PEDIH. Terasa pijar di bahagian pelipat lutut aku setiap kali aku berjalan. Sedaya upaya aku menahan. Dah lama tak rasa sakit macam ni. Selalu aku sahaja yang sakitkan orang. Bila dah kena kat batang hidung sendiri baru tahu sakitnya macam mana.
Aku duduk di birai katil dan pelipat lutut aku urut perlahan. Bukan satu tapi kedua pelipat lutut aku terasa pijar. Tak guna punya pengawas tiang! Tak sempat aku nak melawan,dia dah kunci pergerakan aku. Tak semena-mena insiden tadi siang terlayar kembali di benakku.
Adam tersenyum sinis. Tangan kanannya naik dan mencekak kolar bajuku. Automatik kakiku terjengket dan tanganku turun menahan dadanya. Mataku semkin tajam merenung pupil hazel itu.
"Oh,si pendek tak sedar diri. Nak menyerang orang tak tengok kiri kanan. Tak fikir siapa yang dia hadap. Kau fikir aku nak takut dengan minion kecil ni ke?" Kata Adam lantas tersenyum tajam. Mataku membulat.
Minion? Ini dah lebih! Lantas tangan kanan aku kepal dan melayangkan penumbuk padu ke mukanya. Namun,ditangkis mudah oleh Adam. Tangan kecilku digenggam kemas oleh Adam.
"To slow minion. Penumbuk ke itu? Aku ingat gula-gula kapas." Laju mulut Adam mengutukku. Semakin mendidih darahku mendengarnya. Lantas kaki Adam aku tendang dan yes! Kolar bajuku terlepas. Adam tunduk dan menyentuh kepala lututnya. Kesan tapak kasut jelas berbekas di seluar hitamnya.
Tidak menunggu lama aku bertindak ingin menendang kepala Adam namun sedar-sedar Adam di belakangku. Belakang lutut aku serasa disepak kuat dari belakang dan aku terjatuh melutut ke lantai. Tanganku dikunci ke belakang oleh tangan besar milik Adam. Betisku dipijak kuat dari belakang membuatkan aku tidak boleh berdiri.
Aku meronta-ronta. Rasa nak menangis dan menjerit sakit. Namun,sedaya upaya aku menahan.Tak guna,dia terlalu pantas! Telingaku tegak apabila menangkap tawa halusnya. Terasa nafasnya menampar pipiku. Dia menunduk dan berbisik di telingaku.
"To slow minion. Kau tak akan pernah menang dengan aku."
Aku berdecit! Mengingatkannya sahaja dah buat darah aku menggelegak. Dia panggil aku minion. Bukan sekali tapi tiga kali! Kau tunggu aku balas.
"Sakit lagi ke?" Soal Ariana yang baru masuk ke ruang bilikku. Kerusi belajar aku ditarik dan dia duduk di hadapan aku. Kaki kanan aku diangkat dan diletakkan di atas ribanya. Tangannya dilumurkan minyak batu dan pelipat lutut aku yang sedikit membiru diurut perlahan. Nyeri terasa aku tahan.
"Sikit." Jawabku. Sikitlah sangat. Jalan pun macam orang yang ada penyakit gout. Sikit. Huh! Rasa nak menjulingkan mata ke atas,tangan kat bahu dek kerana menyampah dengan sikap diri sendiri.
Wajah Ariana aku lihat. Sangat mirip dengan wajah arwah ibu. Sifat Ariana turut menyerupai arwah ibu. Lemah lembut,tuturnya sopan,bicaranya tegas,tatapannya redup dan senyumnya manis. Mencairkan hati siapa sahaja yang melihatnya.
Berbeza dengan aku,brutal,kasar,dingin,dan pertuturanku sinis. Mataku tajam dan tingkahku ganas. Kalau nak dibandingkan aku dengan Ariana,macam langit dengan Bumi. Ariana lebih pandai. Dia budak kelas hadapan,dan sikapnya sentiasa lembut dan sopan. Aku kurang bijak dalam sains dan matematik. Membuatkan aku sukar untuk lulus dengan cenerlang dalam subjek-subjek tersebut. Aku lebih kepada bidang bahasa. Sastera dan seni. Aku sentiasa bersikap kasar dan acuh tak acuh.
Bukan sekali ahli keluarga aku membanding-bandingkan kami berdua. Tipulah kalau aku cakap,tidak pernah terasa. Namun,aku tepis jauh-jauh sebab aku sendiri mengakui kelebihan Arana dan kekurangan aku. Terlalu banyak perbezaan kami sehinggakan aku terfikir betul ke kami ni adik beradik kembar? Hakikatnya dalam surat beranak dan kad pengenalan,yes. Kami adik beradik kembar yang sah.
"Jauhnya mengelamun. Dah sampai mana tu,Wiyah?" Aku kembali ke realiti. Kaki kananku sudah tergantung di katil dan kaki kiriku pula sudah berada di atas riba Ariana. Lama benar aku mengelamun sampai Ariana siap mengurut kaki kanan aku.
"Dah sampai planet Uranus." Aku tersengih macam kerang busuk. Ariana tersenyum kecil seraya menggeleng kepala mendengar seloroh buruk aku. Rasa nak hantuk kepala sendiri kat dinding.
"Kuat sangat Adam tu sepak pelipat kau ni. Sampai biru ni. Boleh ke sekolah ni esok?" Kata Ariana disusuli soalan. Mendengar sahaja soalan itu,timbul bintang terang di kedua pupil mataku.
No,maksud aku,rasa macam teruja sangatlah macam tu. Timbul bintang dari mana pula kan!
Ingat ini cerita Mickey Mouse ke apa."Tak boleh sekolah ni esok. Kena rehat kat rumah dua tiga hari." Jawabku sambil menayang riak wajah mendung. Sedih tak dapat ke sekolah ni. Uhuk! Uhuk!
"Hm,sehari je. Esok pagi aku urut lagi sebelum ke sekolah. Malam ni kau siapkan kerja sekolah lepastu tidur. Okey?" Aku memuncungkan bibir. Hm,tak apa lah. Sehari pun seharilah. Apa yang penting dapat cuti. Malas nak menghadap muka-muka budak kelas aku yang tidak aku kenal. Selain daripada Balqis.
"Okey.." Meleret aku menjawab. Kaki kiri aku dijatuhkan. Ariana bangun dan kerusi belajar aku ditolak masuk ke bawah meja belajar aku semula. Kepala aku diusap penuh kasih dengan senyuman nipis.
"Sabar ya. Nanti aku cakap dengan Adam suruh berlembut sikit dengan kau. Aku mana boleh tahan dia buat macam ni kat kau. Ni dah lebih. Tak ada beza pun dia dengan pembuli kalau sampai biru dibuatnya." Ariana mula membebel. Dia sambung lagi dah.. Tadi lepas tahu aku kena macam ni disebabkan Adam,dia punya membebel tu macam mak-mak membebel. Aku tersenyum nipis. Rasa bersyukur dikurniakan kakak yang sangat penyayang seperti Ariana.
"Tak payah. Biar aku yang uruskan sendiri. Macam kau tak kenal dengan aku." Ariana mencekak pinggang mendengar kata-kataku. Aku mengangkat kening kanan. What?
"Wiyah,Ambergold tak sama dengan Henry Gurney tahu. Yes,kat Henry Gurney kau otai. Tak kira laki perempuan terketar lutut bila dengar nama kau. Tapi di Ambergold,kau sekadar budak baru. So,beware. Jangan sampai diaorang kenal siapa kau. Aku tak nak kau ada masalah. Ambergold bukan macam yang kau ingatkan. Adam,bukan macam pengawas-pengawas yang kau pernah jumpa sebelum ni." Panjang lebar Ariana berkata-kata. Aku mengangkat bahu.
Macamlah aku nak kisah dengan semua tu. Bukan kah lebih menarik kalau Adam bukan macam pengawas tak guna seperti yang aku pernah jumpa sebelum ini. It is became more interesting then.
YOU ARE READING
A Silent Love
Novela JuvenilWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...