LEPAS satu kedai baju ke satu kedai baju,dua ekor manusia ni masih tak puas-puas lagi! Tak cukup dengan baju,kedai kasut,kedai jam,kedai telefon pintar dan kedai alat mandian wanita! Aku merengus kasar. Penat tahu tak!
"Aleya,kau pilih je apa kau nak. Ambil sahaja apa kau nak. Tak payah tengok harga,okey?" Ariana meyakinkan Aleya yang masih segan-segan untuk memilih baju. Mataku jatuh ke tangan kedua orang mangkuk itu yang sudah penuh dengan beg kertas.
"Tapi,Kak Rina.."
"Alah,jangan risau. Aku memang nak belanja kau hari ni. So,jangan malu jangan segan ye. Apa lagi yang tak cukup ni?" Ariana meninjau ke dalam setiap beg kertas yang ada di tangannya dan di tangan Aleya.
Sengaja aku berdiri jauh sedikit dari mereka berdua. Ceh! Pergi mall nak belikan baju untuk Aleya konon! Pigidah!
Dengan dia-dia sekali nak beli baju barulah! Kasut barulah! Jam tangan barulah! Casing barulah!
Telefon pintar aku ambil dari beg tangan yang aku sangkut di bahu kiri. Nombor Shila pantas aku dail.
Seharian bersama dua orang gadis gila shopping ni buat aku naik gila! Jam dah menginjak ke angka 5 petang. Dah nak masuk sejam aku ikut langkah mereka berdua ke sana dan ke sini!
Tension!
"Kau kat mana?" Soalan itu aku ajukan sebaik sahaja panggilan aku dijawab.
"Waalaikumussalam. Kat mall. Kenapa?"
Amboi,sempat kau memerli ye..
"Sorang?"
"Tak. Semua ada kat sini. Erika tengah tambah tatu."
"Okey. Aku datang." Talian terus aku putuskan. Ariana dan Aleya yang sudah lesap ke dalam kedai yang menjual barangan kosmetik,aku endahkan. Lantak korang lah!
Aku menuju ke eskelator untuk naik ke tingkat atas. Di mana terletaknya kedai tatu milik abang kepada Farah. Biasanya setiap minggu pasti mereka semua lepak di sana. Keluar masuk HG macam HG tu bapa diaorang punya!
Apabila sudah sampai ke destinasi,pintu yang diperbuat daripada kaca itu aku tolak ke dalam. Loceng yang berada di atas pintu berbunyi. Telinga aku terus menangkap lagu genre rock A Little Piece Of Heaven dendangan Avenged Sevenfold.
"Selamat dat.. Eh,Raa! Lama tak nampak muka." Kak Harley a.k.a isteri kepada abang Faruk menyapaku. Aku senyum segaris.
"Sihat kak?" Soalku sekadar berbasa-basi. Kaki aku langkah mendekatinya yang sedang duduk di kaunter.
"Sihatlah. Masuk,Raa. Mereka kat belakang dengan Faruk." Aku sekadar mengangguk. Beberapa orang pekerja yang sedang melayan pelanggan lantas tersenyum kepadaku.
Aku kenal semua pekerja di kedai ini. Lebih kurang tujuh orang semuanya. Cuma yang berada di hadapan ni hanya lima orang termasuk Kak Harley. Dua orang lagi kat belakang kut.
Aku menyelak langsir yang terdapat di sebelah kaunter. Kelihatan satu lorong yang agak malap dengan cahaya lampu berwarna merah menerangi lorong itu. Lorong ini menuju ke bahagian belakang kedai. Tempat untuk semua pekerja lepak kalau tak ada customer.
Aku menelusuri lorong itu sehingga sampai ke sebuah pintu yang tertutup rapat. Pintu diperbuat daripada kayu itu aku tolak. Lagu November Rain terus menyapa pendengaranku.
"Weyh,Aulia! Tolong aku! Tolong aku!!!" Farah menjerit.
"Tolong apa? Aku dah mati,bodoh!" Aulia ketawa mengekek.
"Aduh,bodohlah!! Tak guna punya Johnson! Kau tunggu. Kau tunggu!" Farah menjerit marah. Daun pintu aku tutup.
"Ah,Raa. Meh sini ganti aku. Aku nak ke tandas." Pasha yang merupakan pekerja abang Faruk lantas berlari ke dalam tandas yang turut ada di dalam bilik itu. Sempat dia memberikan controller playstation kepada aku.
YOU ARE READING
A Silent Love
Novela JuvenilWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...