang mendiang ayahanda Raja Ryan. Apa maksud awak?"

"Ayahanda dan juga bonda Raja Ryan sudah pun meninggal dunia dalam kemalangan kereta lima tahun yang lepas."

"Ya ke? Patutlah sejak saya sampai ke sini, saya tidak berjumpa dengan orang tuanya dulu. Saya tak tahu pula tentang itu."

"Sebab tu lah Raja Ryan terpaksa menaiki takhta dalam usia yang muda macam ni."

Bella hanya mengangguk perlahan. Namun, yang mengejutkannya ialah tahun kedua-dua orang tua Raja Ryan meninggal dunia sama dengan tahun ayahandanya meninggal. Tambahan pula, mereka masing-masing terkorban dalam kemalangan kereta. Apakah? Ada sesuatu yang aku belum tahu lagi ke?

***

Air teh dituang cermat ke dalam cawan kecil. Setelah itu, Bella menyambutnya lembut dan menyisip perlahan teh panas itu.

"Ryan! Masuklah dulu. Jom kita minum teh kat sini!" Panggil nenda Oli dari dalam. Raja Ryan mendengarnya, namun di saat dia ingin melangkah ke dalam, telefon bimbitnya berdering pula. Raja Ryan terpaksa menyambut panggilan itu terlebih dahulu.

"Haih, itulah Ryan. Sentiasa sibuk. Kalau boleh, dia akan bekerja sepanjang masa sampai tak tidur. Kadang-kadang nenda kesiankan dia sebab dia terlalu memaksa diri. Tapi apa boleh buat kan sebab kini dia perlu memikul tanggungjawab yang sangat besar. Nasib baiklah, George dan juga Laura besarkan dia dengan cemerlang." Luah nenda Oli.

"George dan Laura?" Soal Bella, ingin tahu.

"Oh ya, ibu bapanya. George tu lah anakanda sulung nenda. Nenda cuma punya dua orang anak lelaki aje."

"Nenda tak sangka pula dia punya masa hari ini untuk lawat nenda ke sini. Tengok-tengok dia bawa Bella pula. Ryan tak pernah bawa mana-mana gadis sebelum ni ketika lawat nenda. So, nenda jadi excited sikit lah sebab dia bawa Bella hari ni." Sambungnya lagi.

Bella hanya layankan aje. Dia juga hanya mampu tersenyum. Kalaulah nenda Oli tahu apa perasaan Raja Ryan terhadapnya. Bencinya pada aku bukan main lagi!

Nenda Oli meletakkan cawannya ke atas meja kopi itu.

"Bawa sini tangan kamu." Pintanya pada Bella. Bella terkejut namun masih menghulurkan tangannya juga.

"Tangan kamu sangat lembut! Nenda boleh tahu kamu sememangnya seorang yang sangat manis dan juga penyayang hanya dengan menyentuh tangan kamu ni. Alangkah bagusnya kalau kamu merupakan satu-satunya gadis yang dapat memenuhi ruang kosong dalam hati Ryan. Nenda pasti gembira. Nenda boleh nampak. Kamu yang nenda inginkan untuk Ryan. Kamu memenuhi citarasa nenda, Bella."

Bella hanya mampu tertawa kecil. Dia sungguh tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya itu tadi. Apa? Nak aku bersama dengan raja kejam itu? Dia memandang ke luar dan melihat Raja Ryan masih sibuk dengan panggilan telefonnya. Ada kalanya raja itu tertawa dan ada kalanya juga raja itu tersenyum. Dia berbual dengan siapa pula tu?

Namun, jujur kata mana-mana gadis yang dapat menikmati 'pemandangan indah' itu sekarang adalah yang paling beruntung. Aura karismanya sangat menonjol. Sangat sempurna! Dialah putera kacak yang sentiasa diidamkan oleh ramai gadis di luar sana. Namun sayangnya dia bukan lagi seorang putera sebaliknya dia merupakan raja muda.

Bella mengaku bahawa setiap sifat luaran yang ada pada Raja Ryan itu sangat menepati citarasanya. Akan tetapi, sifat dalamannya yang pernah dia tunjukkan pada Bella setakat ini memang membuatkan Bella turn off! Mungkin Raja Ryan hanya berlaku baik dengan orang lain tetapi bukan dengan orang yang bernama Gabriella Roséth Wesley-Theur.

Dipandangnya lagi raja itu di luar. Bella berfikir sejenak. Kalau suatu hari nanti aku akan bersama dengan raja tu...ia memang mustahil! Kami langsung tidak sepadan. Nak ke dia seseorang macam aku ni? Haha! Kenapa aku perlu berharap pula? Dia benci kau Bella. Ingat tu.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now