ASL ♡ [PART 4]

48 4 2
                                    

WHAT A LOVELY DAY!

Bila kau dengan santainya duk meniarap kat atas katil sambil melayan movie dalam laptop. Movie genre seram sudah semestinya menjadi pilihanku. Aku lebih cenderung kepada cerita-cerita aksi,misteri,thriller and horror. Yup,another perbezaan antara aku dan Ariana,dia anti dengan cerita-cerita yang berunsurkan kekejaman.

Bila duduk dengan dia layan movie orang tengah berlawan,dia boleh menangis sebab kasihankan hero yang asyik kena belasah. Eh,hello? Kadang aku pun pening aku tengok drama ke movie aksi? Tak faham betullah kakak aku itu. Hati lembut betul. Tapi,bila kat sekolah garang bukan main. Siap tayang muka beku habis. Sama macam headprefect Ambergold. Sesuailahhh...

Tengah asyik merasa saspen dengan tidak kemunculan hantu lagi,apa kena dengan bahasa aku yang dah tunggang terbalik ni? Ah,lantaklah!

Kedengaran ketukan dari luar pintu bilik aku. Jari telunjuk menekan butang pause. Earphone aku buka dan menunggu sekiranya aku tersilap dengar ke tadi ataupun tidak. Yeah,memang ada orang ketuk pintu.

"Wiyah,bangun! Matahari dah tegak atas kepala!" Kedengaran sayup-sayup suara Kak Leya dari luar. Kak Leya merupakan pembantu rumah yang dibayar oleh ayah aku. Sebenarnya umur dia dah mencecah 47 tahun. Setahun tua dari ayah aku. Tapi dia yang beria nak kitaorang panggil dia kakak. Layankan ajelahhhh.

"Hah,ya! Dah bangun ni!" Jeritku kembali. Kemudian,senyap. Dah blah lah tu kot. Aku menolak laptop dan bangun dari katil. Baru nak berhuhaa di hari yang indah ini. Kacau betullah Kak Leya ni. Tuala aku ambil dari penyidai dan aku beredar ke bilik air untuk membersihkan diri.

Hah,baguslah anak dara bangun bila orang lain dah mula masak untuk makan tengah hari. Eh,aku peduli apa? Aku mesti hargai masa-masa emas yang diberikan ini dengan sebaiknya. Bukan senang nak dapat cuti bila dah serumah dengan penolong ketua pengawas sekolah Ambergold. Kat Henry Gurney,jangan cakap. Aku ada port-port yang hanya aku tahu bila aku malas nak masuk kelas. Sekali-sekala fly lah untuk release tension.

Usai membersihkan diri,aku keluar dari bilik dengan wajah yang segar-bugar dan perut yang berkeroncong. Tangga aku tuju dan turun ke ruang bawah di mana terletaknya ruang tamu utama beserta dapur.

"Eh,Wiyah. Baru nampak muka. Tak sekolah ke hari ini?" Soal Kak Leya. Em,lebih kepada memerli sebenarnya itu. Aku mengangkat bahu dan mempamerkan riak wajah tidak kisah. Hati aku kental tahu.

"Tak. Kak Leya ni masak apa?" Jawapku pendek kemudian menyoalnya semula. Kak Leya mengerlingku sekilas sambil tangannya lincah beraksi di atas papan pemotong itu.

"Kenapa nak tolong ke?" Aku menjuihkan bibir.

"Tak kuasa." Jawabku lantas mencapai gelas dan air putih aku tuang. Kak Leya mengomelkan sesuatu yang tidak dapat aku tangkap menggunakan deria pendengaran aku. Tapi,aku tahu dia sedang mengutuk aku.

Oh,biar aku terangkan. Kak Leya ni dah lama bekerja dengan keluarga aku. Dia yang jaga aku dan Ariana semenjak dari kecil. Mulut dia memang dari mula-mula lagi memang jenis main cakap lepas. Mulanya,memang ada sahaja benda yang nak aku gaduhkan dengan dia. Tapi bila lama-lama bergaduh kami mula terbiasa dengan sikap masing-masing. Sampai orang kata hati dah lali,kami cakap kasar pun dah tak terasa.

Walaupun umur Kak Leya jauh lebih tua dari aku,tapi fikiran dan tindakannya seperti orang muda. Malah,wajahnya tidak dimamah usia. Lebih kurang wajah wanita berumur 30-an macam tu. Mungkin itulah yang menyebabkan aku tak berapa nak kisah kalau cakap kasar dengan dia. Tapi,tidak pernah pula dia mengangkat tangan kepadaku walau macam mana hebatnya aku mencabarnya. Tu yang membuatkan aku hormat kepada Kak Leya.

"Masak simple-simple sahaja. Kita berdua aje yang makan. Ariana ada kelas tambahan. Hamzah pula ada meeting dengan client. Hm,bapa borek anak rintik. Kau ni aje yang boleh duk melepak kat rumah macam orang tak ada kerja. Dah lah tak sekolah." Sinis Kak Leya berkata. Aku menjungkitkan bibir.

"Aku melepak kat rumah bapa aku juga. Orang tak sekolah sebab sakitlah. Kau apa tahu?" Balasku semula lalu menjeling ke arah Kak Leya yang sibuk mengacau masakannya.

"Sakit apa. Memanglah aku tak tahu,dah kau tak bagitahu. Buduh sungguh anak Hamzah ni!" Aku membuat muka kerek. Tahu sangat dah perangai orang tua ni. Ambil berat kat aku tapi ayatnya macam dia ada dendam kesumat dengan aku pada kehidupan yang lalu.

Dah apa pula yang aku melalut ni?!

"Adalah kena tibai sikit dengan pengawas tiang sesat entah dari mana. Belum sempat aku nak membalas. Eei,kau tunggu ajelah tiang!" Terasa api kemarahanku menyala-nyala tatkala wajah Adam terlayar di benakku. Darah mula naik menyerbu muka. Respon apabila angin baran aku datang.

Kak Leya mematikan api dapur. Dia mengerlingku sekilas lalu bergerak ke kabinet untuk mencapai mangkuk. Ayam masak kicap dicedok masuk ke mangkuk. Macam mana aku tahu? Cium bau sahaja dah tahu. Dah tu kenapa tanya tadi? Saja nak bermesra walaupun tak berapa nak mesra.

Pernah dengar cerita Nabi Musa a.s? Allah swt bertanya tentang fungsi kayu yang Nabi Musa a.s sedang pegang. Persoalannya kenapa Allah swt bertanya sedangkan Dia Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan bumi? Jawapannya itulah cara Allah swt bermesra dengan hamba-Nya. Nak cerita full? Pergi search google lah weyh!

"Lelaki ke perempuan?" Soalan Kak Leya mengembalikan aku semula ke alam realiti. Dia meletakkan mangkuk berisi ayam masak kicap itu di hadapanku. Pergh! Berasap! Tak sabar aku nak merasa!

Kak Leya bergerak ke kabinet semula dan mencapai pinggan dan gelas kemudian turut diletakkan di hadapanku. Dia mencapai mangkuk plastik besar pula untuk mencedok nasi. Segala perbuatannya dilakukan dengan tenang namun tangkas. Sangat profesional.

"Lelaki. Ketua pengawas Ambergold." Tangan Kak Leya yang mencedok nasi terhenti. Sesaat,dua saat,Kak Leya melepaskan tawa. Aku pelik. Ah,sudah! Kenapa tiba-tiba ketawa mengekek macam itu? Kena sampuk ke apa?

"Ketua pengawas? Bantai kau? Bukan sebelum ni kau yang selalu bantai pegawas ke? Ketua ke tidak semua kau buli. Ni apa kes tiba-tiba kena bantai oleh ketua pengawas pula ni? Baru first day kot." Aku menayang muka beku. Rasa tak boleh tahan sahaja tangan aku melempar gelas kaca ini ke kepala orang itu.

"Ah,diamlah! Bagus aku makan!" Jeritku lalu mencapai pinggan. Ayam aku cedok dan mula menggigitnya dengan kasar. Kak Leya mengambil duduk di hadapan aku dan nasi putih dicedok ke dalam pinggan aku. Namun,paling tak boleh blah senyuman maha sinis masih tersemat kemas di bibirnya. Aku merengus kuat.

Ya Allah,janganlah aku terbunuh orang tua ni satu hari nanti. Sekali sepak kat kepala terus arwah ni!

A Silent LoveWhere stories live. Discover now