Bab 14

379 12 0
                                    

Ego | 14

Dikala hujan seakan-akan ingin berhenti tadi, Bella dengan tidak sabarnya mengotorkan kaki menjejak taman di belakang istana itu. Namun, tidak lama kemudian di saat dia sedang leka menikmati bunga-bunga di situ, hujan pula turun dengan lebatnya.

Bella pun segera melarikan dirinya ke gazebo yang berdekatan. Kelihatan kucing parsi milik Raja Ryan yang bernama Porsha itu mengikutinya ke gazebo tersebut. Sejak mereka mula bertemu tadi, Porsha terus melekat dengan Bella.

Blair pula sudah pun pulang ke Royal's Grand Palace. Kini, Bella tidak mempunyai teman bual lagi. Tidak dia sangka, Blair begitu baik dengannya. Blair juga melayannya seolah-olah mereka pernah berkawan sebelum ini. Bella teringat tentang perbualannya dengan Blair sebentar tadi. Dia tersenyum sendiri.

"Porsha, awak rasa saya ni dah terlalu keliru dengan perasaan sendiri ke?" Soal Bella pada Porsha. Porsha pula hanya mengiau membalas soalannya. Bella tersenyum.

"Saya sendiri pun tak tahu apa yang saya rasakan ketika ni." Luah Bella lagi bersama keluhannya.

Kelihatan dari jauh lagi, seorang lelaki dengan sut lengkapnya bersama sekaki payung di tangan, berjalan cermat ke arah Bella yang duduk di gazebo itu sementara menanti hujan reda. Siapa pula tu?

Raja Ryan meletakkan payungnya ke atas lantai gazebo. Bella yang duduk terpinga-pinga di situ dihampirinya. Raja Ryan juga turut duduk bersama Bella di bangku gazebo tersebut. Wajah puteri itu ditenungnya lama. Bella menjadi tidak keruan pula apabila raja itu memandangnya sebegitu. Apa yang dia nak ni?

"Are you okay?" Soal Raja Ryan tiba-tiba. Bella tersentak. Bella tidak menyahut sebaliknya dia hanya tersenyum kelat.

Tanpa sebarang kata, Raja Ryan menghulurkan sebuah buku biru gelap yang agak tebal pada Bella di tepi. Bella terkejut namun tangan masih menyambutnya. Pada muka depan buku itu pula tertulis 'Big Conference 101'.

"Apa ni?" Soal Bella, ingin tahu.

"Awak buta ke tak tahu baca tajuk buku tu?" Balas Raja Ryan, dingin. Eleh, dia buat hal lagi!

"Untuk apa ni?" Soal Bella, bersahaja. Dia malas ingin bergaduh dengan raja itu sekarang.

"Untuk persediaan awak esok. Awak kan tak pernah join Big Conference, so saya beri buku ni sebagai panduan utama awak. Kalau awak masih keliru dengan maklumat-maklumat yang ternyata dalam buku tu, awak boleh tanya Harry."

Bella hanya mengangguk perlahan. Selesai urusannya di situ, Raja Ryan bingkas bangun dari duduknya dan mengambil payungnya yang dia letak ke atas lantai gazebo tadi.

"Awak boleh start study buku panduan tu malam ni." Pesannya dingin.

"Kenapa awak bencikan saya?" Soal Bella secara tiba-tiba. Langkah Raja Ryan terhenti di situ namun dia masih membelakangi Bella. Keadaan di antara mereka sunyi seketika. Hanya bunyi hujan yang turun kedengaran di situ.

"Kenapa awak tanya?" Suara Raja Ryan kedengaran lebih lembut berbanding kebiasaan.

"Saya tak faham kenapa awak bencikan saya sejak kita mula bertemu lagi. Kita tak pernah kenal antara satu sama lain pun sebelum majlis tari-menari tu. Kenapa awak bencikan saya?" Soal Bella dalam nadanya yang semakin rendah. Raja Ryan hanya menundukkan kepala.

"Entahlah. Saya cuma bencikan awak tanpa sebab. Agaknya." Ujar Raja Ryan lalu memalingkan tubuhnya untuk menghadap Bella. Senyuman tidak ikhlas jelas terlakar pada wajah raja itu membuatkan Bella sedikit kecewa.

"Kenapa awak boleh terfikir yang awak perlu tanya saya soalan macam tu? Tak cukup ke dengan apa yang sudah saya tunjukkan depan awak selama ni? Saya siap sindir dan layan awak dengan dingin lagi. Takkan awak masih belum sedar, Bella?"

Berderau darahnya mendengar jawapan raja itu. Bella mendesis.

"Okay. Saya rasa saya dah tahu jawapannya..." Bella berhenti seketika. Nafasnya ditarik perlahan sebelum menyambung lagi kata-katanya.

"Dan saya harap lepas ni awak takkan ambil berat tentang saya lagi. Saya tak nak keliru dengan perasaan saya sendiri. Terima kasih di atas penjelasan tuanku. Saya minta diri dulu." Ujar Bella kecewa lalu beredar dari situ. Dia membawa dirinya ke dalam istana dengan tidak menghiraukan hujan yang masih turun dengan lebat itu menimpa ke atasnya. Tanpa sedar, air matanya mengalir ke pipi.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now