AKU meletakkan tubuh Kak Leya ke dalam bot dengan bantuan Shila yang sudah sedar. Kemudian,aku menolak bot tersebut ke bahagian air yang agak dalam dan menghidupkan enjin bot. Shila naik ke atas bot.
"Sampai sahaja ke jeti akan ada satu kereta yang mengambil korang." Aku berkata dengan nada yang mendatar.
"Ikut dengan kami,Raa. Jangan masuk semula ke dalam!" Shila tidak putus-putus memujuk aku daripada tadi.
Terharu? Ya. Tapi rimas juga. Menyesal aku beritahu dia plan aku.
"Kau baliklah Shila. Buat penat aku je nak selamatkan korang! Jangan sia-siakan usaha aku! Sekarang ini,Kai ada di hadapan mata aku. Kau ingat dengan rayuan kau tu boleh mengubah niat aku?" Aku membalas sinis. Tangan aku menyentuh tangan kiri Shila yang berbalut.
Shila dan Kak Leya telah diseksa dengan teruk. Tubuh mereka dipenuhi dengan lebam yang membiru dan calar. Tangan kiri Shila telah dipotong dengan kejam. Betis Kak Leya pula telah dikelar sehingga menampakkan tulang.
Aku mengertap gigi dek kerana rasa marah yang teramat. Malam ini aku akan hancurkan pulau ini!
"Aku tak nak hilang kau,Raa. Cukuplah Aulia dan yang lain tinggalkan aku." Shila berkata lirih. Matanya mula berkaca merenung ke arahku. Shila yang asalnya maintain cool dan dingin mula menunjukkan sisi lemahnya. Aku faham perasaan itu. Rasa kehilangan dan kecewa.
"Aku harus akhiri semua ni,Shila. Kalau tidak,akan ramai menjadi mangsanya. Ariana atau ayah aku sendiri. Kau tahu kau tak boleh nak halang aku."
Shila mula menitiskan air mata. Tubuhku dipeluk erat. Seolah-olah itu merupakan pelukan terakhir kami. Aku cuba untuk tidak menangis. Ya,mungkin ini ialah pelukan terakhir kami.
Aku tersenyum kelat. Kaki aku bergerak menuju ke persisiran pantai semula. Shila mula mengemudi bot meninggalkan pulau ini. Aku memerhati bot itu sehingga hilang dari pandangan.
Jaga diri Shila. Ariana. Ayah. Kak Leya. Aku sayang korang semua.
Aku menghela nafas yang berat. Aku bergerak ke sebuah pokok kelapa yang berada di dalam hutan kecil pulau itu. Tempat aku meletakkan semua peralatan yang aku perlukan. Beberapa laras senapang pelbagai jenama seperti AK47 dan MK46 aku keluarkan daripada beg hitam yang aku sembunyikan di salah satu pokok yang berada di situ.
MK46 yang telah aku simpulkan tali pada kedua bahagian hujung senapang,aku sangkutkan di bahu kiri. Kemudian,aku memasang peluru pada AK47 yang berada di tangan. Cekap tanganku membuka dan memasang kelongsong peluru dalam kadar masa yang singkat.
Setelah itu,aku memeriksa pula kelongsong peluru yang berada di ketiga pucuk pistol yang sisip di belakang pinggang,di kiri dan di kanan pinggangku. Kemudian,ketiga pucuk pistol itu aku letak semula di tempat yang asal. Beberapa bom tangan jenis Mk I dan F1 aku masukkan ke dalam jaket kulit yang tersarung pada tubuh.
Selesai membuat persiapan ringkas,aku menatap skrin telefon pintar. Ibu jari menyentuh permukaan skrin dan sekaligus satu ledakan kuat terhasil dari arah tengah pulau.
Aku menyimpul senyum sinis. Sekarang,satu pulau ini berada dalam genggaman aku. Semasa aku menyusup masuk ke rumah kayu,aku juga telah memasang bom di bawah setiap pondok yang telah aku lintasi sebelum sampai ke rumah kayu. Bom-bom itu pula hanya akan meletup tatkala aku mengaktifkannya melalui telefon pintar milikku.
Setiap pondok pula memuatkan puluhan nyawa. Bayangkan sahaja berapa nyawa yang akan terkorban tatkala aku mengaktifkan kesemua bom.
Dengan cara ini,peluang untuk aku menang lebih cerah. Walaupun nyawa aku sendiri bagaikan di hujung tanduk sekiranya aku tertangkap. Namun,aku akan lakukan apa sahaja asalkan dendam aku lunas.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...