Call My Name | 33
2 hari selepas,
"Bonda tak kisah lah kamu nak stay kat sana berapa lama pun tapi jangan lupa pula kamu masih ada hari pertabalan lagi. Bonda dah bersedia untuk lepaskan segalanya pada kamu. Bincang elok-elok dulu dengan Raja Vincent kalau kamu bercadang nak balik dalam masa terdekat takut nanti kalau kamu nampak rushing, nanti dia salahkan bonda lah pula."
Bella tersenyum pahit. Mendengar Ratu Amanda yang sudah pun bersedia melepaskan tanggungjawab besar ke atasnya membuatkan Bella rasa gementar. Namun itu apa yang Bella cuba perjuangkan selama ini. Bella tahu sudah tiba masanya untuk dia berhenti takut. Bella harus laksanakan apa yang telah dijanjikan dan diatur.
"Baiklah bonda."
Talian dimatikan. Bella memandang kosong telefon bimbitnya. Keluhan kecil dilepaskan. Bella menoleh ke belakang dan tersentak melihat Ryan yang entah sejak bila sudah berdiri di ambang pintu itu.
"R-raja Ryan..."
Kening Ryan berkerut seribu. Dia lalu menghampiri Bella di situ.
"Sudah..." Ryan menghitung dengan jari-jemarinya. "3 hari sejak kita bercinta dan awak masih panggil saya macam tu? Apa kata awak panggil saya Ryan mulai dari hari ni?" Cadang Ryan.
"Huh?"
"Call me R Y A N. Ryan."
"I can't."
"What?" Ryan terkejut.
Bella hanya terkebil-kebil memandangnya.
"Susah sangat ke sebut nama aku..." Gumam Ryan sendirian namun Bella masih dapat mendengarnya.
"Err, bukan macam tu awak...haha. Saya cuma tak biasa panggil awak secara informal. Kalau saya sakit hati dengan awak dulu pun, saya masih address awak sebagai Raja Ryan di depan orang lain. Lagipun, awak sendiri yang minta saya panggil awak macam tu sejak kali pertama kita bertemu." Bella tertunduk.
"So that's mean, you still don't see me as your lover. It's easy for you to call me baby which I like it too but not by my name? Saya harap awak boleh panggil saya Ryan aje sebab saya lebih suka kalau awak panggil saya macam tu." Ujar Ryan dengan nada datarnya.
Bella rasa bersalah pula. Entah mengapa sukar untuknya memanggil raja itu hanya dengan namanya sahaja. Janggal buat Bella untuk memanggil insan terhormat di depannya ini hanya dengan namanya sahaja.
"S-saya..."
"Nevermind." Potong Ryan. Jam tangannya dikerling sekilas. "Saya perlu masuk pejabat sekarang. Masih ada lagi tugas yang belum dilaksanakan. Kalau awak perlukan apa-apa, cari saja saya atau Harry di pejabat." Ryan lalu melangkah keluar dari bilik itu, meninggalkan Bella dalam keadaan terpinga-pinga.
"Huh? Dia merajuk ke?" Teka Bella sendirian.
***
Where is he? Where is my king?
Bella kelihatan murung sahaja sejak dari tadi. Makan tengah hari tadi pun tidak masuk. Bella rindukan Ryan. Entah berapa lama raja itu perlu berada dalam pejabat. Sekarang sudah hampir pukul 8 malam. Guess what? Bella tidak akan turun dinner lah kalau Ryan masih sibuk macam ni.
Tak patutlah kalau dia merajuk sampai macam tu sekali? Kan? At least, berehat lah sikit dan datang jenguk aku sekejap ke, tanya apa aku tengah buat sekarang ni...
Ryan, I want to see you so bad!!!
Ya, Bella hanya mampu menyebut nama Ryan setakat dalam hati sahaja. Macam ni ke rasanya menahan rindu? Bella menekup wajahnya dengan bantal. Patut ke aku pergi lawat dia ke pejabat? Tapi untuk apa? Risau pula kalau aku ganggu dia.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...