IANYA berlaku terlalu pantas. Pada saat aku berperang dengan diri sendiri,dia hadir menarik aku kembali ke alam realiti. Dalam keadaan aku sedang hanyut dikawal perasaan sedih yang menggunung,dia berlari meredah hujan dan mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan aku.
Pertama kalinya hati aku terasa kembali bernafas dengan renungan tajam sepasang mata itu. Masih terasa degupan jantung aku yang menggila pada waktu itu. Memang gila. Sampai telinga aku sendiri boleh mendengar degupannya.
Sangat kuat menendang dada. Tangan kanan naik menyentuh dada kiri. Masih aku ingat rasanya rentak jantung ini berdegup kencang.
Pertama kali aku rasa masa seperti benar-benar terhenti. Hanya dia di mataku.
Kedengaran tombol pintu dipulas dan aku terus mencelikkan mata. Ada orang masuk ke dalam bilik aku tanpa mengetuk pintu. Siapa? Setahu aku,hanya aku yang berada di rumah pada waktu ini. Ariana belum pulang dari sekolah. Ayah masih di pejabat. Hazeeq sudah pun pergi setelah menghantar aku pulang ke rumah.
Tuala aku tarik dari penyidai dan membalut tubuh. Revolver yang berada di sinki aku capai dan pelatuk aku tarik. Pintu aku buka sedikit dan mengintai ruang bilik tidur aku.
Siapakah si biadab yang masuk bilik aku tanpa keizinan? Tidak ada ketukan sama sekali? Nak mati ke?!
Anak mata aku bergerak ke kiri dan ke kanan memerhati setiap sudut bilik. Namun,tidak ada satu figura pun yang kelihatan. Dahi aku kerutkan. Aku yakin,aku dengar pintu bilik aku dibuka sebentar tadi. Eh,apa tu?
Terdapat sebungkus plastik berada di atas meja belajar aku.
Pintu bilik mandi,aku buka seluasnya lalu aku membawa tubuh keluar dari ruangan tersebut. Kaki aku atur mendekati meja tersebut. Lama mata aku merenung bungkusan itu. Apakah ini?
TING!
Telefon aku berbunyi menandakan mesej baru sahaja masuk. Kaki melangkah ke meja kecil bersebelahan katil.
+60125437689
-Aku kat bawah. Aku ada belikan ubat luka dalam plastik atas meja belajar kau. Ubat luka pada badan kau lepastu turun.
Dahi aku kerutkan. Siapa ni? Mana dapat nombor aku? Jari aku menari-nari di atas papan kekunci telefon.
- Siapa kau?
Tidak lama selepas itu,dia membalas. Mata aku keras merenung skrin telefon pintar. Jantung aku berubah rentak.
+60125437689
-Hazeeq.
Dia kat bawah? Bukankah dia sudah pulang? Aku nampak sendiri dia tinggalkan perkarangan rumah guna kereta aku. Ya,kereta aku. Dia biarkan motor dia kena langgar kat tengah jalan raya semata-mata nak selamatkan aku.
Motor dia bukan motor cikai. MV Agusta Rush 1000! Gosh,this man really is something!
Aku meletakkan IP di atas meja semula. Kaki aku bawa ke bilik persalinan. Sehelai kemeja warna maroon lengan pendek dan Jeans panjang warna biru gelap aku sarung ke tubuh.
Rambut yang panjang mengurai aku keringkan lalu aku ikat gaya ekor kuda. Plastik warna merah yang ada di meja belajar aku capai lalu merawat luka yang terdapat di badan. Lengan,kaki,dan wajah dicemari dengan penampal luka warna putih.
Telefon pintar aku pandang tatkala ianya bergetar-getar. Ada panggilan masuk. Raut wajahku berubah. Tersedar yang aku sudah banyak buang masa di rumah. Sedangkan ada tiga nyawa di tangan lelaki itu.
YOU ARE READING
A Silent Love
Teen FictionWhat do you expect from me as a heroin of this novel? Baik hati? Berbudi pekerti? Rajin? Ayu? Lemah lembut? Bertimbang rasa? Penyabar? Pemaaf? No.. Aku bukan macam tu. Aku ialah seorang gadis yang berhati beku. Menyimpan dendam dalam masa yang cuku...