Bab 13

394 15 1
                                    

Am I...? | 13

Sebaik sahaja Raja Ryan keluar dari perut kereta, seorang gadis muda lalu menerpa ke arahnya dengan teruja. Raja Ryan sedikit terkejut dengan kehadiran gadis itu di situ. Namun begitu, dia masih tersenyum manis ke arah gadis yang dikenali itu.

"Ryan!" Gadis itu lalu memeluknya. Raja Ryan pun tidak keberatan membalas pelukannya. Bella di tepi pula hanya memerhati. Siapa pula ni?

"Dah lama kita tak bertemu." Ujar gadis itu lagi.

"I miss you." Balas Raja Ryan sambil tertawa kecil. Pelukan dilepaskan.

"Awak pergi ke mana tadi?"

"Oh, tadi saya pergi melawat nenda. Awak dah lama tunggu saya ke? Kenapa awak datang tak bagitahu saya dulu?"

Bella hanya berdiam diri di situ. Dia lihat gadis itu begitu cantik. Kalau dibandingkan dirinya dengan gadis itu, Bella langsung tidak setanding dengannya. Gadis itu memang kelihatan sempurna dari atas sampailah ke bawah. Bella sedikit cemburu akannya.

"Because I want to surprise you!" Balasnya teruja. Kemudian, barulah dia tersedar akan kehadiran Bella di situ. Dia tersenyum ke arah Bella lalu tunduk di hadapan puteri itu. Bella tersentak.

"Oh, ni Puteri Bella dari Aklodovia. Puteri Bella tinggal dengan saya sepanjang Big Conference ni." Terang Raja Ryan kepada gadis itu. Gadis itu pula hanya mengangguk perlahan.

"Puteri Bella? Ni lah Puteri Blair dari Calleignham. In case you still don't know her." Ujar Raja Ryan. Namun, cara dia memperkenalkan puteri itu pada Bella, langsung tiada perasaan.

Blair menghulurkan tangannya pada Bella. Bella pun menyambutnya dan mereka saling bersalaman. Jadi, inilah Puteri Blair yang dia duk puji-puji dulu. Katanya sama seperti aku tetapi memang benarlah, puteri ini kelihatan jauh lebih mesra dan lebih aktif berbanding aku.

"Nama sebenar saya ialah Blairinnie Sophia Williams II, but you can just call me Blair. I heard a lot about you, princess. It's nice to finally meet you in person. Such an honor for me."

Bella pula hanya tersenyum janggal. Dia tidak tahu bagaimana ingin membalas kata-kata puteri itu. Blair tahu bahawa dia tidak perlu memaksa puteri itu untuk memberinya sebarang respon, jadi dia pun terus beralih ke arah Raja Ryan.

"Ryan, awak tak nak ajak kami masuk ke?" Soal Blair santai.

"Oh ya! Hehe, I'm sorry. Jomlah, masuk." Ajak Raja Ryan, mesra. Bella pula hanya mengikuti dari belakang mereka berdua. Dia lihat Raja Ryan dan Blair begitu serasi antara satu sama lain. Jelas sekali, hubungan dua orang itu bukan hanya sekadar kawan biasa.

***

Blair dan juga Raja Ryan sedang rancak berbual bagaikan tidak pernah bertemu selama sepuluh tahun di bilik rehat itu manakala Bella pula seperti biasa, hanya berdiam diri. Kalau dia ingin membuka mulut sekali pun, apa yang boleh dia bualkan bersama dua orang itu tambahan pula bukannya dia kenal sangat dengan Raja Ryan mahupun Blair.

"Jadi, ayahanda awak akhirnya sanggup lepaskan awak buat kali pertama?" Soal Raja Ryan sambil meletakkan semula cawan tehnya ke atas meja kopi di hadapannya itu.

"Nampaknya lah. Ayahanda terlalu melindungi saya. I don't understand. Lagipun, dari dulu lagi saya tak pernah jemu memujuknya agar dia benarkan saya join Big Conference. Nasib menyebelahi, saya join pula untuk tahun ni. Awak tahu kan saya orangnya macam mana. I just want to be everyone's friend, that's all." Luah Blair.

"I know." Balas Raja Ryan ringkas sambil tersenyum lebar ke arah Blair. Bella hanya memerhatikan mereka berdua di tepi. Sekali lagi, dia terasa asing dan janggal. Dia melihat Raja Ryan begitu gembira saat itu. Mungkin kehadiran Blair membuatkannya begitu, getus Bella dalam hati.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now