Silent Enemy | 55
"Korang memang tak ada daftar di sini?" Noah yang dari tadi menyelak buku yang menyimpan sejarah dan panduan Gennevies Safety Organisation tertanya seketika apabila nama RESF tidak tertera di sana.
"Oh, memang tak ada. Sebab unit kami baru ditubuhkan 3 tahun yang lalu." Jawab Ketua Ejen.
"Tapi bukan korang saja kan unit rahsia?" Soalnya lagi.
"Black Wings. Mereka unit yang sama seperti kami tapi unit mereka telah lama ditubuhkan."
"Ingatkan korang dah lama dalam scene ni. Patutlah korang..."
"Selamat pagi cik."
"Morning miss."
Percakapannya terhenti apabila Ariel datang ke HQ RESF dengan mengejut. Semua anggota RESF yang sedang bekerja, bangun sebentar untuk tunduk pada salah seorang daripada atasan mereka.
Ariel datang menghampiri Noah dan Ketua Ejen di sana.
"Oh hi Noah. Ada juga awak di sini."
"Why are you here?"
Ariel tersentak apabila Noah menyoalnya begitu. Senyumannya terus luntur. Noah kedengaran tidak bersahabat. Tidak mahu mempedulikan Noah di situ lagi, Ariel mengalihkan perhatiannya ke Ketua Ejen.
"So macam mana dengan Ejen H? Mesej sudah sampai ke Puteri Bella?"
"Katanya sudah. Sekarang Ejen H sedang dalam perjalanan pulang ke Gennevies."
"Baguslah. Tapi kalau kita tak bertindak sejauh ni pun, masalah tu boleh diatasi juga sebab kita ada untuk backup. Cuma saya rasa lagi baik kalau kita bagitahu Puteri Bella sendiri tentang rancangan jahat Sir Nicholas, sebab tu saya minta tolong dari korang."
"Tapi awak dah maklumkan pada dia?" Noah bertanya.
"Dah." Jawab Ariel singkat dan datar. Biasanya, Ariel akan menjawabnya dengan lembut dan sopan. Tetapi mungkin setelah ditegurnya tadi Ariel sedikit berubah. Dan ini membuatkan Noah rasa bersalah.
"Kami akan uruskan apa yang belum." Ketua Ejen mencelah. Ariel mengangguk kepalanya.
"Berkenaan dengan rekod rakaman CCTV pada hari kejadian, korang dah cari?" Kini giliran Noah yang bertanya.
"Team saya tengah cari rekod rakaman CCTV tu jadi tuanku tak perlu risau. Kalau jadi lah rancangan kita untuk expose semuanya pada public nanti rasanya Sir Nicholas mungkin dapat dikalahkan sebab kemenangan beliau bergantung pada suara public juga. Kalau beliau betul-betul nekad nak sembunyikan perbuatan jahatnya tapi kita expose semuanya, sudah pasti pihak kita akan menang."
Noah dan Ariel mengangguk bersamaan sebagai tanda faham.
"Sebelum Bella sampai untuk berdepan dengan Sir Nicholas, lebih baik kita tunjukkan rakaman CCTV tu padanya bila dah jumpa." Cadang Noah.
"Puteri Bella mahu ke Gennevies lagi? Mungkin tu lah kut jalan penyelesaian dia sekarang." Duga Ariel sendiri. Rasanya boleh sahaja kalau Bella tidak mahu datang ke Gennevies untuk berdepan dengan Sir Nicholas. Namun, Ariel tetap tidak membantah kerana setiap orang pasti ada jalan penyelesaiannya tersendiri.
"Ya. Baru saja tadi dia selesai telefon saya." Jawab Noah segera namun Ariel hanya memandangnya datar. Okay, ini membuatkan Noah semakin rasa bersalah.
"Kalau macam tu kita perlu selesaikan masalah ni sebelum Sir Nicholas naik takhta." Ketua Ejen mencelah dan kedua-duanya mengangguk bersamaan.
~~~
Hampir dua jam Noah dan Ariel berada di HQ RESF bagi membantu untuk menghentikan agenda Sir Nicholas. Setelah selesai urusan mereka berdua di sana, Noah berniat hendak mengajak Ariel keluar bersama namun oleh kerana Ariel terlanjur tersinggung dengan soalannya tadi, gadis itu pun tidak begitu mempedulikannya.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...