The Truth | 48
Sir Nicholas dengan senang hatinya menyambut kedatangan anak saudara yang disayangi. Ini mungkin kali pertamanya raja itu menginap di rumahnya. Kalau selama ini, Ryan hanya akan datang singgah saja tanpa bermalam.
Dipautnya terus bahu Ryan sebaik sahaja kaki raja itu melangkah keluar dari perut kereta. Mereka berdua kemudian lalu melangkah masuk ke dalam sambil diikuti beberapa orang pengawal yang bertugas dari belakang. Nampaknya, bapa saudaranya itu juga memerlukan pengawalan yang ketat untuk menjaga dan mengawasi seluruh kawasan mansion-nya.
Di ruang tamu, langkah mereka terhenti seketika. Sir Nicholas berpaling tubuh untuk menghadap Ryan di tepinya seraya menepuk-nepuk bahu sosok yang megah itu.
"Kamu balik ke bilik dulu, mandi ke apa. Lepastu turun makan. Lepas makan barulah uncle ajak kamu berbincang. Boleh?" Sir Nicholas memastikan.
Ryan hanya mengangguk kecil, mengiyakan permintaan bapa saudaranya. Kemudian, raja itu pun segera menyingkir dari sana dan berjalan menuju ke bilik yang telah disediakan untuknya. Ryan bersiap-siap terlebih dahulu sebelum turun untuk makan malam.
Sir Nicholas hanya berpeluk tubuh menghantar pemergian Ryan dari situ melalui pandangan. Setelah kelibat anak saudaranya tidak kelihatan lagi di sana, dia segera beralih ke arah orang-orang kepercayaannya. Lelaki itu tersenyum sinis sambil memandang dua orang lelaki di depannya.
"Sudah sediakan segalanya di pejabat saya?"
"Sudah tuan." Jawab salah seorang daripadanya.
"Bagus." Sir Nicholas mengangguk-angguk kepalanya dan menyuruh dua orang lelaki itu segera menyingkir dari sana. Dia pula terus menuju ke ruangan dapur – menunggu Ryan selesai bersiap di sana.
~~~
Selesai mengenakan kemeja satin hitam dan seluar jeans biru gelap, sosok yang bergelar Raja Gennevies itu mengambil telefon bimbitnya dari atas meja solek. Ditatapnya lama skrin telefon. Ingin sahaja dia menelefon Bella waktu ini namun memandangkan puteri itu sudah memberinya amaran dari awal lagi, niatnya pun terbantut. Finalnya, dia hanya menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar lalu berjalan keluar dari bilik menuju terus ke ruangan dapur.
Didapati sosok bapa saudaranya seperti sudah lama menunggunya di situ. Ditujunya Sir Nicholas yang sedang duduk tenang di meja bulat yang terletak di satu sudut ruangan dapur sambil melakar senyuman kecil. Walaupun Sir Nicholas tidak terlalu menjaganya 24/7, Ryan tetap melayan Sir Nicholas seperti ayahnya sendiri. Dia sangat menghormati lelaki itu.
"Uncle..." Tegurnya pelan, membuatkan insan yang terpanggil menolehkan pandangan.
"Duduklah." Ajak Sir Nicholas sambil tersenyum mesra. Ryan pun tidak mahu banyak fikir lalu segera melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan sang bapa saudara. Dia memandang datar segala makanan yang telah terhidang di atas permukaan meja.
"Makanlah. Jangan malu-malu. Uncle ni bukannya orang asing pada kamu."
Ryan hanya menampilkan senyuman kecilnya. Dia lalu menjamah makanan yang telah terhidang di atas meja tanpa banyak bicara. Suasananya sekarang tidak terasa asing baginya cuma dia hanya sibuk memikirkan banyak perkara, membuatkan dia sedikit pasif pada malam itu.
Sir Nicholas yang memerhati dari tadi sedar akan kelakuan anak saudaranya itu yang sedikit berbeza berbanding sebelum ini. Apakah Ryan tidak nyaman bersama dengannya sekarang? Adakah permintaannya ketika siang tadi yang mendadak meminta raja itu bermalam terus di rumahnya serba sedikit mengganggu diri anak itu?
"Kamu okay, nak?" Soalan yang baru diajukan kepadanya membuatkan Ryan tersentak kecil.
"Kenapa uncle tanya? Sudah tentulah Ryan okay." Katanya sambil memandang Sir Nicholas di tepi.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...