Bab 21

412 15 0
                                    

Better Day | 21

Day-3,

Ayah percayakan kamu, Ryan. Bila sudah tiba masanya nanti, segalanya akan terletak pada kamu. Ingat tu...

"Tuanku?"

Ryan tersentak. Dia meletakkan surat itu terus ke atas meja kerja. Dia lalu berpaling ke belakang memandang Harry dengan pandangan kosongnya.

"Kalau tuanku dah ready, kita akan ke audience chamber sekarang juga." Kata Harry, penuh sopan.

"Baiklah." Ryan menjawab ringkas. Dia meraup wajahnya bersama keluhan berat keluar dari mulut.

"Tuanku okay ke?" Soal Harry, prihatin.

Ryan tidak menyahut sebaliknya dia hanya mengangguk dengan senyuman kecil terlakar pada wajah. Harry tahu bahawa Ryan tidak berapa okay hanya dengan melihat riak wajahnya namun sebaliknya Harry tetap biarkan sahaja. Harry pun segera beredar dari situ, meninggalkan Ryan bersendirian di pejabat luasnya itu.

Dia merenung kembali surat yang baru dibacanya tadi. Ia satu-satunya surat dan pesanan yang ditinggalkan oleh Raja George untuk Ryan sebelum kematiannya. Raja George seakan-akan tahu pula bahawa dia akan meninggalkan puteranya itu.

Tragedi kemalangan kereta lima tahun yang lalu masih menghantui Ryan sehingga ke hari ini. Kalaulah...kalaulah ibu bapanya tidak memutuskan untuk meneruskan 'perjalanan' tersebut, sudah pasti dia tidak akan menanggung derita ini sendirian. Pada mata orang, dia memiliki segalanya namun pada dia sendiri, dia telah kehilangan segalanya. Tanpa sedar, air matanya berlinangan.

***

"Diminta semuanya masuk ke dalam kumpulan masing-masing." Arah Melissa. Suaranya memenuhi ruang audience chamber itu. Macam cikgu sekolah pula!

"Tuanku? It's your turn now." Beritahu Melissa di tepi. Ryan sedikit tersentak. Fikirannya dari tadi melayang entah ke mana. Fokus Ryan fokus!

"Baiklah." Balasnya ringkas. Ryan menapak setapak ke depan dan dia lihat semua peserta telah pun berada dalam kumpulan masing-masing. Dia melancarkan tekaknya dahulu sebelum memulakan kata-katanya.

"Hari ni merupakan hari ketiga. Maaf di atas kegagalan saya menampilkan diri pada hari kedua. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan membimbing kalian semua pagi ni." Ujar Ryan sambil tunduk tidak lama di hadapan semua peserta.

Setelah itu, Melissa lalu menyambung tugasnya dan memberitahu beberapa arahan penting kepada peserta-peserta Big Conference sebelum memulakan aktiviti utama mereka untuk hari itu.

"Setiap tahun sama aje. Bosan!" Rungut Charlotte. Rakan puterinya yang lain juga turut ikut sama. Rungutan Charlotte itu sampai ke pendengaran Blair dan Bella yang berada di tepi mereka. Blair hanya memandang Charlotte dan yang lain dengan perasaan menyampah. Berlagak!

"Blair?" Tegur Bella sambil tersenyum kecil. "Biarkan lah dia nak bosan ke tak, dah memang attitudenya macam tu kan..." Bella cuba menghentikan Blair daripada terus memandang kumpulan bitch itu. Gaduh jawabnya nanti.

Blair pun berhenti. Mereka berdua lalu mengambil tempat duduk di suatu meja yang tidak jauh dengan tingkap besar di audience chamber tersebut. Nyaman lagi rasanya kalau duduk tepi tingkap, sambil tu dapat juga nikmati pemandangan di luar.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now