I Actually Care About You | 8
Harry sudah pun siap sedia menunggu kedatangan tetamu kehormat mereka iaitu Puteri Bella di luar istana. Kelihatan kereta diraja yang membawa Bella dan Sir Nicholas meluncur laju ke perkarangan istana.
Pengawal membuka pintu kereta untuk mereka. Bella dengan berat hati keluar dari perut kereta. Kenapalah nasib aku ni malang sangat?
Dia tersenyum kelat ke arah Harry. Harry segera tunduk untuk menyapanya. Bella membalas dengan senyuman kecil. Dia juga melihat bagasinya dibawa terus ke dalam istana. Bella mengeluh berat.
"Welcome to Gennevies, Your Highness. Masuklah ke dalam, sejuk kat luar ni. Saya akan bawa tuanku bertemu dengan Raja Ryan sekarang juga."
Bella memandang Sir Nicholas di tepi. Sir Nicholas pula hanya tersenyum. Ah, tak membantu langsung! Bella pun mahu tidak mahu melangkah juga membuntuti Harry ke pejabat Raja Ryan.
Bella terpegun melihat rekaan dalaman istana itu. Di setiap hallway istana itu bagaikan sebuah galeri seni. Terdapat gambar-gambar keluarga diraja, pemandangan istana, dan lain-lain di kiri dan kanannya.
"Tuanku?" Tegur Harry, mengalihkan perhatian Bella daripada terus memandang sekeliling hallway istana tersebut.
"Ya?"
"Inilah pejabat Raja Ryan."
Harry pun lalu mengetuk pintu tersebut. Pintu dikuak perlahan. Bella kemudiannya mengikuti langkah Harry dari belakang. Raja Ryan tersenyum di mejanya. Ah, muka tu lagi! Sangat menjengkelkan!
Harry meminta diri terlebih dahulu sebelum keluar dari bilik pejabat untuk memberi ruang kepada Raja Ryan melayan tetamunya.
"Saya dah selesai jalankan tugas seperti yang tuanku arahkan." Ujar Sir Nicholas.
"Terima kasih uncle." Ucap Raja Ryan.
Uncle?
"Oh ya! Nampak macam Puteri Bella keliru pula. Tentu awak dah kenal perdana menteri kami, Sir Nicholas John. Dia merupakan uncle saya. Adik kepada ayahanda saya."
Bella hanya tersenyum kecil. Oh begitu rupanya, getusnya dalam hati. Jap, sejak bila pula dia ni cakap elok-elok depan aku! Ah, lupa pula. Dia kan selalu berlakon baik depan aku bila ada orang lain di samping aku.
"Saya rasa saya patut pergi dari sini. Saya akan berikan ruang untuk kamu berdua." Ujar Sir Nicholas.
"Tapi..." Bella cuba menghalang. Dia tidak ingin bersendirian dengan Raja Ryan di bilik pejabat itu.
"Err, Raja Ryan akan guide tuanku lepas ni. Saya ada tugasan yang lain perlu dilaksanakan. Minta maaf, ya?"
Sir Nicholas pun berlalu dari situ. Kini, hanya tinggal Bella seorang dengan Raja Ryan di situ. Bella buat-buat tenang di depan raja itu.
"So, apa awak cuba buat ni?" Soal Bella mula memberanikan diri untuk keluar daripada situasi yang sangat janggal itu.
"Apa maksud awak?" Soal Raja Ryan balik.
"Kenapa awak perlu buat macam ni pada saya? Saya tak sepatutnya tinggal di sini. I mean, kenapa mesti saya kenapa tak orang lain? Saya..."
"Bella, saya dah lama bincang benda ni dengan bonda awak. Saya yang cadangkan supaya awak tinggal di sini rather than tinggal kat kediaman yang dah ditetapkan tu dan bonda awak bersetuju. Saya kata pada dia saya akan jaga awak sepanjang sepuluh hari awak kat sini." Potong Raja Ryan.
"What? Awak akan jaga saya sepanjang saya berada di sini? I cannot believe this!" Bella tertawa. Nak jaga aku? Heh! Nak gunakan peluang ni untuk sakitkan hati aku sepuas-puasnya ada lah!
Raja Ryan terdiam seketika. Wajah Bella ditenungnya lama. Dia kemudiannya melepaskan keluhan berat. Kedua-dua tangannya diletakkan ke atas meja kerjanya.
"Baiklah. Kalau awak nak keluar dari istana ni, keluarlah. Tapi saya tak akan bertanggungjawab ke atas awak kalau awak dicederakan kat luar sana. Awak ingat negara ni bebas sepenuhnya dari kegiatan jenayah ke? Awak nak merempat kat mana pun lepas ni, saya tak kisah." Ujar Raja Ryan dengan dingin.
Bella tergamam. Sampainya hati! Dia ni memang benci aku, kan?
"Fine!"
Bella memegang erat beg tangannya kerana dia geram dengan kata-kata Raja Ryan itu tadi. Tak boleh ke dia lepaskan aku elok-elok? Aku tahu lah nak survive sendiri! Bella pun melangkah keluar dari bilik pejabat itu dan pergi mendapatkan bagasinya.
Raja Ryan mendesis. Aku dah agak benda ni akan terjadi! Raja Ryan memanggil Harry masuk semula ke dalam pejabatnya.
"Ada apa tuanku?"
"Harry, saya nak awak perhatikan Bella."
"Perhatikan Puteri Bella? Apa maksud tuanku?"
"Dia cuba keluar dari sini. Katanya dia tak suka duduk sini walaupun bondanya setuju dengan cadangan saya hari tu. Saya tak nak Ratu Amanda tahu tentang ni. Boleh awak bantu saya? Dia pasti takkan bertahan lama kat luar sana."
"Baiklah. Saya akan tolong tuanku perhatikan Puteri Bella dan bawa dia kembali ke sini."
Harry pun segera berlalu dari situ dan memulakan tugasannya. Dia bagaikan orang tengah pula. Raja Ryan menekup wajahnya dan mengeluh berat. Dia tertawa kecil apabila terkenangkan tentang keberanian Bella melawan kata-katanya sebentar tadi.
Bella, Bella. Apa awak nak buat tanpa saya nanti? Saya satu-satunya warga Gennevies yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas awak di sini.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...