Part Of Us | 38
Air yang keluar dari kepala pancuran mandian hujan mengalir ke tubuhnya. Terasa segala kerisauan dan kesedihannya telah lenyap dibawa bersama air yang mengalir. Kepalanya terasa ringan. Tubuhnya terasa segar.
Beberapa minit selepas itu, tangan mencapai tuala putih berdekatan lalu dililit ke keliling pinggang. Satu tuala lagi pula diambil untuk mengelap rambutnya yang masih basah. Kemudian, kaki melangkah ke walk-in closet yang bersambung dengan bilik air.
Setelah bersiap, Ryan menggapai telefon bimbitnya yang sejak dari tadi berada atas meja solek. Dilihatnya beberapa missed call daripada nombor yang tidak dikenali. Siapa pula ni? Getus Ryan dalam hati. Namun, Ryan hanya biarkan sahaja. Tidak mahu untuk menelefon semula nombor itu.
Ryan melihat pantulan dirinya sendiri pada cermin di hadapan.
Pathetic.
Wajah diraup kasar.
Whatever.
Ryan melangkah keluar dari walk-in closet. Kelihatan Bella sedang tidur lena di atas katil. Jantung Ryan berdegup kencang apabila melihat Bella mengenakan gaun tidurnya yang singkat itu. Hmm, she is serving!
Ditambah pula dengan suasana yang malap di seluruh bilik tidur kerana hanya diterangi oleh cahaya dari lampu meja di kiri katil. Ryan naik ke atas katil dan mendekati Bella yang tengah tidur itu. Ryan tersenyum sendiri, letih agaknya. Jam alarm yang terletak atas end table tepi katil dipandang. Masih pukul 11 malam.
Merasakan seperti tubuh seseorang berada di atasnya membuatkan Bella terbangun dari tidurnya. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Ryan sedikit tersentak melihat Bella yang sudah tersedar. Bibirnya lantas melakar senyuman.
"Oh, did I wake you up?" Soal Ryan, lembut.
Bella menggeleng kepalanya perlahan. "Awak dah mandi? Lama saya tunggu, tu yang tertidur ni." Ujar Bella dalam keadaannya yang masih mamai namun bibir melakar senyuman kecil.
"Guess what?" Ryan menyembamkan kepalanya ke leher Bella untuk membuktikan bahawa dia baru sahaja siap mandi. Bella menghidu rambutnya yang masih agak basah dan masih berbau syampu itu.
Bella menolak tubuh Ryan perlahan dan tertawa kecil. "Tapi saya masih hidu bau arak." Ryan hanya tersenyum. Kemudian, keadaan menjadi sunyi sepi di antara mereka.
Anak mata Bella merenung tepat ke dalam anak mata Ryan. Tangannya lalu dibawa ke pipi Ryan mengusap lembut pipi raja itu. Ryan pula mengambil tangan itu dan diciumnya.
"I love you, Bella." Ucap Ryan. Buat pertama kalinya, malam itu dia dapat menuturkan kata cinta di hadapan Bella. Bella tersenyum. Tangan Bella mengusap pipi Ryan dan merapatkan wajah mereka bersama. Bibir Ryan dikucupnya seketika dan lepas.
"I love you too." Balas Bella.
"Thank you for making me feel better tonight." Ujar Ryan. Ryan membawa bibirnya ke dahi Bella. Dikucupnya lembut dahi puteri itu. Tangan Bella menyentuh semula pipi Ryan dan tangannya lalu dibawa turun ke dada raja itu.
Begitu juga Ryan membawa matanya turun ke tubuh Bella. Sexy! Wajah bersih Bella ditenung sekali lagi. Dia tersenyum nakal.
"Are you wearing this for me?"
"No." Jawab Bella, mengusik.
"Pfft."
"Baby...of course lah saya pakai night gown ni hanya untuk awak seorang aje." Ujar Bella sambil menggigit bibir bawahnya dan tertawa kecil. "What? Do you expect me to wear this in front of someone else?" Soal Bella, mengusiknya lagi.
YOU ARE READING
Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓
Romance[UNEDITED VERSION] - Completed Dikala mulut menutur BENCI, Hati pula melakar CINTA. Jika difikirkan tentang kualiti, dia tidak layak. Tidak layak mencintainya. Namun, takdir itu mustahil. Takdir itu ajaib. Dan, cinta bisa dikejar. "Saya tahu, hany...