Bab 27

380 14 4
                                    

8 Letters | 27

Latihan semalam dan kelmarin telah membuahkan hasil. Tahap keyakinan Bella semakin meningkat. Cara Bella berkomunikasi dengan orang ramai juga tidak seteruk dahulu. Walaupun belum sempurna sepenuhnya, sekurang-kurangnya Bella dapat membuka mulut atas kerelaannya sendiri.

Kini, Bella sudah tahu cara untuk mengawal anxiety diri sendiri. Jika Bella terus mengikut segala nasihat dan tunjuk ajar Ryan, sudah pasti Bella akan dapat mengatasi disordernya sendiri.

Ryan.

Ubat atau penawar yang dia tidak tahu bahawa dia sangat perlukan selama ini. Ya, Ryan ialah ubatnya.

Big Conference sudah hampir ke penghujungnya. Sudah tujuh hari Bella menetap di Kerajaan Gennevies. Tujuh hari itu jugalah Bella banyak meluangkan masanya bersama Ryan. Perasaan yang dulunya benci kini menjadi cinta. Pantas benar perasaan manusia berubah, kan?

Ugh, aku ni datang ke sini untuk mengubah diri atau mencari cinta?

Apa-apa pun, Bella tidak pernah lupakan matlamat utamanya mengapa dia berada di Gennevies sehingga ke hari ini. Namun, terlalu banyak yang dia telah lalui ketika di negara itu.

Sesat di kota orang? Sudah.

Kena ragut? Sudah.

Dimalukan pada hari pertama Big Conference? Sudah.

Kena fitnah? Sudah.

Nama baik dan maruah tercalar? Sudah.

Dihina? Sudah.

Kena serang? Sudah.

Apa aje yang baik? Tidak ada. 404 error not found. Bumi, telanlah aku. Keluhan berat dilepaskan. Bella bangun dari duduknya. Kamar yang sepatutnya menjadi kamarnya sepanjang sepuluh hari di negara orang itu, Bella tuju. Jujur kata, Bella masih trauma dengan peristiwa yang menimpanya pada malam itu.

Pintu dikuak perlahan. Segalanya telah tersusun dan dalam keadaan biasa. Disebabkan lelaki misteri yang tiba-tiba menyerangnya pada malam itu membuatkan Bella terpaksa tidur bersama Ryan. Eh? Kami tak tidur sekatil okay. Bella kemudiannya berfikir sejenak, entah apa agaknya tindakan Ryan ke atas serangan itu?

"Bella!" Suara girang seorang gadis di belakangnya, membuatkan Bella tersentak. Bella menoleh ke belakang, Blair rupanya!

"Hey!" Sapa Bella lantas mengulum satu senyuman.

"Apa awak buat kat depan bilik ni? Bukan ke ni bilik awak?" Soal Blair kehairanan. Blair tidak tahu tentang kes pecah masuk istana malam itu. Nampaknya, hanya dia, Ryan dan Harry sahaja yang tahu.

Bella hanya tersenyum kelat. "Nothing." Jawabnya ringkas.

"Okay." Balas Blair, bersahaja. Blair lalu memeluk Bella dari sisi. Tangannya hinggap kemas atas bahu Bella.

"Saya ingatkan awak balik ke Royal's Grand Palace tadi?" Soal Bella.

"Balik lah tadi tapi lepastu datang sini semula."

"Oh." Bella mengangguk.

"Ryan call saya tadi, suruh datang sini lagi. Katanya nak hangout dengan saya so saya datanglah." Ujar Blair.

Bella tidak menyahut. Well, Blair kan sahabat baiknya...

"Saya nak pergi bawah ni. Awak nak ikut tak?"

"Err, nanti saya datang."

"Okay." Blair lalu beredar dari situ. Tiba-tiba, terlintas di fikirannya tentang kata-kata Blair masa pertama kali mereka bertemu dahulu. Blair pernah berkata padanya bahawa dia sukakan Ryan dalam diam.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now