SETELAH apa yang telah berlaku beberapa hari yang lepas,aku diberikan cuti sejurus sahaja keluar dari hospital. Ya,sudah tentu aku juga mendapat surat gantung sekolah dari Ambergold. Cuti seminggu,gantung tiga minggu. Menjadikan aku tidak payah datang ke sekolah dalam masa sebulan.
Dipendekkan cerita,aku berjaya mengharungi hari-hari membosankam di hospital dan rumah dalam masa sebulan. Today is the day. Aku menyandang beg sekolah warna hitam aku di bahu kanan. Jam tangan aku pakai di pergelangan tangan kiri. Lipatan tudung aku betulkan di cermin pandang belakang kereta seraya mencabut keluar kunci kereta dari lubang kunci.
Pintu aku buka dan aku keluar dari perut kereta. Mengapa aku tidak datang sekolah sekali dengan Ariana? Eh,ini Adawiyah. Tak adanya muka aku ni nak datang awal macam Ariana. Tiga minit sebelum pagar sekolah tutup baru nampak muka aku. And now why everybody staring at me like that? Mereka semua mengerling-ngerling aku macam aku ni wanted kat sekolah.
Eh,chill lah. Aku gertak sikit aje pun bulan lepas. Uhuk! Uhuk! Aku malas hendak melayan. Langkah aku atur kemas ke blok Ambergold 2 di mana kelas aku berada. Butang lif aku tekan dan dalam seminit pintu lif terbuka. Oh,heaven! Lif kosong,aku masuk dengan hati yang riang.
Aku berdiri di tengah-tengah lif sambil berpeluk tubuh. Pintu lif yang ingin tertutup aku pandang. Tiba-tiba ada tangan yang menyelit dan dunia aku gelap. Lahanat,betul! Baru sahaja aku nak berhuha sendiri dalam lif. Ada sahaja malaun entah dari mana nak menganggu. Tak boleh tengok orang senang betullah!
Pintu lif yang terbuka luas aku pandang dengan pandangan membunuh. Satu figura masuk ke perut lif dan jarinya menekan butang lif. Aku senyum sinis. Pintu lif tertutup. Kaki aku pasakkan di tengah-tengah lif itu tanpa beralih ke tepi. Masih aku rasakan lif ini aku yang punya. Dia bersandar di dinding lif sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar khaki miliknya.
Matanya dipejamkan dan wajahnya tenang. Walaupun dia tahu aku turut berada di situ seakan-akan dia tidak menganggap aku wujud. Egoku sedikit tercabar. Pandanganku bertukar gelap. Wajahnya aku kerling. Matanya dicelik sedikit dan pupil kelabu terang itu menghala ke arahaku. Aku mengangkat kening kanan.
"Morning." Hampir aku nak terjelopok jatuh ke lantai. Apakah maksud kepada sapaan 'selamat pagi' itu? Adakah bermakna dia nak berbaik-baik dengan aku? Atas sebab apa? Sebab ayah dia atau sebab dia dah sedar kesalahan dia mengusik harimau yang sedang tidur? Ah,overnya kau Wiyah. Aku menjulingkan mata ke atas.
Aku tidak mengendahkan sapaan Kevin. Sebaliknya pandangan aku luruskan ke hadapan semula. Wajah tidak berperasaan aku tayangkan. Kevin mengangkat bahu. Dia berdiri tegak dan wajahnya didongakkan ke atas menampakkan halkumnya. Dia menggerak-gerakkan kepalanya dan bunyi tulang bergeseran kedengaran. Nampak macam terpaksa benar nak ke sekolah. Same like me.
Bingit juga telinga mendengar jeritan Kak Leya tadi pagi. Aku ingat nak sambung tidur. Tapi,Kak Leya dah membebel sebab malas tengok muka aku kat rumah itu. Maka,dengan rasa menyampah tahap dewa aku bangun tapi setiap barang aku hempas terutama sekali pintu.
Aku melepaskan keluhan. Telinga aku tegak. Sempat aku mengerling Kevin. Pipinya naik dan lesung pipit terlekuk di pipinya. Kami melepaskan keluhan serentak. Apa yang dikeluhkannya?
"Malas nak ke sekolah kan." Aku terkelu. Dia nampak seperti ingin memulakan perbualan dengan aku sekali lagi. Perlu ke aku layankan sahaja?
Kevin memusingkan badannya. Dia tunduk melihatku. Aku mendongak. Tingginya dalam lingkungan 165-167 cm. Aku mendongak dengan kening yang terangkat. 'Nak apa?'
"Aku minta maaf. Pasal,bulan lepas?" Aku terkebil-kebil. Mudahnya. Aku senyum sinis seraya mengangkat bahu.
"Benda kecil. Ingat lagi kau ya?" Aku menyoalnya sinis. Kevin turut sama senyum.
"Mana boleh lupa kena belasah dengan smurf macam kau ni." Aku mengangkat kening kanan. Sekolah kat sini macam-macam nama aku dapat. Tak faham betullah dengan students kat sini. Memang semua reti bagi gelaran kat orang ke apa?
"Aku malas nak gaduhlah." Aku bersuara malas. Memang aku malas nak gaduh. Tapi cari gaduh selalu pula kau kan! Eh,aku hanya buat apa yang aku nak. Tapi ada sahaja yang selalu tidak puas hati.
"Aku pun bukan nak gaduh." Kevin membalas.
"Yelah tu." Aku menjulingkan mata.
"Apa-apalah. By the way,rehat nanti ayah aku nak jumpa kat bilik dia. Jangan tak datang pula." Pesan Kevin. Pintu lif terbuka. Aku melangkah kemas keluar dari lif.
"Tengoklah." Pendek aku menjawab sebelum keluar dari perut lif. Dalam perjalanan ke kelas,aku perlu melalui kelas 5A-4 terlebih dahulu. Langkahku terhenti tatkala laluanku dihalang oleh beberapa pelajar perempuan. Semuanya tinggi-tinggi. Atlet maybe. Aku mengangkat kepala dengan pandangan kosong.
"Kau ke Rabiatul Adawiyah? Budak yang berani pukul Kevin bulan lepas. Raa?" Soal perempuan di hadapan aku. Tag namanya aku kerling. Selena.
"Tepi." Balasku dengan nada dingin. Pandanganku bertukar beku. Selena tesenyum senget. Kawan-kawannya yang sebentar tadi berada di belakangnya bergerak mengemuruni aku. Aku mengangkat kening. Aku fikir lepas tahu siapa aku,tak ada siapa akan berani nak cari hal dengan aku. Ternyata aku silap.
"Ambergold bukan macam Henry Gurney."
Terngiang-ngiang kata-kata Ariana di benakku. Tangan Selena naik ingin menyentuh pipiku. Namun,tangan kanan aku menepis. Pandangan jijik aku lemparkan.
"Huu.." Mereka bersuara teruja. Aku menjeling. Termasuk Selena mereka semua enam orang. Tiga orang bertudung dan selebihnya tidak.
"Kau jangan nak sombong sangat ya. Kau tahu tak kau dah pukul siapa?!" Jerit Selena seraya menolak tubuhku ke pagar koridor. Aku menggenggam pagar balkoni itu. Sempat aku mengerling ke bawah. Kalau jatuh boleh mati sekiranya kepala mendarat dahulu.
"Siapa aku pukul? Suami kau?" Sinis aku membalas. Senyuman tajam aku ukir. Mata Selena membulat. Tangan kanannya diangkat tinggi kemudian,
PANG!
Aku terteleng ke kiri. Terasa pijar pipi aku dek kerana lempangan padu Selena. Beberapa orang yang lalu-lalang sekadar mengerling. Seolah-olah ini ialah perkara biasa bagi mereka.
Aku meludah darah ke wajah Selena. Desah nafas kawan-kawannya kedengaran terkejut. Mata Selena semakin marak dengan api kemarahan. Aku merentap tangannya yang mencengkam bahuku.
Selena cuba untuk mencapai tudungku. Aku menjulingkan mata ke atas. Typical. Semua perempuan kalau bergaduh memang target rambut je ke? Oh,aku paling pantang kalau ada orang sentuh tudung aku.
Tangan Selena aku tangkap kemas dan memulasnya ke belakang Selena. Belakang lututnya aku sepak membuatkan dia jatuh melutut. Betisnya aku pijak kuat. Selena menyeringai kesakitan. Tangan kiri aku menghunus sesuatu yang sejuk ke kulit lehernya. Dia senyap. Kawan-kawannya terkedu.
"Maju,kalau korang nak kawan korang ni,mati" Ugutku sambil tersenyum tajam. Pandanganku bertukar gelap. Kawan-kawan Selena yang mengemuruni aku dan Selena memudahkan lagi kerjaku. Tidak ada saksi yang akan nampak. Tidak ada yang akan nampak aku bawa benda ini.
"Don't you dare!" Seorang rakan Selena melangkah setapak. Aku menekap pisau lipat itu ke permukaan kulit Selena. Darah segar mengalir keluar. Leher Selena sudah mulai calar. Langkahnya terhenti. Wajah mereka berlima bertukar cemas.
"Raa,okey! Okey! Stop!" Jerit salah seorang lagi rakan Selena. Aku senyum lagi.
"Ini sebab kau lempang aku." Bisikku di telinga Selena. Pisau aku jauhkan dan tubuhnya aku tolak kasar. Tangannya segera menahan tubuhnya dari jatuh ke lantai.
"Jangan paksa aku buat lagi teruk." Sambungku seraya mendekati seoarang rakan Selena yang bertudung. Dia terundur setapak. Hujung kain tudungnya aku capai dan darah segar yang bersisa di pisau,aku lap sehingga bersih. Pisau aku simpan ke dalam poket.
Mereka memberi laluan untuk aku lalu. Aku berdecit. Pagi-pagi ada drama!
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...