Bab 22

410 15 0
                                    

Hostile | 22

Hujung kotnya ditarik oleh seseorang membuatkannya sedikit tersentak. Siapa pula berani minta tolong aku macam ni? Getus Ryan dalam hati. Dia berpaling ke belakang, rupa-rupanya Blair yang menarik hujung kotnya itu tadi. Sebaik sahaja matanya bertemu dengan mata Blair, automatik Ryan akan melakarkan senyuman manis pada wajahnya.

"So, are you gonna choose me?" Soal Blair dalam nada mengusiknya. Ryan tertawa. "We will see missy!" Balas Ryan bersama tawanya lagi. Bella pula hanya berdiam diri di tepi. Well, Ryan memang akan jadi the happiest man alive apabila bersama dengan Blair. Tidak dapat dinafikan lagi...

Ryan lihat Bella duduk berdiam diri sejak dari tadi di tepi Blair. Typical Bella. Dia pula curi-curi melihat Bella yang tekun menghafal ayat-ayat yang telah ditulis pada kertas itu untuk sesi ujian ucapan nanti atau lebih tepat lagi, untuk pemilihan peserta terbaik untuk hari ke-10 Big Conference akan datang.

Bella dipandangnya agak lama dan jantungnya pula mula berdetak laju dari biasa. Apakah? Tanpa sedar, Bella mengangkat wajahnya dan mata mereka bertemu. Ryan tersentak. Alamak! Did she caught me?

Ryan pula buat-buat sibuk. Dia lalu berpura-pura memberi tunjuk ajar pada Blair di situ. Blair kehairanan namun dia hanya layankan sahaja. Tiber pula dia ni.

Dia leka tengok aku ke tadi? Getus Bella dalam hati. Dah kenapa pula apabila mata kami bertemu, dia seakan-akan terkejut beruk? Pelik!

Namun, Bella tidak mahu ambil kisah tentang itu. Dia membaca semula ayat-ayat yang telah ditulis olehnya sendiri dengan bantuan dan guide daripada Blair, Ratu Nathalie dan juga Raja Thomas tadi. Bella tersenyum sendiri. Blair betul, sememangnya elok lagi preach tentang freedom dan keamanan dunia.

Bella yakin dengan ucapannya. Dia juga akan pastikan dirinya terpilih sebagai antara peserta terbaik Big Conference. Bella ingin tebus semua kesilapannya dulu.

No. More. Hiding.

It's. Time. For. Me. To. Shine.

Saat itu, Melissa memanggil semua peserta untuk bersedia dan berkumpul di tengah-tengah audience chamber. Ryan lalu bergegas ke depan dan mengambil tempat di tepi Melissa. Melissa memanggil satu persatu nama peserta untuk tampil ke hadapan.

Masing-masing menyampaikan ucapan mereka dengan bersungguh-sungguh. Siapa aje yang tidak inginkan gelaran peserta terbaik kan? Pelbagai topik yang disampaikan membuatkan Bella kagum dan terkedu. Wah, macam mana aku nak 'kalahkan' diorang ni nanti?

Hampir sejam telah berlalu, akhirnya giliran Bella telah tiba. Melissa memanggil namanya. Jantung Bella mula berdegup dengan kencang. Dia terasa gementar. Matanya diliar ke sekeliling, kelihatan semua peserta kecualinya memasang mata ke arahnya. Bella menjadi tumpuan semua orang ketika itu. Mereka dengan sabarnya menanti saat-saat Bella akan membuka mulut dan pertama kali dalam sejarah menyampaikan ucapan depan khalayak ramai walau hanya untuk sesi ujian tersebut.

"Boleh kita mulakan sekarang Puteri Bella?" Tegur Ryan di tepi. Bella sedikit tersentak. Segalanya terasa seperti mimpi. Bella melicinkan tekaknya terlebih dahulu. Dia sudah pun berjaya menghafal keseluruhan isi ucapannya tadi. Come on Bella, kau dah hafal kut!

"A– (Oops! Ini rahsia okay? Sabar guys! Hehe. Saya akan save ucapan lanjut Bella untuk hari ke-10 nanti. So stay tuned!)

~~~

Mereka semua tergamam. Tiada seorang pun yang mampu menutur sepatah kata. Bella memandang mereka terkejut. Eh? Penyampaian ucapannya untuk sesi ujian dan pemilihan tadi tidaklah sempurna sangat tetapi Bella percaya bahawa topik serta isi yang disampaikannya sebentar tadi mampu menggamit perhatian mereka. Begitu bernasnya idea Blair. Thank you, my friend...

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now