Bab 40

275 7 0
                                    

I'm In Love | 40

Gennevies,

Deringan telefon bimbit yang dari tadi terletak atas meja kerja menggamit perhatian Ariel yang sudah hampir selama dua jam menghadap skrin komputer itu. Ariel lekas menggapai telefon bimbitnya dan dibacanya dahulu nama si pemanggil.

Prince Noah.

Melihat nama itu membuatkan Ariel tersenyum. Tapi kenapa Noah menelefonnya pada waktu begini? Punat yang berwarna hijau ditarik ke atas untuk menjawab panggilan dan skrin telefon bimbit terus dibawa melekap ke telinga dan sisi muka.

"Noah?"

"Ariel, hey..." Noah menjawab dengan nada yang tidak pasti di hujung talian. Bukan apa, sejak dari petang tadi Noah berfikir dan berperang dengan dilemanya sendiri sama ada ingin menelefon Ariel atau tidak. Kalau ikutkan perancangannya, dia ingin mengajak Ariel untuk keluar makan malam bersamanya petang tadi. Sekarang pula sudah pukul 9 malam.

"Kenapa awak call saya ni?"

"Awak kat mana sekarang?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Saya masih kat office." Jawab Ariel, bersahaja.

"Oh, awak belum balik lagi ya."

"Ha'ah."

Kesunyian datang menyerpa. Sepatah pun tidak keluar daripada mulut masing-masing.

"Err...Noah?" Ariel menyelamatkan keadaan.

"Ya?"

"Saya nak tahu kenapa awak tiba-tiba call saya jam ni?"

"Jap, saya ganggu awak ke? Kalau ya, saya akan letak panggilan ni sekarang."

"Eh, jangan letak dulu. Awak tak ganggu saya pun."

"Sebenarnya, saya berniat nak ajak awak dinner tadi tapi baru sekarang saya berani call awak. Kalau awak mahu, saya boleh datang jemput awak dan kita pergi dinner. So what do you think? Saya tahu awak belum makan lagi tu." Noah ketawa janggal. Ah sudah! Sejak bila kau pernah rasa teragak-agak nak ajak perempuan keluar ni, Noah? Bukan kau pakar ke dalam benda ni? Noah hairan dengan dirinya sendiri.

Ariel memandang ke arah jam yang tergantung pada dinding pejabat. Jarum jam telah menunjukkan pukul 9.05 malam. Ariel terkejut setelah mengetahui betapa lamanya dia sudah terperap dalam pejabat itu. Dinner after work? Bagus juga bunyinya. Aku pun tengah lapar ni.

"Okay, Noah. Awak boleh datang ambik saya sekarang."

"Great. I'll be right there in 10 minutes. See ya." Panggilan dimatikan. Ariel tersenyum. What's wrong with him? Haha. Tangan lantas mencapai tweed jacket putih yang tergantung di coat rack dan terus disarungkan ke tubuh. Tas tangan juga turut digapai. Kaki melangkah keluar pejabat dan lif dituju.

Punat 'G' ditekan. Setelah beberapa minit berada dalam lif memandangkan pejabatnya yang terletak di tingkat 10, pintu lif akhirnya terbuka dan matanya terus disapa oleh manusia-manusia yang masih sibuk bekerja dan berjalan ke hulu ke hilir di ruangan lobi pada malam itu. Mereka yang bekerja syif malam kut.

Sementara menunggu kedatangan Noah, Ariel duduk dahulu di salah satu set sofa putih yang sudah disediakan dan disusun kemas di tengah-tengah lobi. Di sebelahnya pula ada seorang lelaki tua yang kelihatan seperti ahli korporat sedang tekun membaca surat khabar. Ariel melirik jam tangannya buat seketika. Dia melihat ke luar bangunan untuk memastikan sama ada Noah sudah sampai atau pun belum.

Tidak juga kereta putera itu kelihatan di parking lot di luar. Ariel mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam tas tangan dan aplikasi Twitter dibuka untuk membuang masa sementara menunggu kedatangan Noah menjemputnya.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now