ASL ♡ [PART 24]

26 2 0
                                    

ANAK mata aku membulat. Aulia berdecit marah dan terus meluru ke arah lelaki yang sedang mengamuk itu. Beberapa orang lelaki cuba menahan amukan lelaki itu. Namun,kekuatannya luar biasa.

Aulia bertindak melambungkan badannya dan melayangkan tendangan tepat ke kepala lelaki itu dari belakang. Lelaki itu terbaring ke lantai.

"Berani kau pukul kawan aku!!" Jerit Aulia dan naik ke atas badan lelaki itu. Tumbukan demi tumbukan hinggap ke muka Hazeeq. Namun lengannya menghalang. Tapi Aulia tidak berhenti. Malah dilajukan lagi tanggannya menumbuk lengan Hazeeq. 

"Sudahlah! Cukup!"

"Seseorang call polis!!"

Suasana dalam kedai itu hiruk-pikuk. Jeritan bersahut-sahutan. Namun aku hiraukan. Meja dan kerusi berterabur dan patah. Sisa makanan turut memenuhi lantai.

Farah,Erika dan Shila yang terbaring di lantai tidak sedarkan diri. Badanku menggigil dan mataku berair melihat cecair kemerahan yang memenuhi lantai.

Dari mana? Macam mana? Kena belasah? Muntah darah? Atau kena tikam? Kena tembak? Kena benda keras?

"Berhenti! Dia ada pisau!" Aku terkejut. Aulia masih menumbuk lengan Hazeeq.

"Auliaa..." Nada suaraku bergetar. Aulia bagai dirasuk. Lengan Hazeeq mula melemah. Aulia tidak menunggu lama untuk menyerang wajah Hazeeq.

Namun,pergerakannya tiba-tiba terhenti. Matanya terbeliak. Aku terkedu. Desah nafas mereka yang lain kedengaran terkejut. Tubuh Aulia terkulai jatuh. Darah merah pekat keluar dari perutnya. Apabila dia baring,jelas kelihatan pisau lipat yang terpacak menembusi kulit dan isi perutnya.

"Aulia!!!!!!!" Aku menjerit histeria. Aulia pantas aku dapatkan. Tubuhnya aku angkat dan aku peluk dalam keadaan aku melutut.

"Tolong.. Tolong... Stay... Stayy,Aulia... Please..." Kolam mata aku pecah. Jeritan ketakutan mereka yang lain. Bisikan demi bisikan. Tangisan ketakutan. Dan.. siren polis di hadapan kedai makan.

"Polis! Jangan bergerak!" Beberapa orang lelaki beruniform mengarahkan pistol ke arah Hazeeq yang cuba untuk bangun.

Mata Aulia yang terbuka sedikit aku lihat dengan mata yang dikaburi dengan air mata. Badan aku menggigil hebat.

"Call ambulance,now!" Jerit seseorang. Orang ramai diarahkan untuk keluar dari kedai makan itu. Mereka hanya memerhati dari luar. Bisikan demi bisikan. Jeritan demi jeritan. Tangisan. Bagaikan tenggelam dari pancainderaku.

Aku berada dalam dunia aku sendiri. Aulia. Matanya terkatup rapat. Dadanya tidak bergerak. Aku kaku.

Satu tangan memeriksa nadi Aulia. Aku masih memerhati wajah Aulia yang seakan-akan sedang tidur. Tidur bermandikan darah.

Dan..

Aku terbayang wajah arwah ibu.

"Cik..." Satu tangan menyentuh bahuku. Aku biarkan.

Hqzeeq digari dan dibawa keluar dari kedai makan itu. Wajah aku angkat. Pantas tangan aku menarik pistol dari pinggang seorang anggota polis yang berdiri berdekatanku.

BANG!!

Pistol terlepas dari tanganku. Hazeeq terbaring di atas lantai. Aku terkulai jatuh di atas lantai.

Bisa! Pedih! Tak guna!

Bahu aku ditembak sebelum sempat aku melepaskan tembakan. Siling aku perhati. Darah membuak-buak keluar dari bahu yang sudah berlubang.

"Macam mana?"

"Dua orang mati. Tiga orang nyawa-nyawa ikan."

"Tolong yang tu." Terasa bahu aku ditekan.  Aku masih kaku memandang siling.

"Kalau kita sampai awal sikit."

"Dah memang ajal."

"Sorang lawan empat kan?"

Aku hanya diam mendengar polis-polis itu berbual antara satu sama lain.

Ambulans sampai,aku diangkat masuk ke perut ambulans. Topeng mulut dipakaikan ke mulutku.

"Cik? Cik okey tak ni?" Seorang lelaki berpakaian serba putih melambaikan tangan di hadapan mataku. Namun mataku masih melihat ke arah bahagian atas ambulans itu. Terasa ambulans ini mulai bergerak.  

Aku rasa..

Dunia ini kejam.

Tak ada keadilan dalam hidup aku.

Yang aku sayang.

Pergi macam tu sahaja.

Depan mata aku.

Asbab yang sama.

Sebab aku.

Sebab aku..

Sebab aku....

Sebab aku!!!

"Aku nak mati." Lelaki itu dan kawan-kawannya yang sedang mengelilingi aku terlopong.

"Istighfar cik. Kami akan cuba bantu cik. Selamatkan kawan-kawan cik. InsyaAllah. Jangan putus doa."

"Aku tak perlukan pertolongan korang yang selalu datang lambat." Anak mataku memanah wajah lelaki itu. Dia kehilangan kata.

"Mak aku mati. Mana korang? Mana polis? Mana?! Kawan aku kena belasah. Polis mana?!!! Untuk apa korang datang kalau kawan aku dah mati!!! Baik bunuh je aku!! Aku tak nak hidup!! Kenapa semua orang mati sebab aku?!!! Kenapa?!!!!!" Aku menjerit histeria. Air mata aku mengalir deras. Terasa benda sejuk menembusi kulit lengan aku.

Dan aku tidak sedarkan diri. Kata-kata lelaki itu kedengaran sayup-sayup di telinga aku.

"Allah sayang cik."









A Silent LoveWhere stories live. Discover now