Coronation Day | 59
Di kamar,
Ryan sedikit mengelamun manakala Bella masih dan sedang galak bercerita padanya. Pada mulanya Ryan bersemangat berbual dengan Bella namun tidak lama kemudian dia kehilangan fokus.
"Jadi masa tu-" Bella menoleh ke tepi dan mendapati Ryan hanya merenungnya kosong. "Ryan?" Sambil menepuk lembut paha raja itu untuk menyedarkannya.
Lamunan Ryan terhenti dan dia terus kembali fokus pada Bella di sebelah, "Err... kat mana kita tadi?" Soalnya tanpa rasa bersalah setelah membiarkan Bella bercakap sendirian hampir beberapa minit.
"Awak langsung tak dengar apa yang saya cerita kan?"
Apabila disoal begitu oleh Bella, Ryan hanya mampu tersengih seraya menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Mulanya saya memang dengar, saya ada respon kan? Tapi lepastu..."
"Lepastu apa? Dah tak fokus lagi? Hm buang air liur aku je." Bella beralih sedikit dan terus merebahkan dirinya di atas katil kemudian ditariknya selimut kerana lebih bagus dia tidur saja daripada terus menghibur Ryan yang sepertinya sukar untuk dihibur itu.
Ryan tidak banyak cakap sebaliknya menarik selimut itu daripada menutup separuh badan Bella dan menarik puteri itu untuk kembali duduk. Bella tidak membantah namun memandang Ryan dengan riak wajah tidak puas hati.
"Maaf okay. Cuba cerita lagi apa yang awak ceritakan tadi, saya terlepas beberapa plot. Lepas diorang kahwin apa jadi lepastu?" Pujuk Ryan sambil bantu menyelit sebahagian rambut Bella yang sedikit terjuntai ke belakang telinga.
"You're not interested anymore so malaslah nak sambung."
"Eh? Walaupun hilang fokus tapi saya masih dengar sikit-sikit tadi. So apa jadi lepas tu?" Dari nada suara Ryan sekarang, raja itu memang kedengaran ingin tahu lebih lanjut. Namun, Bella agak lama mengamati wajah Ryan yang kini duduk bersila di hadapannya sekarang.
"Ada sesuatu yang awak sembunyikan daripada saya kan? Sejak dari press conference haritu, awak nampak macam susah hati. What happened?"
Ryan tergamam kerana Bella begitu peka dan cepat tangkap terhadap perubahan reaksi dan sikapnya sejak kebelakangan ini. Ya, semenjak itu, selepas diajukan soalan terakhir semasa press conference tempoh hari yang lepas membuatkan Ryan tidak berhenti fikir dan segala kerisauan itu telah mengganggu fokusnya.
Kedua-dua tangan Bella diraihnya, rasanya lebih baik dia berterus terang saja dengan puteri itu, "Okay, saya tak nak buat awak risau. Ada satu soalan tu, dia tanya tentang hubungan kita ke depannya macam mana since tak lama lagi awak bakal ditabalkan. Jadi saya fikir tentang tu...ya lah sebab di saat takhta tu jadi milik awak sudah pasti tanggungjawab dan fokus awak bertukar. Things won't be the same for you. Everyone know that, even you too."
"Tapi awak tak boleh expect saya akan berubah."
"Saya tahu awak memang tak akan pernah berubah, tapi kehidupan awak yang akan berubah. Bella, saya raja kepada kerajaan ni dan awak tak lama lagi akan ditabalkan sebagai seorang ratu kepada Kerajaan Aklodovia. Kita bukan hanya sekadar raja dan ratu kepada dua kerajaan yang berbeza malah kita juga harapan rakyat. Saya percaya akan lebih banyak masa peribadi berbanding masa bersama. Sebab alasan ni, saya tak mampu ungkap apa yang saya mahukan untuk hubungan kita pada masa akan datang. Saya tak ada jawapannya, Bella. Things won't be the same anymore."
"Kenapa awak fikir macam tu? We could make it work right? We have come so far, Ryan. Saya percaya pasti ada solusi lain." Bella kemudian menekup wajah Ryan, "Tak kira apa pun, saya nak kita bersama."
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romantizm[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...