AMBERGOLD HIGHSCHOOL. Sekolah elit paling terkenal di Malaysia. Murid-muridnya terdiri daripada golongan bangsawan dan anak orang-orang ternama. Hari ini merupakan hari pertama aku bergelar murid Ambergold Highschool. Ingat nak ada kawan baru. Tapi...
SPALSHH!
Hidungku menangkap satu bau yang menyengat plus sedap. Mataku jatuh kepada tudung sekolahku yang asalnya putih bersih bertukar coklat kemerah-merahan. Kuah kari.
"Opps!" Satu suara berbunyi membuatkan aku mengangkat kepala dan mata kami bersambung. Aku kenal perempuan ni. Ramona. Budak kelas aku.
Dia tersenyum tajam ke arahku. Dua lagi rakannya,Riana dan Emelyn ketawa terkekek melihat keadaanku. Suasana kafe sekolah yang asalnya riuh rendah semakin riuh dengan tawa yang kuat. Oh,nampaknya perkara seperti ini lawak ya?
"Rabiatul Adawiyah. Hari ni first day kau kan. Jadi,mulai esok kau akan belikan makanan dan minuman setiap kali waktu rehat untuk aku. Kalau kau cepat,aku akan benarkan kau makan. Tapi,kalau kau lambat,semua duit yang ada dalam poket kau aku ambil. Faham?" Suaranya lembut sahaja menuturkan perkataan itu. Namun kedengaran sinis di pendengaranku.
Aku memberikan pandangan kosong ke arah wajah Ramona. Telefon dan buku nota yang terletak bersebelahan pinggan aku capai. Aku baru makan satu suap,dah kena siram. Mencabar kesabaran betul!
Aku bangun dari kerusi dan menyamai ketinggian Ramona. Em,walaupun aku rendah dan terpaksa mendongak,aku tetap melawan panahan mata Ramona dengan berani. Entah kenapa,sikit pun perasaan takut tidak terdetik di hatiku.
"Kau siapa nak ajar-ajar aku? Kau fikir aku kuli kau? Silap oranglah." Kataku mendatar. Pandangan bosan aku lemparkan kepadanya. Ramona mengangkat kening seraya mengukir senyum sinis.
"Oh,jadi kau nak melawan? Hei,budak baru! Kau jangan salah kacau orang ya. Kau belum kenal aku siapa kat sekolah ni!" Riana menolak bahuku kasar. Aku tergelak kecil.
"Siapa yang kacau siapa?" Soalku bersama senyuman sinis. Jari telunjuk aku angkat menunjuk ke pelipis.
"Cakap biar pakai otak." Sambungku seraya menjeling tajam wajah ketiga orang itu sebelum beredar dari situ. Emelyn yang hendak menyerangku ditahan oleh Ramona. Matanya terarah kepada satu arah. Aku mengerling. Kelihatan beberapa orang pengawas yang baru sampai ke kafe.
Aku menjungkit bibir tanda meluat. Nak buli orang tapi nampak pengawas tahu pula takut. Buduh sungguh!
Tandas aku tuju dan pantulan figura itu aku renung di cermin. Kuah kari sudah meresap di kain tudung aku. Aku merengus kecil. Tudung aku buka dan sekali lagi tudung itu aku pandang lama. Nafas dalam aku tarik. Macam mana nak masuk kelas ni? Apa kejadahnya dia tuang kuah kari? Cubalah air putih ke air sirap boleh aku cuci walaupun tak sebersih seperti sediakala. Tapi,kuah kari macam mana aku nak cuci? Kalau aku cuci dan pakai lagi satu masalah. Selesa ke pakai tudung basah?
Aku mencampak tudung sekolah itu ke sinki. Telefon aku capai dan nombor seseorang aku dail. Tidak sampai beberapa minit,panggilanku diangkat.
"Kau datang tandas sekarang bawa tudung." Tanpa salam atau hello,aku memgeluarkan arahan.
"Amboi,engkau. Tak ada salam tiba-tiba nak arah aku. Kau tunggu jap sana aku datang." Talian terus aku tutup. Aku mencuci muka dan berkali-kali aku melepaskan dengusan kecil. Jantung aku berdegup kencang dan badanku sedikit menggigil.
Responku tatkala aku berasa marah yang amat. Nak buat aku marah memang susah,tapi bila aku marah ambil masa nak sejuk. Buktinya macam sekarang. Aku tak boleh duduk diam. Sekejap-sekejap aku berpeluk tubuh. Bercangkung dan berdiri semula. Berjalan mundar-mandir di hadapan sinki sambil bercekak pinggang dan meregang-regangkan jariku. Lengan baju aku sinsing ke siku.
Wajah Ramona dan tiga lagi rakannya berulang kali terbayang di benakku. Rasa nak menjerit tapi aku pendamkan hanya di hati. Beberapa orang murid yang masuk ke tandas hanya mengerling dan memandangku pelik. Aku biarkan. Tapi bila setiap kali masuk pandang aku macam aku ni baru lepas bunuh orang,semakin membuat darah aku makin mendidih.
"Tengok apa?!!" Aku menengking beberapa orang pelajar perempuan yang berada di belakangku melalui pantulan cermin. Pandangan tajam aku berikan.
Sepantas kilat mereka mengalihkan pandangan dan terus keluar dari tandas. Tinggallah aku sendiri.
"Weyh,aku ada dengar dari budak-budak kat kafe. Kau sabar ya. Tahulah apa aku nak buat dengan budak tiga ekor tu." Aku memalingkan badan ke arahnya yang baru sampai. Tudung sekolah baru dari tangannya aku capai.
"Kenapa pengawas tak ada kat kafe tadi?" Aku menyoal dengan nada tidak puas hati. Tudung aku pakai dan pin tudung aku pasang.
"Ada perjumpaan mpp tadi. Tu yang lewat sikit." Jawabnya lantas wajahku dipalingkan ke arahnya. Tangannya lincah mmperbaiki tudungku. Aku hanya membiarkan.
"Lepas ni kau masuk kelas dan bertindak macam biasa. Jangan layankan sangat baran kau tu. Lepas habis sekolah tunggu aku kat pagar." Kedua belah pipiku dipegang lalu dahiku dikucup. Ariana Humairah yaitu kakak kembarku beredar dari tandas bersama tudung asalku yang kotor itu. Barangkali dia hendak bertugas memandangkan dia merupakan seorang pengawas di sekolah ini.
Berbeza dengan aku,Ariana memiliki tubuh yang tinggi dan wajahnya putih pucat berbeza dari wajahku yang putih kemerah-merahan. Kami merupakan kembar tidak seiras. Ariana dah sekolah di sini dari umur kami 13 tahun lagi. Jadi dia mempunyai pengaruh yang agak kuat di sekolah ni memandangkan dia menyandang jawatan timbalan ketua pengawas Ambergold.
Aku tersenyum segaris apabila berpuas hati dengan penampilanku. Telefon aku masukkan ke poket baju dan buku nota aku pegang di tangan kiri.
Oh,aku belum kenalkan diri. Nama aku Rabiatul Adawiyah binti Hamzah. Aku hanya ada seorang kakak dan ibu kami sudah lama meninggal dunia semenjak kami berumur tujuh tahun lagi. Mungkin disebabkan dari kecil aku rapat dengan Ariana,itulah yang membuatkan kadang-kadang Ariana jugalah ibu,dia jugalah kakak. Ayah kami pula sering keluar negara dan agak kurang menghabiskan masa bersama kami. Tapi tanggungjawabnya sebagai seorang ayah tidak pernah sekali diabaikan.
Tahun ini,aku akan menghadapi peperiksaan besar yaitu SPM di sekolah baru ini. Tak sangka hari pertama dah ada musuh. Aku cuma nak belajar dengan tenang dan fokus. Tapi kalau dah begini kejadiannya,buat aku rasa nak pijak muka Ramona berkali-kali dengan tapak kasut aku.
Aku ingat tak nak buat masalah. Tapi masalah yang datang cari aku. Macam Ramona pernah cakap sebelum ni. Dia belum kenal aku siapa.
YOU ARE READING
A Silent Love
Novela JuvenilWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...