Stay | 32
Akhirnya! Big Conference sepuluh hari sudah pun tamat dengan jayanya. Bella telah pun bersiap sedia. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah Bella dapati sepanjang Big Conference pertamanya itu. Sekarang, hanya tinggal hendak pulang ke Aklodovia sahaja dan mempersiapkan diri untuk hari pertabalan.
Ryan menapak ke arahnya bersama secawan latte panas dalam tangan. Senyuman lalu terukir pada wajah. Bella menyambut cermat huluran cawan Ryan itu. Ryan melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Bella. Perlahan-lahan Ryan mendaratkan kepalanya ke bahu Bella.
Bella sedikit tersentak. Letih sangat ni, getus Bella dalam hati. Ryan memejamkan matanya seketika. Bella menyisip sedikit latte panasnya dan diletaknya cawan itu ke atas meja kopi di hadapan. Bella menyandar semula dan Ryan semakin melentokkan kepalanya ke bahu Bella.
Keadaan di bilik rehat itu sunyi seketika. Ryan membuka kelopak matanya dan tangan Bella digapai lalu dibawa ke bibirnya. Tangan Bella diciumnya lembut.
"Tak sangka pula bahawa hubungan kita akan sampai sejauh ni." Ryan mula membuka mulutnya. Dia tersenyum sendiri mengenang betapa biadabnya dia dengan Bella dahulu. Tengoklah sekarang, siapa yang tergila-gilakan puteri yang dia anggap lemah selama ini?
"Thank you, Bella."
Senyuman lalu terukir di bibir Bella.
"Saya rasa saya yang patut berterima kasih pada awak banyak kali. Awak telah membantu saya lebih dari apa yang saya sangka."
"Nah...takde hal lah!" Ryan tertawa kecil. Ryan lalu membetulkan duduknya. Wajah Bella dihadap lama.
"Awak dah nak balik ke esok?"
"Kalau ikutkan perancangan, ya saya akan balik esok."
Ryan mengeluh kecil. "Awak tahu, kita baru aje berbaik macam ni, awak dah nak balik pula..."
"Saya memang dah nak bertekad untuk balik ke Aklodovia sebaik sahaja tamat Big Conference. Itu apa yang saya fikir dulu." Ujar Bella sambil tersenyum kecil.
"Boleh awak stay? Stay di sini untuk beberapa hari lagi?"
Bella sedikit tersentak. Bibir Bella lantas mengulum satu senyuman. Ryan kelihatan terdesak hendak memujuk Bella untuk tinggal di Gennevies untuk beberapa hari lagi sebelum puteri itu betul-betul pulang ke Aklodovia.
"Okay baby~ nanti saya akan call dan bincang dengan bonda pasal benda ni." Jawab Bella lembut. Pipi Ryan mula merona kemerahan apabila Bella memanggilnya 'baby' juga. Bella tertawa kecil melihat reaksi comel raja itu.
"Pfft, jangan panggil saya macam tu."
"What? Why not?" Bella masih dengan sisa tawanya.
"Sebab..." Ryan beralih pandangan daripada Bella. Tidak ingin dia bertembung mata dengan teman wanitanya itu. Malu~
Bella mendekati Ryan. Pipi Ryan diciumnya. "Hehe, comel~" Bella mengusik. Ryan tersentak lalu tersenyum. Ditolaknya tubuh Bella membuatkan puteri itu terbaring ke atas sofa. Ryan naik ke atas tubuh Bella dan dikucupnya lembut dahi Bella. Kedua-dua tangan Bella terkunci dalam genggamannya. Jantung Bella mula berdetak laju.
"You know what, Bella? I kinda don't like it when you call me 'baby' at some point cause it looks like as you treat me like I am a submissive. Let me be your alpha. I want to dominate you so bad."
Bella tersenyum sinis.
"Fine, I'll let you." Jawab Bella.
Ryan mendekatkan wajahnya dengan wajah Bella. Hampir sahaja bibir mereka bertemu...
"Tuanku!" Harry datang meluru masuk dan terkejut melihat Ryan dan Bella di situ.
Ryan lalu melepaskan keluhan beratnya. Wajah Harry dipandangnya tajam. Selalu aje kacau daun!
"Kenapa tak ketuk pintu dulu?" Soal Ryan.
"M-maaf tuanku, saya terlupa."
"Terlupa? Tch. Ada apa awak datang sini panggil saya macam ada benda urgent saja ni?"
"Sir Nicholas datang nak berjumpa dengan tuanku sekarang juga."
Sekali lagi keluhan berat keluar daripada mulut Ryan. Ryan bantu Bella bangun dari baringnya. Harry pula masih menunggu di luar bilik rehat itu. Ryan mendekatkan bibirnya ke telinga Bella.
"I'm sorry. I'll treat you better tonight, okay?" Bisik Ryan perlahan.
Bella mengangguk kepalanya. Ryan lantas bangun dari situ dan melangkah ke arah Harry. Mereka berdua lalu meninggalkan Bella di situ untuk bertemu dengan Sir Nicholas di ruang lain.
***
Meow.
Bella mengangkat Porsha lalu membawa kucing parsi itu terus ke dalam dakapannya. Dibelainya lembut kepala Porsha membuatkan kucing parsi itu terasa lebih selesa berada dalam dakapannya.
Dari jauh lagi Bella melihat Sir Nicholas dan Ryan berbual di luar pejabat. Huh? Ryan segera berlalu pergi dari situ sambil diikuti Harry. Sir Nicholas menoleh ke tepi dan terlihat akan Bella turut berada di ruang koridor itu juga. Senyuman lantas terlakar pada wajah lelaki pertengahan umur itu.
"Ah! Puteri Bella. Tak sangka pula saya akan bertembung dengan tuanku di sini. Tuanku nak pergi mana?" Sapa Sir Nicholas, ramah.
"Err saya tak berniat nak pergi ke mana-mana pun."
Sir Nicholas melangkah ke arah Bella yang masih berdiri kaku di situ.
"Dengar khabar, tuanku sepatutnya pulang ke Aklodovia esok?"
"Ya, sepatutnya lah. Tapi Raja Ryan pujuk saya untuk stay di sini untuk beberapa hari lagi so saya tak jadi nak pulang lah esok." Terang Bella bersama senyuman manisnya.
"Ratu Amanda tahu?"
"Tahu."
Sir Nicholas terdiam seketika. Tidak lama kemudian, dia tersenyum semula.
"Apa-apa pun, saya masih kagum dengan keberanian tuanku berucap pagi tadi. Sangat membuka mata dan hati orang ramai. Saya percaya tuanku boleh jadi ikon kebebasan dan keamanan sejagat suatu hari nanti. Tuanku berpotensi menjadi seorang pemimpin yang akan dipandang tinggi dan dihargai oleh rakyatnya. Segalanya akan berjalan dengan lancar buat tuanku jika tuanku tidak tersilap langkah. Tuanku tahu, saya seorang yang percaya bahawa emosi seseorang mampu mempengaruhi perlakuan dan keputusan seseorang itu dengan pihak lain. Pastikan tuanku sentiasa peka terhadap perkara ini walaupun ianya tampak ringan." Kata Sir Nicholas lalu diakhiri dengan senyumannya.
Bella tergamam.
Apa yang dimaksudkan oleh Sir Nicholas tu?
Sir Nicholas minta diri dulu dan berjalan melimpasnya. Bella memandang ke arah Porsha yang masih dalam dakapannya itu. Fikiran Bella mulai terganggu dengan kata-kata Sir Nicholas tadi. Entah apa agaknya maksud disebalik kata-kata itu?
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...