Bab 54

118 5 0
                                    

Encounter | 54

Usai sahaja melawat Dream Home, Bella minta untuk dibawa ke pelabuhan. Berkenaan masalah Dream Home, Bella berjaya meyakinkan pemiliknya untuk tidak menjual tanah tersebut kepada mana-mana pihak dan terus kekal di sana demi anak-anak Dream Home.

Bella berjanji untuk memberi sumbangan lebih untuk membantu membangunkan Dream Home. Bukan itu sahaja, Bella berjaya meyakinkan Setiausaha Diraja dan menteri-menteri lain bahawa alternatif yang telah dicadangkannya pasti berjaya dan mampu mendatangkan pendapatan lebih pada kerajaan.

Buat masa ini, Bella boleh tersenyum lega. Semuanya berjalan dengan lancar. Ini juga salah satunya cara untuknya mengambil hati orang-orang di istana agar terus yakin padanya. Daripada setengah yakin sehingga sepenuhnya yakin pada Bella.

Mereka kini sudah tiba di Pelabuhan Antarabangsa Aklodovia. Seperti biasa, keadaan di pelabuhan sentiasa sibuk. Bella memang berniat untuk membuat lawatan ke pelabuhan kerana ingin meninjau keadaan di sana.

Bardwin dan yang lain mengiringnya sehingga mereka sampai di hadapan sebuah gudang barangan import dan eksport. Bella tidak menyangka kalau dalam sehari begitu banyak barangan yang akan dihantar secara import dan eksport. Bella juga sedar betapa pentingnya seorang pemimpin menjaga hubungan dengan negara lain agar hal ini terus berjalan seperti biasa.

Bella mengamati orang-orang yang menjalankan tugas mereka di sana. Bella sedikit terganggu dengan bunyi-bunyi kamera daripada para wartawan. Saat Bella sedang menjalankan lawatannya di pelabuhan tersebut, sebuah kumpulan tentera menggamit perhatiannya.

Angkatan-angkatan tentera tersebut sepertinya sibuk mengangkut peralatan mereka. Kalau dilihat berdasarkan seragam mereka, angkatan tentera tersebut bukan sebahagian daripada angkatan tentera Aklodovia.

"Siapa mereka?" Tanya Bella pada Sir Leceister yang turut datang bersamanya ke sana.

"Oh tu angkatan tentera dari Gennevies. Mereka sedang mengangkut peralatan mereka."

"Untuk apa mereka datang ke sini?"

"Katanya ada operasi bersama dengan angkatan tentera kita sehingga ke bulan depan."

"Bulan depan? Maksudnya pada bulan saya ditabalkan?"

"Ya, tuanku."

Bella kembali memerhatikan rombongan tentera tadi sehingga tidak dapat fokus pada lawatannya. Entah mengapa Bella sedikit bimbang melihat mereka sedangkan Sir Leceister sudah memberitahunya bahawa pasukan tentera tersebut hanya menjalankan operasi yang lama di Aklodovia.

***

"Mereka berjaya masuk?"

"Berjaya sepenuhnya, tuan. Tak ada masalah di pelabuhan."

"Baguslah. Minta mereka tempatkan semua peralatan dengan betul. Jangan sampai tersilap. Rancangan kita mesti berjaya kalau nak kalahkan musuh."

"Baik, tuan." Maxwell segera beredar dari situ setelah diberi arahan.

Sir Nicholas tersenyum puas kerana akhirnya, dia akan dapatkan kemenangan seperti yang diimpikan selama ini.

"Kalau aku musnahkan kota besar mereka, kita pasti akan banyak untung." Katanya pada Ryan yang bersamanya di sana sekarang. Ryan pula macam biasa tidak membuka mulutnya dan hanya duduk di kerusinya, mendengarkan kata-kata Sir Nicholas.

"Kau ni betul-betul berjaya dipengaruhi atau pun sebaliknya?" Sir Nicholas meragui Ryan yang tingkahnya tidak banyak bercakap setelah kejadian di kediamannya dahulu di mana Sir Nicholas memberitahu Bella bahawa puteri itu pengkhianat dan penyebab kematian Raja George dan Ratu Laura.

Benci Tapi Sayang [UN.E.V] ✓Where stories live. Discover now