Confession | 28
Bella membuka kelopak matanya satu persatu. Keluhan kecil keluar dari mulut. Bella cuba melelapkan dirinya namun gagal. Hatinya tidak senang dan fikirannya asyik melayang entah ke mana. Bella berharap sangat hari esok tidak akan tiba.
Posisi baringnya ditukar. Bella baring mengiring. Dia merasai sendiri permukaan tilam yang empuk itu. Terasa kosong di tepinya. Kalaulah Ryan dapat tidur di sebelahnya saat ini. Huh. Aku ni siapa aje pada Ryan?
Teringat akan petang tadi, Bella tersenyum pahit. Rasa takut dan hiba mula menyelubungi diri. Bella takut jika Ryan bukan miliknya nanti. Bella takut jika cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Bella takut tersakiti.
Jika dibandingkan dirinya dengan Blair, apa aje yang dia ada? Blair kenal Ryan sudah sepuluh tahun. Dia pula? Lagipun, Bella tidak pasti jika Ryan masih membencinya atau tidak. Kenapalah segalanya sukar buat aku?
Dilihatnya set sofa yang tersusun kemas di tengah-tengah kamar itu, tidak juga Bella jumpa Ryan di situ. Skrin telefon bimbit ditatapnya seketika. Sekarang sudah pukul 10 malam. Ryan masih belum masuk ke dalam kamar.
Usai sahaja makan malam bersama Blair tadi, Ryan dan Harry terus ke bilik mesyuarat. Ryan kelihatan sibuk tadi. Tidak patut kalau mesyuarat mereka masih berlangsung pada waktu begini, getus Bella dalam hati. Sudah pasti, Ryan berada di pejabatnya sendiri sekarang ini jika dia masih ada tugas yang dilakukan.
Bella bangun dari baringnya. Kardigan satin berwarna cream yang panjangnya sehingga ke paras pinggang diambil lalu disarungkan pada tubuh – sepadan dengan gaun tidurnya yang diperbuat daripada kain satin juga. Kaki terus dilangsungkan ke pejabat Ryan.
Pintu diketuk perlahan. Entah mengapa, Bella terfikir hendak melawat raja itu di pejabat waktu ini. Mungkin dia risaukan Ryan?
"Masuk." Arah Ryan dari dalam. Pintu dikuak perlahan. Bella menjenguk sedikit ke dalam. Kelihatan Ryan masih di mejanya dan sibuk melakukan kerjanya. "Saya ganggu awak ke?" Soal Bella, bertimbang rasa.
"Tak. Masuklah." Jawab Ryan, bersahaja. Segala dokumen yang dia perlu semak tadi, Ryan letakkan ke tepi meja. Ryan agak terkejut melihat Bella yang tiba-tiba datang ke pejabatnya pada waktu begini. Bella lihat Ryan bersendirian di pejabat itu.
"Kenapa masih belum tidur lagi? Awak takut bersendirian ke? Maaflah, saya sibuk sikit malam ni." Tutur Ryan lembut. Bella hanya tersenyum janggal.
"Saya tak dapat tidur. Saya hairan kenapa awak masih belum masuk bilik lagi jam ni so saya datang sinilah nak tengok keadaan awak."
"Tak sangka pula Puteri Bella yang bersedia nak bercinta dan bersedia nak conquer dunia ni kisahkan orang macam Raja Ryan." Usik Ryan. Bella tergamam. He got me!
Ryan bangun dari duduknya. Ryan melabuhkan punggungnya ke atas bucu meja sambil berpeluk tubuh. Dia memandang Bella penuh minat.
"Duduklah sini." Kerusi di hadapan mejanya ditarik. Bella pun hanya menurut. Bella lihat meja Ryan penuh dengan dokumen-dokumen yang dia pun tidak pasti dokumen apa. Agaknya ini apa yang dihadapi oleh bonda setiap hari, getus Bella dalam hati. Suatu hari nanti, aku pula yang akan hadap benda ni~
"Pihak polis tengah jalankan siasatan dan setakat ni mereka masih belum jumpa bukti yang kukuh. Motif lelaki misteri yang serang awak malam tu tidak jelas. Saya pun tak tahu tapi saya akan cuba lindungi awak setakat yang saya mampu."
Bella tersenyum. "Thanks." Ucapnya, ringkas. Ryan bangun sekali lagi dari duduknya. Ditariknya lembut tangan Bella. Bella tersentak.
Terkebil-kebil Bella memandangnya. Comel! Ryan tersenyum sendiri. Ryan lalu memeluk erat tubuh Bella. Sekali lagi, Bella terkejut. Bella tidak membalas pelukan itu. Jantungnya berdetak laju. Bella terkaku seketika.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...