Big Conference, Day 1 | 15
Tuk! Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pintu dari luar kamar mengejutkan Bella. Dengan malasnya, Bella membuka satu-persatu kelopak matanya. Kepalanya terasa berat namun dia tetap bangun juga dari baringnya itu.
"Masuk." Arahnya lemah.
Pintu dikuak perlahan. Reina melangkah masuk bersama dulang emas yang berisi salinan pakaian dalam tangan. Bella tersenyum kecil. Dia teringat akan Sarah pula.
"Err, Raja Ryan minta saya tolong persiapkan tuanku pagi ni. Adakah tuanku tidak keberatan kalau...?" Reina sengaja meleretkan soalannya. Bella menggeleng perlahan kepalanya.
"Saya tak keberatan." Balasnya bersama senyuman.
***
Aku dah warning kau semalam, Ryan. Kenapa kau masih berkeras hendak mengaturkan segalanya untuk aku? Kenapa? Aku tak faham. Kau kata kau benci aku. Tapi kenapa semua ini?
"Tuanku?" Tegur Reina dari belakang. Bella tersedar dari lamunannya. Bella dapat melihat Reina melakar senyuman melalui pantulan cermin di hadapannya. Rambut ikal mayangnya yang perang itu disikat lembut oleh Reina.
"Tweed biru cerah dan juga skirt ni memang padan dengan tuanku." Puji Reina.
"Mana dia dapat ni?" Soal Bella sambil memandang pakaiannya.
"Entahlah. Raja Ryan hanya bagi pada saya aje semalam tanpa sebarang penjelasan. Tapi pakaian ni nampak familiar."
Nampak familiar?
"Done." Reina melepaskan rambut ikal mayang Bella yang telah pun digaya 'half updo' itu.
"Thanks, Reina." Ucap Bella sambil tersenyum.
Reina lalu mengambil barangnya dan dulang emas tadi dan segera berlalu dari situ. Bella menyandarkan dirinya pada kerusi. Dia mengeluh berat.
Buku panduan 'Big Conference 101' yang dia letak di atas meja solek itu diambilnya. Bella menyelak satu-persatu muka surat buku tersebut. Dia hanya sekadar mengimbas sahaja maklumat-maklumat penting yang terkandung dalam buku itu sebagai panduannya nanti.
Bella telah mempelajari dengan teliti buku panduan itu malam semalam. Terlalu banyak protokol yang dia perlu hadamkan. Bella meletak semula buku panduan ke atas meja solek. Tangannya dia bawa ke dada. Jantungnya berdegup dengan kencang. Bella memejamkan matanya.
"Segalanya akan okay, Bella. Kau buat semua ini demi nasib negara kau sendiri." Dia menenangkan diri sendiri di situ.
Satu ketukan pada pintu kamar dari luar mengejutkannya. Bella menyuruh orang itu masuk.
"Tuanku dah bersedia?" Soal Harry.
Bella menarik nafasnya dalam-dalam dan lepas. Harry dipandangnya bersama senyuman.
"Ya."
***
Terdapat 50 orang wakil termasuk Bella menyertai Big Conference tersebut. Daripada 50 orang itu, Bella hanya kenal beberapa orang sahaja. Itu pun, Bella tidak pernah berjumpa dengan mereka kecuali Blair.
Tangannya mula menggigil dan seluruh tubuhnya menggeletar. Jantung Bella pula tidak berhenti daripada berdegup dengan kencang. Bella cuba untuk menenangkan diri namun gagal.
Raja Ryan berjalan ke arahnya dan raja itu hanya memandangnya kosong. Ah, tu pun dia! Getus Bella dalam hati. Mereka berdua sama-sama menunggu di sebalik pintu yang menghubungkan audience chamber dengan ruang legar tersebut.
"Tuanku berdua dah sedia?" Soal Harry.
Raja Ryan mengangguk. Pintu ke audience chamber lalu dibuka. Kelihatan 49 orang wakil yang telah lama menunggu di luar telah pun berbaris berhadapan antara satu sama lain, mengalu-alukan ketibaan Raja Ryan - host mereka untuk tahun itu.
Bella melangkah ke tepi dan turut berbaris sama dengan wakil lain. Kebetulan juga, dia berdiri di tepi Blair. Bella rasa lebih lega sedikit apabila Blair ada di sisinya. Tidaklah dia perlu merasa sangat takut.
Raja Ryan memberi ucapan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti pertama mereka. Biasanya pada hari pertama, semua wakil diminta berhubung dan berkenalan antara satu sama lain.
Berakhirnya sesi ucapan daripada Raja Ryan, semua wakil mula berkelakuan seperti biasa dan berbual-bual antara satu sama lain untuk membaiki kemahiran sosial diri. Mempunyai kemahiran sosial yang tinggi adalah sebahagian daripada faktor pemerintah negara mampu memajukan kerajaan mereka.
Mata Bella meliar-liar ke arah sekeliling. Dia tidak tahu ingin berbuat apa. Bella tidak biasa dengan semua itu tambahan pula orang ramai tidak putus-putus memandangnya. Ada yang berbisik dengan yang lain seolah-olah Bella merupakan bahan gosip mereka.
Blair lihat Bella hampir sahaja panik di situ. Blair pun lalu membawa Bella bersamanya.
"It's okay. You'll be fine." Pujuk Blair. Bella memandangnya hairan.
"Kekalkan wajah tenang awak tu. Jangan panik. Saya akan bawa awak bertemu dengan kawan-kawan yang lain. Kita akan berbincang tentang strategi kerajaan masing-masing. Saya akan pastikan mereka takkan bergosip kosong tentang awak, okay?"
Blair bagaikan fallen angel padanya. Puteri itu sangat baik dengannya sejak kali pertama mereka bertemu lagi. Bella hanya mampu mengulum senyuman kelat. Dia tidak pasti sama ada dia akan dapat mengharungi semua ini ataupun segalanya akan gagal.
"Kalian, inilah Puteri Bella dari Aklodovia."
"Really?" Soal seorang daripada kumpulan puteri itu dengan dingin.
Blair agak terkejut dengan maklum balas puteri itu. Dia memeluk erat bahu Bella di tepi agar Bella berasa tidak asing di situ.
"Err, Bella? Inilah Puteri Charlotte dari Kerajaan Marydale."
Bella hanya mampu tersenyum kecil. Sebenarnya, Bella berasa sangat tidak selesa di hadapan sekumpulan puteri tersebut. Mereka bagaikan ingin menjauhkan diri daripadanya.
Charlotte merenung Bella dari atas sampai ke bawah. Dia tersenyum sinis. Puteri yang lain pula tahu niatnya lalu mereka pun turut tersenyum sama.
"Are you..." Belum habis lagi soalan Charlotte, Blair memotong kata-katanya.
"Apa kata kita teruskan perbincangan tu? Takde gunanya kalau kita berbual kosong kat sini, kan?"
Charlotte memandang Blair dengan tidak percaya. Berani pula budak baru ni?! Namun, Charlotte hanya diamkan saja kerana dia tidak mahu mencetuskan pergaduhan di antara mereka pada hari itu. Tidak di hari pertama.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...