ASL ♡ [PART 17]

34 2 0
                                    

LIPATAN tudung aku rapikan. Beg sandang aku ambil dari seat sebelah dan telefon aku masukkan dalam poket seperti biasa. Pintu kereta aku buka dan kaki kanan menyentuh permukaan tanah perkarangan Ambergold Highschool. Keluar sahaja dari kereta,aku mengunci kereta lalu memusingkan badan. Kening kananku terangkat.

What is going on here? Why does everybody looking at me with that kind of look? Sekumpulan murid perempuan yang sedang bergosip dan gelak tidak ingat dunia tercengang melihatku. Murid-murid lelaki yang sedang menganggu murid perempuan junior  menonyoh-nonyoh mata mereka berkali-kali tatkala ternampak kelibatku.

Wajah mereka semua terkejut beruk. Aku menjungkit bibir. Penampilan sendiri aku tilik dari atas hingga ke bawah. Skirt hitam,baju kurung putih,tudung putih dan vase navy blue,aku sangkut di lengan kanan.

Ya,aku juga tidak percaya dengan penampilan aku pada hari ini. Dengan ini,saya mengisytiharkan bermula dari hari ini,tugas aku sebagai timbalan ketua pengawas Ambergold Highschool bermula!  Ambergold,wait and see baby!

KRING!!

Right on time. Aku tersenyum sinis seraya meliarkan pandangan ke sekeliling aku.

"Korang tunggu apa lagi?! Bergerak ke Main Hall Ambergold,SEKARANG!!" Suara aku memetir di atmosfera perkarangan Ambergold Highschool. Mereka yang berada di sekelilingku bertempiaran lari.

Namun,ada beberapa kelompok yang elok berlenggang dan meneruskan aktiviti mereka tanpa mengendahkan arahan aku. Aku mengangkat kening tinggi dan aku mendekati salah satu kelompok pelajar lelaki.

"Weyh,kau tahu semalam aku main dengan awek korea! Empat kali savage! Gila cun awek tu!"

"Serius? Eh,nanti kita push rank sama-sama,ya. Aku nak sampai epic bulan ni."

Mereka berempat santai berbual dan kehadiran aku di situ dianggap tidak wujud. Oh,really? Aku menguap kebosanan. Lengan baju aku sinsing hingga ke siku. Jari-jemari aku patah-patahkan sehingga menghasilkan bunyi yang bersahutan.

"Korang ni memang nak kena dengan aku ni." Kataku mendatar namun tegas. Aku menggerakkan kepala ke kanan dan ke kiri. Berbunyi-bunyi tulang leher aku. Empat orang pelajar lelaki tadi mulai berdiri di hadapanku.

"Kau ni,perempuan yang bekas HG tu kan? Macam mana boleh jadi pengawas pula? Siap dapat jawatan pula tu. Kau ada affair dengan ketua pengawas tu ke?" Kata seorang lelaki di hadapanku. Ketiga lagi rakannya tergelak kuat. Pandanganku bertukar gelap.

Tanpa menunggu lama, aku menumbuk muka lelaki di hadapanku tadi membuatkan dia tertunduk. Strike!

Dua orang rakannya menyerangku serentak. Aku mengulum senyum. Aku berpusing dan menyepak lelaki-lelaki itu tanpa sempat menyentuhku. Seorang kena telinga,seorang lagi tepat kat kepala. Ops! Mesti berdesing dan bergegar otak. Two down. Two to go.

Lelaki yang selamat aku tumbuk tadi menjerit marah tatkala kedua orang rakannya dapat aku tumpaskan dengan mudah. Dia cuba mencapai tudungku namun dengan cekap aku menangkap tangannya.

"Ish! Ish! Ish! Wrong choice." Kataku seraya menggoyangkan jari telunjuk di hadapan wajahnya. Tangan lelaki itu aku pusing ke belakangnya dan ya seperti biasa dia menjerit kesakitan.

"Ouch! Ouch! Sakitlah,perempuan bodoh! Lepaslah! Argh!!" Aku memusing lagi lengan kanannya ke bahagian atas badannya. Tulang rusuk kanannya jelas timbul di sebalik baju putihnya.

"Mak kau tak ajar nak hormat perempuan ke?" Soalku sinis dan senyumanku semakin melebar apabila seorang lagi rakannya yang tinggal cuba menyerangku dari sisi kiri.

A Silent LoveWhere stories live. Discover now