"GET OUT!!!"
BAM!!!
Pintu dihempas dari dalam. Aku diam seraya mencebikkan bibir tanda menyampah.
Lupa pula aku,hari ini ada masa Sains. Eleh! Macamlah aku hadap sangat nak masuk kelas dia!
Kaki aku langkahkan dengan tenang. Tangan kanan dan kiri aku seluk ke poket seluar trek. Nak ke mana ni? Bilik muzik?
Aku menghilangkan diri ke dalam lif dan tangan bergerak menekan butang Ground. Airpod aku sumbat ke telinga di sebalik tudung. Lagu Joke's On You dendangan Charlotte Lawrence bergema di corong telinga.
God knows I've tried to be kind
But I will just lay down and die
Wearin' a fake smile
The joke's on you..Nafas dalam aku tarik lalu melepaskannya dengan berat. Hati aku,kosong. Wajah aku jatuhkan melihat hujung kasut kemudian memejamkan mata.
Terbayang setiap perbuatan kejam aku sebelum ini. Hanya kerana ingin membalas dendam,aku sudah mengorbankan ribuan nyawa. Samada dia ada kena mengena ataupun tidak dengan tujuan aku,kalau dia menghalang jalanku,aku tidak teragak-agak untuk membunuh.
Darah mereka yang membasahi tangan aku,tidak pernah menghantar rasa bersalah di lubuk hati. Mereka gelar aku psiko. Aku gelar diri aku sebagai keadilan.
Mungkin kerana ego. Aku mengeraskan hati.
Sehingga aku rasa hati aku dah mati. Mati sebelum mati.
TING!
Pintu lif terbuka. Aku menangkat wajah semula lalu membuka mata. Kening kanan terangkat secara spontan.
Those eyes.
Tepat terhala ke wajahku. Tanpa berganjak sedikit pun.
Seraut wajah dingin itu menyapa penglihatanku. Kelihatan angkuh seperti pertama kali aku melihat wajah itu.
Rambut yang berwarna hitam pekat itu dibiarkan jatuh mencecah bahu. Sedikit rambutnya jatuh menutup sebahagian wajah yang bersegi tajam itu namun sepasang mata miliknya jelas kelihatan sedang merenung tajam ke arahku.
Aku keluar dari perut lif lalu berjalan melintasinya. Membuat seolah-olah dia tidak wujud.
"Aku tak nak kau datang AAC lagi." Langkahku terhenti. Setiap tutur bicara yang keluar dari mulut seorang Hazeeq Nazrul,cukup membuatkan aku bengang.
Dia masih keras berdiri menghadap lif manakala aku tegak berdiri membelakanginya.
"Try to stop me." Aku mencabarnya.
"I will." Dia membalas tanpa nada.
"Good luck,then."
Baru aku hendak melangkah,terasa lengan aku ditarik membuatkan aku pantas berpusing menghadapnya. Tangannya yang menyambar lenganku,aku sentuh. Rasa pedih yang terasa aku tahan.
"Lepaskan aku!" Mencerun mata aku memanah wajah Hazeeq.
"Aku tahu niat kau. Aku tahu apa yang kau nak buat. Aku tahu apa yang sedang kau rancangkan. Sebelum kau menyesal,baik kau hentikan segera!" Hazeeq mengherdikku dengan nada suara yang ditahan. Raut wajah itu seperti sedang menahan marah.
Aku mula keliru bercampur dengan rasa hati yang jelak dengan sikap lelaki ini.
"Apa maksud kau? Apa yang kau tahu pasal hidup aku,hah?!" Tangan yang menggenggam lengan aku,aku rentap sekuat hati. Pegangan tangannya terlepas.
"Lebih dari yang kau bayangkan. Kau jangan ingat aku tak tahu kau merancang nak dekat dengan Makcik Maream sebab nak siasat tentang pembunuh mak kau,kan!" Tajam mata itu menikam wajahku. Namun tidak sedikit pun menghantar rasa gentar di hatiku.
YOU ARE READING
A Silent Love
Dla nastolatkówWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...