Bab 30

454 22 2
                                    

Special Event | 30

Day-9,

Tidak sangka bahawa Bella dapat mengharungi semua sehingga hampir ke penghujungnya. Pada mulanya, rasa takut menyelubungi diri dan setelah beberapa hari berada di Gennevies, rasa yakin mula menguasai diri. Bella bangga dengan dirinya sendiri.

Pagi itu, Bella kemas mengenakan uniform khas untuk perarakan kuda sebentar nanti. Bella sudah cukup bersedia untuk menyerlahkan dirinya di depan khalayak ramai. Bella tidak sabar ingin menunjukkan sisi dirinya yang terbaharu.

Kakinya pantas menuruni setiap anak tangga. Bella risau jika dia sudah terlambat. Kelihatan di luar, orang ramai sudah pun menunggu di sebuah padang luas yang tidak jauh dengan istana. Perlu jalan kaki sahaja ke sana. Orang ramai terdiri daripada pihak media terutamanya, tetamu jemputan khas dan juga rakyat-rakyat biasa menghadiri acara khas Big Conference kali ini, yang juga sememangnya lain daripada yang lain.

Bernas juga idea Ryan dan Sir Nicholas yang mahu mengadakan perarakan kuda untuk hari kemuncak Big Conference. Mengikut perancangan mereka, empat peserta yang telah terpilih termasuk Ryan sendiri akan menunggang kuda dan Ryan juga akan mengetuai mereka. Manakala, peserta lain pula akan mengikuti dari belakang.

Bella berjalan menuju ke kandang kuda yang terletak di belakang istana. Di situ merupakan titik permulaan mereka. Kelihatan dari jauh lagi, Ryan sudah pun berada di kandang kuda itu juga. Ryan lantas mengukir satu senyuman pada wajahnya sebaik sahaja dia terlihat Bella. Bella turut senyum sama.

"Good morning, Your Majesty." Sapa Bella dalam nada mengusiknya.

"Good morning too, Your Highness."

Bella hanya membalas dengan senyuman. Kakinya melangkah menghampiri Ryan di situ.

"Nervous?"

"Nervous sikit je."

Ryan memandang Bella dengan penuh minat. Pipi Bella mula merona kemerahan. Mata dialihnya ke arah lain. Ryan tersenyum kecil.

"Bagitahu saya jawapan awak kalau awak dah bersedia. Saya akan tunggu." Ujar Ryan lalu menunggang kuda putihnya. Segala kelengkapan yang perlu sudah pun dipakai.

Bella tergamam. Sekali lagi, dia blushing. Gosh! Kemudian, Bella tersedar bahawa mereka hendak bermula. Bella segera menunggang kudanya seperti peserta lain.

Perarakan mereka lalu bermula. Keadaan mulai menjadi riuh-rendah. Bunyi kamera yang ditekan muncul di kiri dan kanan. Para wartawan pula sibuk membuat laporan untuk acara istimewa hari itu. Bendera kebangsaan Gennevies dan negara lain juga dikibarkan untuk menunjukkan semangat patriotik.

Saat itu, Bella menjadi tumpuan ramai. Mereka semua kagum dan terpegun melihat Bella yang dengan penuh yakinnya tersenyum dan melambai-lambai ke arah orang ramai. Sisi Bella yang baharu! Penyaksian yang mengejutkan ini telah menggamit perhatian orang ramai. Siapa sangka Puteri Bella yang disangka dingin dahulu, rupa-rupanya lebih mesra berbanding tanggapan mereka terhadapnya selama ini.

Bagindalah kebanggaan Aklodovia yang sebenar.

"Kelihatan juga Puteri Gabriella ataupun lebih dikenali sebagai 'The Cold Bella' selama ini akhirnya berani menunjukkan diri di depan khalayak ramai. Baginda juga kelihatan sangat bersemangat dan yakin! Pasti kita semua tertanya-tanya, apakah Puteri Bella benar-benar sudah berubah? Tengoklah baginda! Senyuman tu..."

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now