End Of My Confusion | 23
Kesejukan di luar semakin terasa. Ryan pun segera masuk ke dalam istana. Bilik pejabatnya dituju. Kelihatan Harry sudah pun berada di situ; masih sibuk menyusun buku-buku dan fail-fail dokumen ke dalam rak.
Harry lantas mengukir senyuman kecil ke arahnya dan dia pun membalas. "Tuanku pergi mana tadi?" Soal Harry, prihatin.
"Pergi taman."
"Tadi saya nampak tuanku bersama dengan Puteri Bella?" Soal Harry inginkan kepastian.
Ryan tidak menyahut. Meja kerjanya dituju. Ryan menghempas dirinya ke atas kerusi pejabat yang empuk itu. Keluhan berat dilepaskan. Ryan meraup wajahnya dan memejamkan matanya seketika.
"Tuanku janganlah terlalu kasar dengan Puteri Bella..." Pinta Harry. Ryan membuka matanya dan wajah Harry dipandang serius. Harry menelan air liur. Aku salah cakap ke tadi?
"I just hate her."
"Really? Kenapa tuanku selama ni diam-diam masih kisahkan dia, atur untuk dia itu ini tapi dalam masa yang sama juga tuanku kata tuanku benci dia, sindir dan usik dia. Adakah itu benci tapi sayang?"
Benci tapi sayang? Soalan Harry itu mengundang seribu tanda tanya ke dalam dirinya. Ryan terdiam seketika.
"Entahlah, Harry."
Harry melangkah mendekati Ryan di situ dan dia lalu melabuhkan punggungnya di bucu meja kerja tersebut. Ryan pula masih di kerusinya. Ryan tidak kisah Harry nak duduk mana sekali pun sebab mereka berdua sudah terlalu lali dengan perangai masing-masing. Ryan dan Harry membesar sama-sama di istana.
"Benci tapi sayang ataupun benci atau sayang?" Soalan ringkas diajukan oleh Harry. Ryan memandangnya keliru. Setelah dapat memproses soalan tersebut, Ryan menyandarkan dirinya ke kerusi pejabat dengan selesa. Dia berfikir sejenak.
"Kalau benci tapi sayang, itu sangat complicated..." Ryan berhenti seketika. "Kalau benci atau sayang. Maknanya saya kena pilih di antara benci atau sayang lah ni?" Sambungnya lagi.
"Dan ia lagi mudah." Nyata Harry bersama senyuman.
"You know what? Bila pertama kali saya tahu tentang Bella, saya terus tertarik dan semakin saya cari segala tentangnya saya jatuh suka pula dengan Bella. Benar. Perasaan ini memang benar. Dan bila saya dapat tahu bahawa dia menghidap social anxiety disorder, I can't help dan sisi saya yang kejam membuatkan rasa benci mula tumbuh dalam diri. Entah mengapa. Saya rasa saya tak suka tengok manusia terlalu lemah macam tu. Tapi bila difikirkan balik, dia pun manusia biasa juga punya kelemahan seperti saya. Hampir setiap hari saya soal diri sendiri, patutkah saya menerima? Patutkah saya buang terus rasa benci ini? Atau adakah saya hanya berpura-pura?" Luah Ryan.
"In conclusion, tuanku hanya sukakan Puteri Bella."
"Tapi kenapa saya masih bencikan dia?"
"Itu kerana tuanku suka menafikan perasaan tuanku sendiri. Tuanku ingin cintakan dia tapi kelemahannya menjadi penghalang. Cuba tuanku fikir, semua tu masuk akal ke? Tak kan? Saya tahu ego tuanku tinggi. Takpe lama-lama turunlah ego tu nanti. Buat masa ni, tuanku kena tetap satu perasaan agar tuanku tidak keliru lagi."
Ryan berfikir sejenak. Dia mendongak kepalanya ke atas. Siling putih mula memenuhi ruang mata.
"Benci atau sayang?" Soal Harry lagi.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...