Bab 17

362 14 0
                                    

A Reason | 17

Wajahnya muram. Bella hanya mampu memeluk dirinya sendiri. Dia rindukan Ratu Amanda. Bella ingin pulang ke Aklodovia. Air matanya jatuh mengalir ke pipi semula.

Meow.

Porsha datang ke arahnya. Kucing parsi itu lalu sengaja mengusap dirinya pada kaki Bella seakan-akan ingin memujuk Bella agar puteri itu berhenti menangis.

Raja Ryan melangkah ke arah Bella dengan rasa bersalah memenuhi diri. Memang patut pun dia rasa begitu.Disebabkan rancangan selfishnya, Bella dimalukan pada hari pertama Big Conference tersebut. Bella tahu raja itu datang ke arahnya, Bella mengesat air matanya dan bingkas bangun dari situ. Dia tidak ingin berhadapan dengan raja kejam dan hipokrit yang hanya tahu membencinya itu.

"Bella, tunggu!" Langkahnya segera dilajukan. Dia berlari anak ke arah Bella. Tidak sempat melarikan diri, tangan Bella berjaya ditarik olehnya.

"Bella..." Raja Ryan berhenti seketika. Bella masih membelakanginya.

"I'm sorry. Semuanya bukan salah awak pun. Saya yang inginkan awak pakai baju bonda tu. Saya minta maaf." Ucap Raja Ryan, ikhlas.

"Just why?" Soal Bella. Suaranya sedikit retak. Kolam matanya terasa panas sekali lagi.

Raja Ryan mendekatinya dan mencapai tangannya. Bella pun memberanikan diri menghadap raja itu. Dia merenung lama ke dalam anak mata Raja Ryan. Air matanya yang jatuh mengalir ke pipi tidak dihiraukan. Hatinya sakit.

Raja Ryan menggenggam erat tangan kanan Bella. Dia hanya mampu menunduk. Bella memandang wajahnya, mengharapkan sebarang penjelasan keluar daripada mulut raja itu. Mereka berdua begitu dekat dengan antara satu sama lain ketika itu.

Raja Ryan mengangkat wajahnya dan merenung ke dalam anak mata Bella. Bella tersentak. Ingin sahaja dia memeluk puteri itu untuk menunjukkan betapa dia kesal dengan tindakannya yang selfish.

"I'm sorry." Ucapnya lagi.

"Bella, saya tahu tindakan saya sangat selfish. Saya sengaja gunakan awak untuk hapuskan stereotaip tu. Saya tahu saya tak patut buat begini tapi hanya tu aje jalan yang berkesan dan saya harap awak faham. Saya akan tolong bersihkan nama awak, saya janji. Saya akan pertahankan awak. Can you trust me?" Rayu Raja Ryan.

"You should know better..." Tutur Bella perlahan. Hatinya masih sakit. Bagaimana dia ingin maafkan lelaki di hadapannya ini jika namanya sudah pun 'dikotorkan'? Bella sudah jemu dengan semuanya.

"Segalanya dah terlambat, Raja Ryan. Apa awak boleh lakukan lagi? Awak takkan pernah faham perasaan saya. Saya dah lama bertahan dan awak datang ke dalam hidup saya, rosakkan segalanya, dan saya..." Air matanya tidak putus-putus mengalir.

Raja Ryan tidak tahan melihatnya lalu dia segera menarik tubuh Bella dan memeluk erat puteri itu. Bella hanya mampu melepaskan tangisannya dalam dakapan raja itu.

***

Dia melangkah keluar dari bilik air. Telefon bimbitnya berdering di atas katil. Bella menggapai telefon tersebut dan perkataan 'Bonda' tertera pada skrin telefon. Bella mengeluh berat namun panggilan tetap disambut.

"Hello." Suaranya kedengaran lemah.

"Kamu okay ke? Bonda risaukan kamu di sini." Ratu Amanda kedengaran risau di hujung talian.

"Bella okay aje."

"Kamu tahu tak nama kamu muncul di setiap headline berita?"

"Bella tahu." Jawabnya lemah.

"Ada sesuatu ke yang berlaku di antara kamu dan Raja Vincent? Boleh kamu beritahu bonda?" Soal Ratu Amanda, ingin tahu. Isu Bella yang memakai pakaian mendiang Ratu Laura pada hari pertama Big Conference telah tersebar ke seluruh dunia, agaknya.

Bella mengeluh. "Tak ada apa yang berlaku di antara kami, bonda. Nanti bonda tahu lah kebenarannya." Panggilan segera dimatikan. Dia tidak mahu melanjutkan lagi perbualan itu.

Bella percayakan Raja Ryan. Bella hanya membiarkan Raja Ryan menguruskan semua untuknya. Walaupun hatinya masih sakit dan perasaan bencinya bertambah terhadap Raja Ryan, Bella pasti segalanya akan berakhir.

Jarinya ligat menyentuh skrin telefon. Bella terhenti pada satu artikel yang memaparkan gambarnya. Huh? Bella membaca teliti headline artikel tersebut.

Princess Gabriella Is Being Disrespectful. Ignorant Much?

"Shit!" Dia membaling telefon bimbitnya ke atas katil. Nama dan gambarnya tersebar di seluruh platform media sosial. Sudah tentu, isu ini sememangnya hangat. Segalanya berlaku hanya kerana sehelai pakaian...

Apa ke rumit sangat adat diorang tu?! Kalau di Aklodovia, tempoh untuk mereka berkabung hanya tiga tahun. Di Gennevies pula, Bella tidak menyangka tempoh untuk mereka berkabung adalah selama lima tahun. Mungkinkah kerana raja dan ratu mereka meninggal dunia pada tahun yang sama? Dan mereka perlu berkabung untuk kedua-duanya? Well, that makes sense.

Pintu dikuak perlahan. Raja Ryan menjenguk. Bella bangun dari katil dan melangkah ke arah Raja Ryan.

"Apa?" Soal Bella, dingin.

"Are you okay now?" Soal Raja Ryan, prihatin. Matanya redup memandang Bella.

"I guess so." Jawab Bella, ringkas.

"Look..." Raja Ryan melangkah ke dalam lalu menutup pintu kamar tersebut. Dia mendekati Bella.

"Esok saya akan cuba berdepan dengan media. Saya akan terangkan segalanya pada mereka."

"Habis tu, Big Conference?"

"Ia tetap akan diteruskan cuma saya tak akan lama sertai korang esok. Organisasi pemegang adat mungkin akan minta saya tampilkan diri..." Raja Ryan berhenti seketika. Bella langsung tidak mahu memandangnya. Dia tahu bahawa Bella betul-betul marah akannya.

"I'm sorry." Entah ke berapa kalinya dia sudah menuturkan kata maaf pada Bella. Dia juga tahu bahawa apa yang telah dia lakukan secara tidak langsung melaluinya sendiri, adalah perkara yang susah untuk Bella maafkan. Afterall, nama 'bersih' dan reputasi Bella yang dia libatkan dalam hal itu.

"Awak memang kejam, kan? Awak langsung tak pernah fikirkan apa yang saya rasa. Awak terlalu mementingkan diri sendiri, Raja Ryan. Saya harap awak akan cepat bersihkan nama saya. Awak tak kenal saya dan awak tak tahu apa yang saya dah lalui..." Kolam matanya terasa panas. Setitik air matanya jatuh mengalir ke pipi. Bella mengesat air matanya. Dia masih cuba untuk berlagak biasa di depan raja itu.

"Kalau saya tak kuat hari tu, sudah lama saya tamatkan semua ni. Saya dah cuba banyak kali namun gagal sebab sebahagian daripada diri saya masih kasihankan nasib semua orang. Knowing there is still many things that I have to keep and not dropping them anywhere, I just can't and you will never understand..." Suaranya retak.

Bella menipu dirinya sendiri. Dia langsung tidak dapat menahan segala kesakitan yang dia rasai selama ini walau di depan Raja Ryan. Dia terduduk lemah di atas lantai. Raja Ryan tidak tahan melihatnya begitu, dia mendaratkan kepala Bella pada dadanya. Sama seperti pagi tadi, dia memeluk erat Bella untuk menenangkan puteri itu. Bella menangis semahu-mahunya dalam dakapan Raja Ryan.

"Cry it all out, Bella. You'll be fine. I promise." Tuturnya lembut.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now